Have a blessed Friday.
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'adzabannar.
(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari seksaan api neraka).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Last day, hari ke 4. Kemas2 apartment, kemas macam kami baru sampai. Sampah buang di bilik sampah, hujung tiap floor. Memang mudah sangat. Nak check out terus. Lantai tu corak mozek lantai, bukan tompok kotor hehe. Kunci apartment kami diminta letak dalam envelope atau apa2 bag, tulis nama unit apartment dan letak di postbox room bersebelahan reception. Kemudian Whatsapp staff gambar nya dan di mana letaknya. Sangat responsive. Memang kami puas hati di apartment ni. Book di bookingdotcom.
Pukul 8, Mas Ad datang ambil kami dengan semua bag. Tak banyak pun, semua hand carry bag je. Tiada check-in bag.
PASAR BARU TRADE CENTER BANDUNG
Gugel katanya buka pukul 8 tapi tidak rupanya. Hajat hati nak breakfast di food court di Level 6.
Tak apa. Kita breakfast seberang jalan je. Ada few food cart. Semua pun tak kisah. Dengan Mas Ad serta kawannya sekali.
BATAGOR. Sedap sangat tau. Banyak portion nya.
MIE KOCOK
Hubby mencari mie di warung lain tepi jalan yang sama. Sedap semuanya, Alhamdulillah. Siap makan, kami ke food court dengan harapan ada kedai jual minuman dah buka. Alhamdulillah dapat lah JUS ALPUKAT lagi. Foto lupa snap hehe. Dahaga amat.
Jalan2 cuci mata. Rembat sikit2. Paksa hubby beli kemeja batik sebab dia lagi banyak jemputan. Spesis suka pakai yang sama dan tak suka banyak baju. Beli jugak sehelai dua, beli yang dah siap. Ada bff kata beli kain, tempah baju siap cepat. Isshh tak kuasa lah. Ada jugak dengar yang tak siap, kena pos. Tak apa recycle je baju kurung lama, kita pun bukan kerja office. Tak perlu banyak baju. Kalau kerja, memang akan borong sakan sebab murah.
KARTIKA SARI
Antara wajib disinggah. Beli lah sikit2 untuk mak dan adik2. Macam2 produk nya, dulu tak sebanyak ini. Sambil tu berkira berat sebab kami tiada check-in luggage. Dapat 12 kg hand carry seorang sebab balik dengan KLM, dapat tiket murah waktu balik. Pergi dengan Air Asia.
Geram je nak angkut balik.
Eh ehhh ada jugak sudut tersorok jual aneka kuih2 ni. Hhmm. Tengok je lah.
Di pintu keluar masuk KARTIKA SARI, ada sudut yang jual dessert ni. Ada bubur pulut hitam, sira pisang, keledek, ubi kayu, ada juga bebola dari tepung pulut. Boleh dipilih mana yang suka, disenduk dalam mangkuk take away dan akan dicampur dengan santan pekat. Woww sedap sangat. Menyesal beli satu mangkuk saja. Tak tau nama nya dessert ni.
RESTORAN SEDERHANA
Last but not least, pencarian terakhir.
SATE PADANG
Anak solehah sebut banyak kali. Dapat lah makan sebelum pulang. Bukan anak solehah je, semua pun nak makan SATE PADANG ni. Alhamdulillah dapat juga.
Sebab masa masih awal, Mas Ad offer untuk terus hantar ke PADALARANG. Tak perlu naik feeder train dari Bandung ke Padalarang. Whoosh kami pukul 1.53 pm macam tu. Alhamdulillah jalan pun elok smooth tak ada macet. Terima kasih Mas Ad melayani kami selama 4 hari 3 malam. Senyum je selalu mukanya, lembut tutur katanya. Lupa pulak bergambar. Jumpa lagi Insyaa Allah.
Kami terus ke Lounge. Minum kopi, makan dessert Pisang dari Kartika Sari. Santai2 tunggu train. Sambil kemas dan timbang semua hand carry bags. Laaa banyak kg lagi. Tak sampai maximum weight pun, 4 pax 48kg. Tapi memang kami tak menyopping sangat, more to JJCM, tengok tempat dan beraktiviti.
Tiba masa nya berangkat pergi.
View dari dalam train.
Alhamdulillah selamat tiba di STASIUN HALIM JAKARTA. Book grab untuk ke SOEKARNO HATTA AIRPORT.
Tak sempat meneroka Kota Jakarta, lintas lalu saja. Antara bangunan kami lalu di Jakarta. Actually dah book Whoosh balik awal pagi. Tapi macam tak puas di Bandung, hubby tukar tiket ke tengahari, terus ke airport. Tiket Whoosh ni boleh ditukar masa hanya sekali selepas dibeli. Itu pun kalau ada seat.
