Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Pukul 7.30 pagi tadi (Khamis) bertiga dengan hubby dan anak solehah ke Kijal, Kemaman. Singgah breakfast di salah satu gerai tepi jalan. Hubby makan Nasi Kerabu, sedap katanya.
Kita makan Nasi Lemak Sambal Ikan Aya. Rindu betul, lama tak makan. Anak solehah makan Nasi Minyak tapi lupa nak snap.
Siap makan terus ke Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu. Tempat jatuh lagi dikenang. 12 tahun menetap di Kerteh, pantai ni antara tempat lepak dan healing2 gitu.
Agenda utama. Hubby cuti bawak anak solehah turun menyelam, sebab dia lama tak menyelam.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Hubby pujuk juga ajak dive tapi malas ehh. Gantung je lah lesen lama tu.
Ke dalam air.
Sibuk je hubby suruh snap foto.
Tengah pakai fin dalam air lah tu. Nak senang, kena pakai sambil float terbaring. Tapi kalau ombak kuat, memang terapung2 badan. Bagi yang biasa macam hubby, memang senang kekacang tanah, pistachio, almond semua nya. Boleh juga pakai tepi pantai tapi kena jalan ke belakang untuk lebih senang berjalan. Tapi masing2 ada lah cara masing2.
Slow2 kena kibas2 kaki tolak badan ke tengah laut. Diorang dah jauh, balik ke kereta lah, panas litlit.
Ada bot ikan baru balik.
Subhanallah. Cantiknya.
Hubby suka parking kereta di hujung pantai sebab ada toilet. View pun cantik sangat sebab muara, tempat keluar masuk bot yang ke laut tangkap ikan.
Tenang jernih air, lagipun air pasang time tu.
Dah sampai Kijal, apalagi calling2 lah geng minyak angin di Kerteh. Yang tinggal di sana hanya 3 sekarang. Yang free pagi tadi berdua tu lah. Alhamdulillah dapat jumpa walaupun sekejap. Borak gelak, borak gelak memang seronok.
Dah siap dive, kena lah settle kan dive equipment masing2.
Siap semua dan bye bye geng minyak angin, kami ke SALTWATER KOPITIAM, KERTEH. Hubby nak hantar scuba tank. Pinjam dengan kawan baiknya. Diorang ni selalu menyelam sama2, juga dengan geng2 sekepala so diorang ni mostly ada tank sendiri. Hubby kan pindah randah sebelum ni so dia malas nak beli. Sewa dengan kawan2 je. Kami duduk minum kopi dan teh sekejap sebelum drive balik Kuantan. Anak solehah order roti bakar dan telur separuh masak. Katanya lapar sikit lepas dive.
Kawan minyak angin seorang tu bagi salted egg chicken + spaghetti sebekas besar. Sedap sangat. Alhamdulillah rezeki lunch dan sambung dinner untuk kami,
Seorang lagi bagi 2 balang snek binjai, memang sedap dan favorite kami ni. Hehe belinjau nama betulnya, thanks DANA betulkan. Sedap je sebut binjai hehe. Alhamdulillah lagi rezeki kudapan di rumah sambil tengok TV.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.





















lamanya tak ke pantai. tenang jiwa kalau duk tepian pantai ni.
ReplyDeleteMemang tenang sangat
DeleteItu bukan snek binjai tapi melinjau atau belinjau kak hehehe... buah binjai tu lain hahahha.
ReplyDeleteBestnya da lesen boleh nengok2 dlm laut tu, spageti salted egg tu menggoda betul lah. Pantai terengganu memang cantik nasib aritu balik kampung sempat pergi
Haha thanks Dana tolong betulkan. Mulut ni dari dulu sebut binjai. Silap rupanya. Spaghetti salted egg memang sedap. Memang cantik kan pantai kan.
DeleteArea sini SA x habis explore lagi..pernah sampai kat Awana Kijal aje...
ReplyDeletePantai ni kalau dari Kuantan ke bawah sikit je dari Kijal
DeleteTenang hati tengok lauk...
ReplyDeleteSeronoklah anak solehah dapat diving dgn ayahnya.
Alhamdulillah memang tenang. Penat sikit tu anak solehah tapi kena buat jugak sebab tak ada masa lain.
Deleteseigt sy, sy x penah lg berada kat pantai belah2 sn di luar musim tengkujuh... hrp 1 hari nnt dpt lepak kat pantai sini dgn tenang😊
ReplyDeleteKalau bukan monsoon memang best pantai2 di Pantai Timur ni.
Deletedlm sibuk2 tu dan lg yaa jumpa geng2😊
ReplyDeleteWajib call try jumpa mana yang boleh
Deletewow! bestnya dpt buat aktiviti diving! ur hubby memang expert yer mcm2 extreme activities. impressive laaa :) kebetulan pg ni i bf nasi kerabu ;) sama mcm entry u ni
ReplyDeleteDaddy nya lah aktif, encourage anak2 sama. Nasi kerabu memang sedap kan.
