KE LAUT CHINA SELATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Pukul 7.30 pagi tadi (Khamis) bertiga dengan hubby dan anak solehah ke Kijal, Kemaman. Singgah breakfast di salah satu gerai tepi jalan. Hubby makan Nasi Kerabu, sedap katanya.
Kita makan Nasi Lemak Sambal Ikan Aya. Rindu betul, lama tak makan. Anak solehah makan Nasi Minyak tapi lupa nak snap.
Siap makan terus ke Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu. Tempat jatuh lagi dikenang. 12 tahun menetap di Kerteh, pantai ni antara tempat lepak dan healing2 gitu.
Agenda utama. Hubby cuti bawak anak solehah turun menyelam, sebab dia lama tak menyelam.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Hubby pujuk juga ajak dive tapi malas ehh. Gantung je lah lesen lama tu.
Ke dalam air.
Sibuk je hubby suruh snap foto.
Tengah pakai fin dalam air lah tu. Nak senang, kena pakai sambil float terbaring. Tapi kalau ombak kuat, memang terapung2 badan. Bagi yang biasa macam hubby, memang senang kekacang tanah, pistachio, almond semua nya. Boleh juga pakai tepi pantai tapi kena jalan ke belakang untuk lebih senang berjalan. Tapi masing2 ada lah cara masing2.
Slow2 kena kibas2 kaki tolak badan ke tengah laut. Diorang dah jauh, balik ke kereta lah, panas litlit.
Ada bot ikan baru balik.
Subhanallah. Cantiknya.
Hubby suka parking kereta di hujung pantai sebab ada toilet. View pun cantik sangat sebab muara, tempat keluar masuk bot yang ke laut tangkap ikan.
Tenang jernih air, lagipun air pasang time tu.
Dah sampai Kijal, apalagi calling2 lah geng minyak angin di Kerteh. Yang tinggal di sana hanya 3 sekarang. Yang free pagi tadi berdua tu lah. Alhamdulillah dapat jumpa walaupun sekejap. Borak gelak, borak gelak memang seronok.
Dah siap dive, kena lah settle kan dive equipment masing2.
Siap semua dan bye bye geng minyak angin, kami ke SALTWATER KOPITIAM, KERTEH. Hubby nak hantar scuba tank. Pinjam dengan kawan baiknya. Diorang ni selalu menyelam sama2, juga dengan geng2 sekepala so diorang ni mostly ada tank sendiri. Hubby kan pindah randah sebelum ni so dia malas nak beli. Sewa dengan kawan2 je. Kami duduk minum kopi dan teh sekejap sebelum drive balik Kuantan. Anak solehah order roti bakar dan telur separuh masak. Katanya lapar sikit lepas dive.
Kawan minyak angin seorang tu bagi salted egg chicken + spaghetti sebekas besar. Sedap sangat. Alhamdulillah rezeki lunch dan sambung dinner untuk kami,
Seorang lagi bagi 2 balang snek binjai, memang sedap dan favorite kami ni. Hehe belinjau nama betulnya, thanks DANA betulkan. Sedap je sebut binjai hehe. Alhamdulillah lagi rezeki kudapan di rumah sambil tengok TV.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.





















lamanya tak ke pantai. tenang jiwa kalau duk tepian pantai ni.
ReplyDeleteItu bukan snek binjai tapi melinjau atau belinjau kak hehehe... buah binjai tu lain hahahha.
ReplyDeleteBestnya da lesen boleh nengok2 dlm laut tu, spageti salted egg tu menggoda betul lah. Pantai terengganu memang cantik nasib aritu balik kampung sempat pergi
Area sini SA x habis explore lagi..pernah sampai kat Awana Kijal aje...
ReplyDeleteTenang hati tengok lauk...
ReplyDeleteSeronoklah anak solehah dapat diving dgn ayahnya.
seigt sy, sy x penah lg berada kat pantai belah2 sn di luar musim tengkujuh... hrp 1 hari nnt dpt lepak kat pantai sini dgn tenang😊
ReplyDeletedlm sibuk2 tu dan lg yaa jumpa geng2😊
ReplyDeletewow! bestnya dpt buat aktiviti diving! ur hubby memang expert yer mcm2 extreme activities. impressive laaa :) kebetulan pg ni i bf nasi kerabu ;) sama mcm entry u ni
ReplyDeleteWah, nikmat betul memandang suasana di tempat itu mbaaak. Rasanya kok, hati langsung jadi tenang ya. Padahal hanya melihat foto saja, apalagi kalau benera kesana.
ReplyDeleteDah lama saya pun tak main selam menyelam. Duh, rindu sekali dengan air lauuuutt...
bestnya pantai dekat kijal boleh diving terus takyah naik bot ke air dalam. Kita sama la kak Mulan, lesen diving tu buat tukun je la 🤣
ReplyDeletecantiknya pemandangan pantai di Kijal tu. Selalunya kalu gi Ganu cuma setakat Dungun je sbb anak mengaji di UiTM tu. Tapi pantai di Dungun pun cantik jugak kan?
ReplyDeleteSaya pikir teman kakak baru balik dari kota Binjai, dekat Medan sini 😄😄. Ternyata keripik emping yaaa.
ReplyDeleteAiiih kalau diving nih saya tak pandai, dan tak berani nak belajar. Memang kalau dah masuk air, menyerahlah. 😅😅. Saya prefer bungee jumping berkali2 drpd diving atau snorkeling 🤣
Salted egg chicken spaghetti tu kalau Dania memang dia suka tu. Wahhhh view laut cantiknya Mulan!
ReplyDelete