SAMBUNG SEMBANG RAYA PUNGPANG PUNGPANG


LAKSA PAHANG + BELACAN FLAKES.
Mak sepupu ni memang teliti masaknya. Ulaman laksa (daun kaduk dll) dihiris dah macam bunga rampai. Laksa Pahang kurang lebih macam Laksa Johor. Cuma tak reti nak explain beza nya. Saya, jenis yang makan je.

Salam Jumaat Penuh Berkat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Isnin, raya ketiga. Sampai je Kuantan dari Taiping terus ke Medan Tok Sira, rumah mak sepupu sebab adik no2 pun ke sana. Dia dari rumah mak, baru sampai dari Kota Bharu malam nya. Antara rumah wajib kami ziarah ketika raya. Laksa Pahang memang awesome sedap sangat Alhamdulillah. Makteh ni kalau masak apapun memang sedap. Siap ziarah terus balik rumah dulu. Basuh kain yang menimbun hehe.


 Petang lepas Asar balik rumah mak. Ajak mak beraya rumah uncle, satu taman je. Alhamdulillah dapat jumpa cousin, cikgu PJ, anak2 aktif bersukan. Yang sulung tengah queue untuk selection team sepaktakraw, wakil Malaysia untuk Sukan Asia dan Sea Games tahun depan. Baru 20 tahun. 2 adik lelaki pun sama minat main sepaktakraw. Ketika sampai rumah uncle, yang bongsu 12 tahun sedang menimbang bola takraw. Tiga2 beradik ni pun memang wakil Negeri, ada wakil KL, ada wakil Selangor. Yang gegirl comel tunggu result SPM pulak main hoki dan marathon. 


Selasa agenda di rumah mengemas dll, buat lagi Kek Lemon untuk adik no2 dan anak2 sebab kek dah habis di rumah mak. Lepak rumah mak je petang tu. 
Foto : curi foto sebelum nya


Rabu. Hubby dah dapat panggilan laut. Alhamdulillah dapat 5 sotong mambang besar, ikan 4 ekor 2-3 jengkal panjang ada siakap dll. Tapi geram sikit sebab sampai dah petang. Nak kerjakan ikan2 ni ambil masa walaupun hubby yang siang semua ikan. Busuk tau bau hanyir air laut ni. Tiap kali balik laut, satu rumah macam bau pasar ikan hehe. Apapun Alhamdulillah rezeki dapat sotong dan ikan. Sotong tu 3 ekor bagi jiran sebab banyak sangat. Sotong tu badan saja lebih 2 jengkal.


Dinner tak tau nak masak apa. Lama cuti masak sebab raya. Jumpa minced chicken Ramly. Ada kentang dari lauk Kari iftar hubby di office yang tak habis. Masak ayam dengan spice mix dari Uzbekistan, lenyek kentang, masukkan 2 telur, hirisan daun sup, chilli flakes, apa2 herbs dan sedikit susu. Gaul2 buat macam lempeng. Makan dengan steamed broccoli dan tomato + apa2 sos kesukaan (roasted sesame, Tabasco, Sriracha, mayonnaise dll)


LAKSA PENANG TELUR SEBIJI
Dinner semalam, jumpa kuah Laksa Penang dalam freezer. 


RENDANG HATI LIMPA PARU

Semalam juga. Bahagian dalaman ni jumpa dalam freezer bulan puasa hari tu. Kurang pandai masak tapi makan. So masa tu, rebus je semua dalam Noxxa dan simpan dalam freezer. Semalam keluarkan awal2. Potong kecil2 seinci dua inci. Tawakal buat rendang. Masukkan semua bahan kisar, rempah daging, ciliboh dan hati paru limpa dalam Noxxa, HP20. Tambah santan dan kerisik. Macam masih ada bau hamis hati paru ni. Tapi biarkan aje. Bila agak sejuk, simpan dalam fridge bukan freezer. 


 RENDANG HATI LIMPA PARU dengan prata + green tea. 

Breakfast pagi ni.

Alhamdulillah rasa rempah dan meresap dalam hati paru limpa tu. Rasanya potong besar sangat kot. Apapun mission accomplished, Alhamdulillah. Last masak rendang bahagian dalam ni rasanya di Vietnam, 10 tahun dulu. Ketika raya, wabak selsema burung. Tiada ayam dijual. Mencuba masak, laku jugak masa tu. Daging lembu, kita masak menu lain ketika itu.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

44 comments

  1. germnya tgok sotong besar tu. jika dibakar pasti kenyang meratahnya saja. salam aidil fitri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri AK. Bakar pun sedap kan.

      Delete
  2. geramnyaaaaaaa tgk sotong tuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. rs nak makan laksa laa pula ptg niiii sedap jg tu kalau dpt telur sebiji ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka laksa makan dengan telur sebiji

      Delete
  4. tak pernah jumpa laksa pahang kat belah2 lipis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuantan dan Pekan yang banyak rasanya

      Delete
  5. sedapnya la nampak rendang akak tu..rendang SA dah habis..maybe nak merendang Ahad nanti, anak dara tu nak balik kolej hari Isnin...esok naka ke Muar...sotong tu nampak besar dan mesti sedap tau..akak dah masak nanti share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa rempah ok tapi kuat lah bau paru limpa tu hehe. Tak pernah masak sotong besar tu.