DeleteWah, nikmat betul memandang suasana di tempat itu mbaaak. Rasanya kok, hati langsung jadi tenang ya. Padahal hanya melihat foto saja, apalagi kalau benera kesana.
ReplyDeleteDah lama saya pun tak main selam menyelam. Duh, rindu sekali dengan air lauuuutt...
Alhamdulillah memang nikmat juga tenang duduk di tepi pantai. Di Indonesia aktiviti memang lagi banyak sebab pulau2 sangat banyak kan Fajar
Deletebestnya pantai dekat kijal boleh diving terus takyah naik bot ke air dalam. Kita sama la kak Mulan, lesen diving tu buat tukun je la 🤣
ReplyDeleteBetul Carneyz memang senang tak perlu naik bot. Ok kita buka kelab gantung lesen 😂😂
Deletecantiknya pemandangan pantai di Kijal tu. Selalunya kalu gi Ganu cuma setakat Dungun je sbb anak mengaji di UiTM tu. Tapi pantai di Dungun pun cantik jugak kan?
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah. Pantai Timur ni memang cantik semua pantainya
DeleteSaya pikir teman kakak baru balik dari kota Binjai, dekat Medan sini 😄😄. Ternyata keripik emping yaaa.
ReplyDeleteAiiih kalau diving nih saya tak pandai, dan tak berani nak belajar. Memang kalau dah masuk air, menyerahlah. 😅😅. Saya prefer bungee jumping berkali2 drpd diving atau snorkeling 🤣
Hehe itu lah kurang ilmu sebab dari dulu sebut binjai aduhhh 🫢🫢
DeleteIni lah aktiviti kesukaan hubby terus encourage anak2 join sama
Salted egg chicken spaghetti tu kalau Dania memang dia suka tu. Wahhhh view laut cantiknya Mulan!
ReplyDeleteMemang sedap kan spaghetti salted egg ni. Memang cantik view laut tu
DeleteMasa diving kat area situ, ada nampak ikan tak.. diorang ada ambil gambar atau video?
ReplyDeleteMemang ada tapi sebab hubby bawa anak buat refresher session je, tak bawa camera pun masa tu
DeleteView cantik, mknn sedap.. ai telan air liur dh awal pagi gini
ReplyDeleteAlhamdulillah nikmat dari Nya. Telan cepat2 air liur tu hehe
DeleteSeronok ada teman menyelam, anak beranak. Kalau tiga-tiga orang menyelam, siapa pula tukang nak ambil gambar, kan. Hehe.. Alhamdulillah, dapat jumpa kawan-kawan lama juga. Sedap tengok nasi kerabu tu. Nasi lemak sambal ikan aye, kat Ganu je saya jumpa, takde kat tempat lain, kan, Mulan..
ReplyDeleteHehe betul, kena ada yang jaga beg, jaga barang. Alhamdulillah memang seronok jumpa kawan2 lama, 12 tahun duduk setempat. Betul nasi lemak ikan Aya di Terengganu je.
DeleteBersih pantainya. Tengok gmbar macam laut tak bergelora sangat. Saya dh lama tak mandi laut. Selalu ke sungai je sebab air sejuk sikit
ReplyDeletePantai sini terjaga sikit. Hari tu Alhamdulillah air laut tenang. Mandi laut memang panas sikit tapi bahaya lah.
DeleteSatu keluarga divers ye Mulan? KSarie jealous tengok orang diving sebab awaknya penakut air😄Macam mana kerja dengan sungai tapi takut air ye😄Ada seorang officemate ada lesen diving. Kadang-kadang tumpang tengok gambar-gambar dalam air yang dia ambil semasa diving. Alhamdulillah rezeki berjumpa kawan-kawan dan makan-makan. Kopitiam tu nampak cozy. Pemandangan pantai memang tidak pernah jemu cumanya kena menahan panas lit-lit
ReplyDeleteYang aktif 3 orang je haha yang sorang tu dah gantung lesen kat dapur 😂 memang dah hala ke takut air. Memang lawa2 kat dasar laut tu. Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa kawan2. Ya betul kalau tepi pantai memang lah rasa panas litlit nya.
DeleteHahahaaa....saya pun pelik juga baca binjai tu, rupanya belinjo.
ReplyDeleteLama saya tak turun pantai. Dulu rajin juga dengan kawan-kawan tapi saya tak ikut menyelam. Hanya duduk-duduk saja atas bot.
Entah la mulut ni asyik shortform je hehe. Pernah menyelam dulu, tapi rasa berat nak handle equipment kemudian malas tapi ada terasa nak menyelam lagi.
Delete