LAKSA PAHANG + BELACAN FLAKES.
Mak sepupu ni memang teliti masaknya. Ulaman laksa (daun kaduk dll) dihiris dah macam bunga rampai. Laksa Pahang kurang lebih macam Laksa Johor. Cuma tak reti nak explain beza nya. Saya, jenis yang makan je.
Salam Jumaat Penuh Berkat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Isnin, raya ketiga. Sampai je Kuantan dari Taiping terus ke Medan Tok Sira, rumah mak sepupu sebab adik no2 pun ke sana. Dia dari rumah mak, baru sampai dari Kota Bharu malam nya. Antara rumah wajib kami ziarah ketika raya. Laksa Pahang memang awesome sedap sangat Alhamdulillah. Makteh ni kalau masak apapun memang sedap. Siap ziarah terus balik rumah dulu. Basuh kain yang menimbun hehe.
Petang lepas Asar balik rumah mak. Ajak mak beraya rumah uncle, satu taman je. Alhamdulillah dapat jumpa cousin, cikgu PJ, anak2 aktif bersukan. Yang sulung tengah queue untuk selection team sepaktakraw, wakil Malaysia untuk Sukan Asia dan Sea Games tahun depan. Baru 20 tahun. 2 adik lelaki pun sama minat main sepaktakraw. Ketika sampai rumah uncle, yang bongsu 12 tahun sedang menimbang bola takraw. Tiga2 beradik ni pun memang wakil Negeri, ada wakil KL, ada wakil Selangor. Yang gegirl comel tunggu result SPM pulak main hoki dan marathon.
Foto : curi foto sebelum nya
Rabu. Hubby dah dapat panggilan laut. Alhamdulillah dapat 5 sotong mambang besar, ikan 4 ekor 2-3 jengkal panjang ada siakap dll. Tapi geram sikit sebab sampai dah petang. Nak kerjakan ikan2 ni ambil masa walaupun hubby yang siang semua ikan. Busuk tau bau hanyir air laut ni. Tiap kali balik laut, satu rumah macam bau pasar ikan hehe. Apapun Alhamdulillah rezeki dapat sotong dan ikan. Sotong tu 3 ekor bagi jiran sebab banyak sangat. Sotong tu badan saja lebih 2 jengkal.
Dinner tak tau nak masak apa. Lama cuti masak sebab raya. Jumpa minced chicken Ramly. Ada kentang dari lauk Kari iftar hubby di office yang tak habis. Masak ayam dengan spice mix dari Uzbekistan, lenyek kentang, masukkan 2 telur, hirisan daun sup, chilli flakes, apa2 herbs dan sedikit susu. Gaul2 buat macam lempeng. Makan dengan steamed broccoli dan tomato + apa2 sos kesukaan (roasted sesame, Tabasco, Sriracha, mayonnaise dll)
LAKSA PENANG TELUR SEBIJI
Dinner semalam, jumpa kuah Laksa Penang dalam freezer.
RENDANG HATI LIMPA PARU
Semalam juga. Bahagian dalaman ni jumpa dalam freezer bulan puasa hari tu. Kurang pandai masak tapi makan. So masa tu, rebus je semua dalam Noxxa dan simpan dalam freezer. Semalam keluarkan awal2. Potong kecil2 seinci dua inci. Tawakal buat rendang. Masukkan semua bahan kisar, rempah daging, ciliboh dan hati paru limpa dalam Noxxa, HP20. Tambah santan dan kerisik. Macam masih ada bau hamis hati paru ni. Tapi biarkan aje. Bila agak sejuk, simpan dalam fridge bukan freezer.
RENDANG HATI LIMPA PARU dengan prata + green tea.
Breakfast pagi ni.
Alhamdulillah rasa rempah dan meresap dalam hati paru limpa tu. Rasanya potong besar sangat kot. Apapun mission accomplished, Alhamdulillah. Last masak rendang bahagian dalam ni rasanya di Vietnam, 10 tahun dulu. Ketika raya, wabak selsema burung. Tiada ayam dijual. Mencuba masak, laku jugak masa tu. Daging lembu, kita masak menu lain ketika itu.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.









germnya tgok sotong besar tu. jika dibakar pasti kenyang meratahnya saja. salam aidil fitri...
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri AK. Bakar pun sedap kan.
Deletegeramnyaaaaaaa tgk sotong tuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteMemang besar Alhamdulillah
Deleters nak makan laksa laa pula ptg niiii sedap jg tu kalau dpt telur sebiji ;-)
ReplyDeleteMemang suka laksa makan dengan telur sebiji
Deletetak pernah jumpa laksa pahang kat belah2 lipis ni.