      Delete
  6. Wah, nampak sedap betulll itu rendangnya mbak. Walaupun jujur, aku tak terbiasa makan rendang dari hati dan limpa, tapi kalau sudah diolah jadi rendang sepertinya nikmat-nikmat saja ya.
    Sotongnya pun besaaar betul. Nampak segar ya, dan itu kalau dibakar nampaknya bakal mengenyangkan satu keluarga besar, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini ramai juga yang masak rendang hati limpa paru. Tapi jarang2 kami masak. Sotong tu memang besar, kalau dibakar sedap kan Insyaa Allah

      Delete
  7. Syoknya jadi jiran Akk haha...
    Sedap tu rendang hati limpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai mai kita tukar lauk pauk PH. Kena try lagi sebab kuat sikit bau nya.

      Delete
  8. selamat hari raya kak...saya raya ni tak jumpa lagi laksa pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Afzan. Maaf Zahir Batin. Kalau ke area Pekan memang banyak Laksa Pahang ni.

      Delete
  9. besar betul sotong tu!! MZ tak pernah mkn laksa pahang..err ada beza ke dgn laksa penang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang besar sotong tu. Laksa Pahang macam Laksa Johor sikit2 sebab kuah ada santan.

      Delete
  10. waahh besar betul sotong tu! ehhh tp betul jgak kan bau hanyir air laut hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang besar sotong tu

      Delete
  11. Agaknya beza hirisan daun kaduk. Laksa Johor tiada. Tidak pernah makan lagi laksa Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sebab Laksa Pahang memang ada daun kaduk.

      Delete
  12. Belum pernah try lagi laksa Pahang tu. Macam mana rasanya?

    ReplyDelete
  13. Saya tak pernah makan laksa pahang. Sedap juga makan roti prata dengan rendang. Sotong mambang besar tu, buat masak apa, sambal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 macam Laksa Johor. Alhamdulillah sedap jugak prata dengan rendang. Belum masak lagi sotong tu. Tak sure nak masak apa.

      Delete
  14. Ramai orang tertanya2 laksa Pahang tu...

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Kak Mulan! Kita baru nak bw hari ni 🤭

    Wah, macam2 lauk raya ni ye. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ya Carneyz

      Delete
  16. Apa beza ye kak laksa pahang tu mcm laksa johor sebab pakai spageti kan... kene rsa baru boleh beza kot ni. Geramnya tengok sotong katak besar gabak tu kak oi. Bila nak merasa kek lemon atau kek oren akak ni... terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Dana tapi kalau tak jumpa laksa chat/beras Pahang ni, kami guna spaghetti jugak. Rasa sikit2 nak sama tapi Laksa Pahang guna ulam hirisan daun kaduk. Besar kan sotong tu, tak masak lagi. Insyaa Allah moga diizinkan ya Dana.

      Delete
  17. Pernah sekali dulu makan Laksa Pahang di restoran Ebit Lew. Saya pun dah tak ingat rasanya macam mana.

    Tak pernah nampak rupa sotong tu. Kalau badannya lebih 2 jengkal, memang besar sungguhlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 macam Laksa Johor rasa dia Ujie. Memang besar sotong tu.

      Delete
  18. Molek sungguh sotong tu. Geramnya tengok. Kalau sotong macam ni sedap masak apa ye Mulan? Sambal sotong kah atau sotong bakar? KSarie baru tau ada Laksa Pahang. Tak pernah makan lagi laksa ni. Alhamdulillah meriah hari raya Mulan bersilaturahim dan makan-makan di rumah sanak saudara. Hebat betul adik beradik champion takraw💪KSarie memang favourite rendang limpa + hati + paru tapi tak rajin nak masak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah KSarie sebab kami jarang beli atau makan sotong di rumah. Tak masak pun lagi busy beraya dan ke sana sini 😄😄 Laksa Pahang n sikit2 rasa macam Laksa Johor. Alhamdulillah memang meriah time Raya sebab boleh jumpa ramai2. Kami pun tak sangka adik2 ikut Abang suka main takraw. Sedap kan rendang hati limpa paru tapi yang buat ni macam tak sedap lah tapi paksa je diorang kat rumah ni makan 😂😂😂😂

      Delete
  19. Ada juga eh belacan flakes dijual.. tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  20. Mama saya sering juga masak rendang dicampur antara daging, hati dan limpa. Ini yg saya kurang suka, sebab saya tak makan hati dan limpa 🤣🤣. Jadi kalau mama masak dicampur, saya lgs minta dipilihkan untuk saya yg daging saja 😅😄. Ntahlah, saya agak trauma dengan bagian limpa dan hati ini. Krn itu tak makan.

    Besar2 sotongnya kak 😍😍😍. LGS terbayang sambal sotong 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jarang2 masak rendang hati paru limpa tapi saja2 mau cuba sebab ada stok dari raya korban lalu 🫢🫢🫢 sudah lama dalam freezer. Ya betul sotong sangat2 besar. Masak sambal sedap kan, tapi kurang pandai.

      Delete
  21. Rupanya lagu raya pung pang tu Fazura yang nyanyi...baru la saya tahu....laksa penang tu memang saya tak tahan tengoknya....sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ezna selalu terdengar lagu Raya tu. Laksa kuah pekat dan banyak sedap kan.

      Delete
  22. Haah la nampak macam laksa johor! Saya tak pernah makan lagi laksa Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun tak reti nak cakap bezanya sebab macam nak sama hehe sebab kita tau makan je

      Delete