DAY 4 : BYE BYE BANDUNG, BYE BYE INDONESIA


Have a blessed Friday.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'adzabannar.

(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari seksaan api neraka).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Last day, hari ke 4. Kemas2 apartment, kemas macam kami baru sampai. Sampah buang di bilik sampah, hujung tiap floor. Memang mudah sangat. Nak check out terus. Lantai tu corak mozek lantai, bukan tompok kotor hehe. Kunci apartment kami diminta letak dalam envelope atau apa2 bag, tulis nama unit apartment dan letak di postbox room bersebelahan reception. Kemudian Whatsapp staff gambar nya dan di mana letaknya. Sangat responsive. Memang kami puas hati di apartment ni. Book di bookingdotcom.

Pukul 8, Mas Ad datang ambil kami dengan semua bag. Tak banyak pun, semua hand carry bag je. Tiada check-in bag.


PASAR BARU TRADE CENTER BANDUNG
Gugel katanya buka pukul 8 tapi tidak rupanya. Hajat hati nak breakfast di food court di Level 6. 


Tak apa. Kita breakfast seberang jalan je. Ada few food cart. Semua pun tak kisah. Dengan Mas Ad serta kawannya sekali.


BATAGOR. Sedap sangat tau. Banyak portion nya.


MIE KOCOK
Hubby mencari mie di warung lain tepi jalan yang sama. Sedap semuanya, Alhamdulillah. Siap makan, kami ke food court dengan harapan ada kedai jual minuman dah buka. Alhamdulillah dapat lah JUS ALPUKAT lagi. Foto lupa snap hehe. Dahaga amat.


Jalan2 cuci mata. Rembat sikit2. Paksa hubby beli kemeja batik sebab dia lagi banyak jemputan. Spesis suka pakai yang sama dan tak suka banyak baju. Beli jugak sehelai dua, beli yang dah siap. Ada bff kata beli kain, tempah baju siap cepat. Isshh tak kuasa lah. Ada jugak dengar yang tak siap, kena pos. Tak apa recycle je baju kurung lama, kita pun bukan kerja office. Tak perlu banyak baju. Kalau kerja, memang akan borong sakan sebab murah.


KARTIKA SARI
Antara wajib disinggah. Beli lah sikit2 untuk mak dan adik2. Macam2 produk nya, dulu tak sebanyak ini. Sambil tu berkira berat sebab kami tiada check-in luggage. Dapat 12 kg hand carry seorang sebab balik dengan KLM, dapat tiket murah waktu balik. Pergi dengan Air Asia.


Geram je nak angkut balik.


Eh ehhh ada jugak sudut tersorok jual aneka kuih2 ni. Hhmm. Tengok je lah.


Di pintu keluar masuk KARTIKA SARI, ada sudut yang jual dessert ni. Ada bubur pulut hitam, sira pisang, keledek, ubi kayu, ada juga bebola dari tepung pulut. Boleh dipilih mana yang suka, disenduk dalam mangkuk take away dan akan dicampur dengan santan pekat. Woww sedap sangat. Menyesal beli satu mangkuk saja. Tak tau nama nya dessert ni.


RESTORAN SEDERHANA
Last but not least, pencarian terakhir. 


SATE PADANG
Anak solehah sebut banyak kali. Dapat lah makan sebelum pulang. Bukan anak solehah je, semua pun nak makan SATE PADANG ni. Alhamdulillah dapat juga.


Sebab masa masih awal, Mas Ad offer untuk terus hantar ke PADALARANG. Tak perlu naik feeder train dari Bandung ke Padalarang. Whoosh kami pukul 1.53 pm macam tu. Alhamdulillah jalan pun elok smooth tak ada macet. Terima kasih Mas Ad melayani kami selama 4 hari 3 malam. Senyum je selalu mukanya, lembut tutur katanya. Lupa pulak bergambar. Jumpa lagi Insyaa Allah.

Kami terus ke Lounge. Minum kopi, makan dessert Pisang dari Kartika Sari. Santai2 tunggu train. Sambil kemas dan timbang semua hand carry bags. Laaa banyak kg lagi. Tak sampai maximum weight pun, 4 pax 48kg. Tapi memang kami tak menyopping sangat, more to JJCM, tengok tempat dan beraktiviti.


Tiba masa nya berangkat pergi. 


View dari dalam train.






Alhamdulillah selamat tiba di STASIUN HALIM JAKARTA. Book grab untuk ke SOEKARNO HATTA AIRPORT.


Tak sempat meneroka Kota Jakarta, lintas lalu saja. Antara bangunan kami lalu di Jakarta. Actually dah book Whoosh balik awal pagi. Tapi macam tak puas di Bandung, hubby tukar tiket ke tengahari, terus ke airport. Tiket Whoosh ni boleh ditukar masa hanya sekali selepas dibeli. Itu pun kalau ada seat. 