Selamat berangkat pulang. Besar tau airport ni, surau jauh di kedua2 hujungnya. Tapi ada buggy service rasanya. Nak brisk walk slow2 pun boleh. Tak snap foto dalam airport sebab dah penat.
Cukup sudah tiap hari 10,000 - 12,000 steps, heret kaki 😭
Fly balik dengan KLM Royal Dutch Airlines. Search tiket ke Jakarta guna Skyscanner. Cari yang cheapest. Ikut masa yang kita nak. Maka, dapat lah tiket pergi dengan Air Asia 7am dan balik dengan KLM 7pm. Flight balik dengan AA mahal. Food dari Jakarta memang halal, dah tanya. Kami dapat vegetarian food rasanya. Nasi berempah dengan lauk kacang dhal. Ada buah dan kek. Ada jus oren apple dll. Dengan KLM Airlines ni, dibenarkan 2 hand carry. Satu kecil (handbag/sling bag) 2kg dan satu cabin size bag 10kg. Tapi dalam website nya stated, untuk kedua2 hand carry bag ni, tak lebih 12 kg. Tapi cabin size bag tu kena lah ikut size yang dibenarkan, most common 56 cm × 36 cm × 23 cm (22 × 14 × 9 inches)
Bye bye Bandung, bye bye Jakarta. Nanti kami datang lagi Insyaa Allah. Sebelum ni ke Jakarta dan Bandung tahun 2010.
Just sharing. Kami book dengan SS TRAVEL BANDUNG (jumpa di TIKTOK). Cari info kereta sewa dan driver, tengok review dan respon nya bagus. Kadang tak berani nak recommend sebab takut tak sesuai dengan orang lain. Tapi previous trip ke Medan dan Padang juga cari di TikTok, tapi company lain2, baca review bagus. Alhamdulillah semua ok. Kita pun ada kelemahan dan kekurangan so, jangan lah expect 100% perfect. Sebab pernah jadi, di-recommend dan katanya tak ok dll, tu yang malas nak recommend ke orang lain. Now senang, search je semua platform media social, kena rajin baca review serta pilihan @ itinerary kita. Banyak sangat travel agency nya. Moga dipermudah kan.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya, serta smooth semuanya.
























kartika sari wajib singgah...mcm2 menu dpt di cuba tu
ReplyDeleteBetul memang wajib
DeleteDia kalau ke Bandung tapi tidak singgah ke Kartika Sari macam tak lengkap itinerari nya kan😅Seronok tengok semua gambar yang dikongsikan lagi-lagi gambar aneka kuih tu. Geram aje nengoknya lagi-lagi belum lunch ni😅Pasal travel agency ke apa ikut rezeki kan. Kadang-kadang kita pergi okay. Orang lain pergi dengan team yang sama tiba-tiba terpleot pula ye😅Kebanyakan orang Indonesia berhemah sangat kan
ReplyDeleteBetul KSarie memang wajib ke Kartika Sari ni. Sedap2 makanan kat sana. Kadang macam tu lah, dengan kita OK. Tiba ke orang lain tak OK.
DeleteTerima kasih share info. Kot nak ke seberang nanti boleh la book supir yang tu.
ReplyDeleteSama2 Cie
DeleteIkut kan hati mcm² nak soping ms kat kartika sari tu tp duit je x mengizinkan hahahahaa.... mmg kena repeat lagi ni nnt
ReplyDeleteKami pun nak repeat hehe
DeleteNaik KLM memang best kan Kak Mulan. Selesa.
ReplyDeletePasar Baru dan Kartika Sari wajib pergi tu kalau ke Bandung kan
KLM aircraft besar memang selesa. Sebab transit nak ke Amsterdam. Ya betul Pasar Baru dan Kartika Sari wajib pergi hehe
Deleteseronok dpt berbelanja di Indonesia yg pastinya makanan n barangan lebih murah dari Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletealhamdulillah, dapat ikut kak mulan jalan-jalan.
ReplyDeletethank you so much kak.
Alhamdulillah thanks Cha selalu singgah sini
DeleteSyukur alhamdulillah dapat visit di Bandung Jakarta..amazing
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteNegara Indonesia ni maju ya..hebat2 belaka..lapangan terbang juga besar cantik nampaknya..
ReplyDeleteNegara besar dengan jumlah penduduk jauh lebih ramai. Airport jugak kena lagi besar.
DeleteSaya terfikir, shopping tu walau tak banyak tapi macam jadi lebih 7 kg hand carry. Rupa-rupanya dapat naik KLM, 12 kg memang ok sangat 👍🏽
ReplyDeleteBetul KLM allowed 12kg memang lah ok sangat kan
Deletenampak lain laa pasar baru ni
ReplyDeletelebih fresh berbanding ms sy ke sini dulu ;-)
Kami first time ke Pasar Baru
Deletepackaging kartika sari tampak lebih eksklusif gituuu
ReplyDeleteNak attract customer sekarang semua kena nampak cantik dan exclusive kan
DeleteWhoawahh, selamat bercuti Mulan.. Btw, batagor tu nampak sedap betul..