Selamat berangkat pulang. Besar tau airport ni, surau jauh di kedua2 hujungnya. Tapi ada buggy service rasanya. Nak brisk walk slow2 pun boleh. Tak snap foto dalam airport sebab dah penat. 

Cukup sudah tiap hari 10,000 - 12,000 steps, heret kaki 😭 


 Fly balik dengan KLM Royal Dutch Airlines. Search tiket ke Jakarta guna Skyscanner. Cari yang cheapest. Ikut masa yang kita nak. Maka, dapat lah tiket pergi dengan Air Asia 7am dan balik dengan KLM 7pm. Flight balik dengan AA mahal. Food dari Jakarta memang halal, dah tanya. Kami dapat vegetarian food rasanya. Nasi berempah dengan lauk kacang dhal. Ada buah dan kek. Ada jus oren apple dll. Dengan KLM Airlines ni, dibenarkan 2 hand carry. Satu kecil (handbag/sling bag) 2kg dan satu cabin size bag 10kg. Tapi dalam website nya stated, untuk kedua2 hand carry bag ni, tak lebih 12 kg. Tapi cabin size bag tu kena lah ikut size yang dibenarkan, most common 56 cm × 36 cm × 23 cm (22 × 14 × 9 inches)

Bye bye Bandung, bye bye Jakarta. Nanti kami datang lagi Insyaa Allah. Sebelum ni ke Jakarta dan Bandung tahun 2010. 

Just sharing. Kami book dengan SS TRAVEL BANDUNG (jumpa di TIKTOK). Cari info kereta sewa dan driver, tengok review dan respon nya bagus. Kadang tak berani nak recommend sebab takut tak sesuai dengan orang lain. Tapi previous trip ke Medan dan Padang juga cari di TikTok, tapi company lain2, baca review bagus. Alhamdulillah semua ok. Kita pun ada kelemahan dan kekurangan so, jangan lah expect 100% perfect. Sebab pernah jadi, di-recommend dan katanya tak ok dll, tu yang malas nak recommend ke orang lain. Now senang, search je semua platform media social, kena rajin baca review serta pilihan @ itinerary kita. Banyak sangat travel agency nya. Moga dipermudah kan.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya, serta smooth semuanya.

49 comments

  1. kartika sari wajib singgah...mcm2 menu dpt di cuba tu

    ReplyDelete
  2. Dia kalau ke Bandung tapi tidak singgah ke Kartika Sari macam tak lengkap itinerari nya kan😅Seronok tengok semua gambar yang dikongsikan lagi-lagi gambar aneka kuih tu. Geram aje nengoknya lagi-lagi belum lunch ni😅Pasal travel agency ke apa ikut rezeki kan. Kadang-kadang kita pergi okay. Orang lain pergi dengan team yang sama tiba-tiba terpleot pula ye😅Kebanyakan orang Indonesia berhemah sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KSarie memang wajib ke Kartika Sari ni. Sedap2 makanan kat sana. Kadang macam tu lah, dengan kita OK. Tiba ke orang lain tak OK.

      Delete
  3. Terima kasih share info. Kot nak ke seberang nanti boleh la book supir yang tu.

    ReplyDelete
  4. Ikut kan hati mcm² nak soping ms kat kartika sari tu tp duit je x mengizinkan hahahahaa.... mmg kena repeat lagi ni nnt

    ReplyDelete
  5. Naik KLM memang best kan Kak Mulan. Selesa.
    Pasar Baru dan Kartika Sari wajib pergi tu kalau ke Bandung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLM aircraft besar memang selesa. Sebab transit nak ke Amsterdam. Ya betul Pasar Baru dan Kartika Sari wajib pergi hehe

      Delete
  6. seronok dpt berbelanja di Indonesia yg pastinya makanan n barangan lebih murah dari Malaysia.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, dapat ikut kak mulan jalan-jalan.
    thank you so much kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks Cha selalu singgah sini

      Delete
  8. Syukur alhamdulillah dapat visit di Bandung Jakarta..amazing

    ReplyDelete
  9. Negara Indonesia ni maju ya..hebat2 belaka..lapangan terbang juga besar cantik nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara besar dengan jumlah penduduk jauh lebih ramai. Airport jugak kena lagi besar.