ReplyDeleteThanks Faa. Ya batagor memang sedap
Deletebestnya cuti2 bandung!! i teringin la nak ke indonesia ni, cuma tak tahu bila. byk betul brg2 menarik, food pun semua nampak sedap tu!!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Food dll sedap, menarik dan lagi murah
DeleteBatagor tu nampak sedap betul..sama tak sate padang sinun dengan di KL (area Kg Baru dan chowkit)
ReplyDeleteBatagor memang sedap. Lain sikit je tapi still ok. Sate Padang di Padang lah paling best.
DeleteNampak sedap batagor tu yg berkuah kacang kak.... ole-ole dari kartika sari tu mesti banyak diborongnya tu ye kak. Mujur la takde luggage banyak kalau tak mesti borong banyak lagi tu hehehe.
ReplyDeleteBetul Dana memang sedap batagor tu. Tak banyak sangat kami beli. Untuk makan dan adik beradik je
DeleteSeronoknya. Terima kasih, atas perkongsian Mulan. Entah bila lah saya dapat merasai jejakkan kaki di Indonesia ni. 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah dan thanks Nur sebab selalu singgah sini. Moga Nur sampai sana nanti.
DeleteBoleh tak baca macam ni... "Sate Martabak" & "Padang Mesir"
ReplyDeleteHaha bisa aja Pak Uncle
DeleteJakarta pernah pergi. Bandung je tak pernah. Kartika Sari tu sebijik nama kawan saya masa Sek Men. Orang Malaysia.
ReplyDeleteSedap nama Kartika Sari tu kan. Insyaa Allah Ezna sampai sana nanti
DeleteWowwww... breakfast like a local.. tu yang menarik.
ReplyDeleteBatagor dan Mie Kocok tu buat kita lapar lah.
Haa betul.. pasal rekomendasi tu paling takut. Kalau nak rekomen mungkin bagi beberapa link atau nama lepas tu mereka cari sendiri. Kadang sesuai dengan kita tapi tidak pada orang lain.
Sama gak kalau makanan, bila orang tanya sedap ke tak.. bagitau sedap di tekak kami 😅
Kami ok je makan mana2 asalkan halal. Yang baru masak macam kuah atau sup panas tu, Insyaa Allah ok. Sedap tau batagor dan mie kocok tu. Ya bab nak recommend tu, scary jugak.
Deletekartika sari tu, pernah dapat bagel keras dari kawan. tu rasanya macam souvenir wajib kalau ke jakarta/bandung. ish kalau saya ni, mana cukup 12kg. memang datang sana utk shopping sakan xD
ReplyDeletepestime dengar KLM Royal Dutch Airlines ni
Kartika Sari memang tempat wajib kalau ke Bandung kan. Hehe hubby standby je kalau nak shopping tapi semua malas. Lama dah KLM Airlines ni memang ada direct Jakarta ke Amsterdam tapi transit KLIA.
DeleteWaaah, mampirnya ke Pasar Baru. Itu salah satu daerah favorit saya juga kalau ke Jakarta mbak. Ada satu penjual es potong tak jauh ari sana, gerobakan saja. Tapi rasanya woaaaah, nikmat betul.
ReplyDeleteSayangnya tak sempat bersua dengan Mbak Mulan ya. Moga nanti di lain kesempatan, bisa bersua :D
Yang ini Pasar Baru di Bandung, Fajar. Ohh bila gugel memang ada juga Pasar Baru di Jakarta ya. Kami memang tidak singgah Jakarta langsung. Insyaa Allah lain kali.
Deleteowalah, salah baca ternyata. Saya kira pasar baru jakarta, hahaha
DeleteSayapun masih banyaaaaak yg belum dicoba di bandung kak 😄😄. Tak puas kemarin itu. Memang nak kesana lagi lah. Harap2 balik dari KL. Soalnya skr pun dah libur sekolah anak 😄.
ReplyDeleteKalau belanja di Kartika sari, saya pasti kalap. Banyaak yg nak dibeli 😍
Ya Fanny boleh plan bila2 lapang jalan2 Bandung dengan family. Kami pun mau ke Bandung lagi.
DeleteBetul Kartika Sari macam2 nak dibeli. Banyak pilihan dan sedap.
Hai, Kak Mulan! Saya yang warga Indonesia malah belum pernah ke Bandung. Btw, saya kalau ke Bandung memang rencananya pengen beli Mie Kocok Bandung.
ReplyDeleteHai Siti. Terima kasih singgah sini. Mie Kocok Bandung memang sedap
Delete