      Delete
  10. Saya terfikir, shopping tu walau tak banyak tapi macam jadi lebih 7 kg hand carry. Rupa-rupanya dapat naik KLM, 12 kg memang ok sangat 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KLM allowed 12kg memang lah ok sangat kan

      Delete
  11. nampak lain laa pasar baru ni
    lebih fresh berbanding ms sy ke sini dulu ;-)

    ReplyDelete
  12. packaging kartika sari tampak lebih eksklusif gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak attract customer sekarang semua kena nampak cantik dan exclusive kan

      Delete
  13. Whoawahh, selamat bercuti Mulan.. Btw, batagor tu nampak sedap betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Faa. Ya batagor memang sedap

      Delete
  14. bestnya cuti2 bandung!! i teringin la nak ke indonesia ni, cuma tak tahu bila. byk betul brg2 menarik, food pun semua nampak sedap tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang best. Food dll sedap, menarik dan lagi murah

      Delete
  15. Batagor tu nampak sedap betul..sama tak sate padang sinun dengan di KL (area Kg Baru dan chowkit)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batagor memang sedap. Lain sikit je tapi still ok. Sate Padang di Padang lah paling best.

      Delete
  16. Nampak sedap batagor tu yg berkuah kacang kak.... ole-ole dari kartika sari tu mesti banyak diborongnya tu ye kak. Mujur la takde luggage banyak kalau tak mesti borong banyak lagi tu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana memang sedap batagor tu. Tak banyak sangat kami beli. Untuk makan dan adik beradik je

      Delete
  17. Seronoknya. Terima kasih, atas perkongsian Mulan. Entah bila lah saya dapat merasai jejakkan kaki di Indonesia ni. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan thanks Nur sebab selalu singgah sini. Moga Nur sampai sana nanti.

      Delete
  18. Boleh tak baca macam ni... "Sate Martabak" & "Padang Mesir"

    ReplyDelete
  19. Jakarta pernah pergi. Bandung je tak pernah. Kartika Sari tu sebijik nama kawan saya masa Sek Men. Orang Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nama Kartika Sari tu kan. Insyaa Allah Ezna sampai sana nanti

      Delete
  20. Wowwww... breakfast like a local.. tu yang menarik.
    Batagor dan Mie Kocok tu buat kita lapar lah.
    Haa betul.. pasal rekomendasi tu paling takut. Kalau nak rekomen mungkin bagi beberapa link atau nama lepas tu mereka cari sendiri. Kadang sesuai dengan kita tapi tidak pada orang lain.
    Sama gak kalau makanan, bila orang tanya sedap ke tak.. bagitau sedap di tekak kami 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ok je makan mana2 asalkan halal. Yang baru masak macam kuah atau sup panas tu, Insyaa Allah ok. Sedap tau batagor dan mie kocok tu. Ya bab nak recommend tu, scary jugak.

      Delete
  21. kartika sari tu, pernah dapat bagel keras dari kawan. tu rasanya macam souvenir wajib kalau ke jakarta/bandung. ish kalau saya ni, mana cukup 12kg. memang datang sana utk shopping sakan xD

    pestime dengar KLM Royal Dutch Airlines ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kartika Sari memang tempat wajib kalau ke Bandung kan. Hehe hubby standby je kalau nak shopping tapi semua malas. Lama dah KLM Airlines ni memang ada direct Jakarta ke Amsterdam tapi transit KLIA.

      Delete
  22. Waaah, mampirnya ke Pasar Baru. Itu salah satu daerah favorit saya juga kalau ke Jakarta mbak. Ada satu penjual es potong tak jauh ari sana, gerobakan saja. Tapi rasanya woaaaah, nikmat betul.
    Sayangnya tak sempat bersua dengan Mbak Mulan ya. Moga nanti di lain kesempatan, bisa bersua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini Pasar Baru di Bandung, Fajar. Ohh bila gugel memang ada juga Pasar Baru di Jakarta ya. Kami memang tidak singgah Jakarta langsung. Insyaa Allah lain kali.

      Delete
    2. owalah, salah baca ternyata. Saya kira pasar baru jakarta, hahaha

      Delete
  23. Sayapun masih banyaaaaak yg belum dicoba di bandung kak 😄😄. Tak puas kemarin itu. Memang nak kesana lagi lah. Harap2 balik dari KL. Soalnya skr pun dah libur sekolah anak 😄.

    Kalau belanja di Kartika sari, saya pasti kalap. Banyaak yg nak dibeli 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny boleh plan bila2 lapang jalan2 Bandung dengan family. Kami pun mau ke Bandung lagi.

      Betul Kartika Sari macam2 nak dibeli. Banyak pilihan dan sedap.

      Delete
  24. Hai, Kak Mulan! Saya yang warga Indonesia malah belum pernah ke Bandung. Btw, saya kalau ke Bandung memang rencananya pengen beli Mie Kocok Bandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Siti. Terima kasih singgah sini. Mie Kocok Bandung memang sedap

      Delete