ReplyDeleteKuantan dan Pekan yang banyak rasanya
Deletesedapnya la nampak rendang akak tu..rendang SA dah habis..maybe nak merendang Ahad nanti, anak dara tu nak balik kolej hari Isnin...esok naka ke Muar...sotong tu nampak besar dan mesti sedap tau..akak dah masak nanti share ye
ReplyDeleteRasa rempah ok tapi kuat lah bau paru limpa tu hehe. Tak pernah masak sotong besar tu.
DeleteWah, nampak sedap betulll itu rendangnya mbak. Walaupun jujur, aku tak terbiasa makan rendang dari hati dan limpa, tapi kalau sudah diolah jadi rendang sepertinya nikmat-nikmat saja ya.
ReplyDeleteSotongnya pun besaaar betul. Nampak segar ya, dan itu kalau dibakar nampaknya bakal mengenyangkan satu keluarga besar, hihihi
Di sini ramai juga yang masak rendang hati limpa paru. Tapi jarang2 kami masak. Sotong tu memang besar, kalau dibakar sedap kan Insyaa Allah
DeleteSyoknya jadi jiran Akk haha...
ReplyDeleteSedap tu rendang hati limpa.
Mai mai kita tukar lauk pauk PH. Kena try lagi sebab kuat sikit bau nya.
Deleteselamat hari raya kak...saya raya ni tak jumpa lagi laksa pahang
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Afzan. Maaf Zahir Batin. Kalau ke area Pekan memang banyak Laksa Pahang ni.
Deletebesar betul sotong tu!! MZ tak pernah mkn laksa pahang..err ada beza ke dgn laksa penang tu?
ReplyDeleteBetul memang besar sotong tu. Laksa Pahang macam Laksa Johor sikit2 sebab kuah ada santan.
Deletewaahh besar betul sotong tu! ehhh tp betul jgak kan bau hanyir air laut hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah memang besar sotong tu
DeleteAgaknya beza hirisan daun kaduk. Laksa Johor tiada. Tidak pernah makan lagi laksa Pahang.
ReplyDeleteMungkin juga sebab Laksa Pahang memang ada daun kaduk.
DeleteBelum pernah try lagi laksa Pahang tu. Macam mana rasanya?
ReplyDeleteMacam Laksa Johor sikit2 rasanya
DeleteSaya tak pernah makan laksa pahang. Sedap juga makan roti prata dengan rendang. Sotong mambang besar tu, buat masak apa, sambal ke?
ReplyDeleteSikit2 macam Laksa Johor. Alhamdulillah sedap jugak prata dengan rendang. Belum masak lagi sotong tu. Tak sure nak masak apa.
DeleteRamai orang tertanya2 laksa Pahang tu...
ReplyDeleteSikit2 macam Laksa Johor
DeleteSelamat Hari Raya Kak Mulan! Kita baru nak bw hari ni 🤭
ReplyDeleteWah, macam2 lauk raya ni ye. Syukur Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ya Carneyz
DeleteApa beza ye kak laksa pahang tu mcm laksa johor sebab pakai spageti kan... kene rsa baru boleh beza kot ni. Geramnya tengok sotong katak besar gabak tu kak oi. Bila nak merasa kek lemon atau kek oren akak ni... terliur
ReplyDeleteYa Dana tapi kalau tak jumpa laksa chat/beras Pahang ni, kami guna spaghetti jugak. Rasa sikit2 nak sama tapi Laksa Pahang guna ulam hirisan daun kaduk. Besar kan sotong tu, tak masak lagi. Insyaa Allah moga diizinkan ya Dana.
DeletePernah sekali dulu makan Laksa Pahang di restoran Ebit Lew. Saya pun dah tak ingat rasanya macam mana.
ReplyDeleteTak pernah nampak rupa sotong tu. Kalau badannya lebih 2 jengkal, memang besar sungguhlah.
Sikit2 macam Laksa Johor rasa dia Ujie. Memang besar sotong tu.
DeleteMolek sungguh sotong tu. Geramnya tengok. Kalau sotong macam ni sedap masak apa ye Mulan? Sambal sotong kah atau sotong bakar? KSarie baru tau ada Laksa Pahang. Tak pernah makan lagi laksa ni. Alhamdulillah meriah hari raya Mulan bersilaturahim dan makan-makan di rumah sanak saudara. Hebat betul adik beradik champion takraw💪KSarie memang favourite rendang limpa + hati + paru tapi tak rajin nak masak😅
ReplyDeleteTak tau lah KSarie sebab kami jarang beli atau makan sotong di rumah. Tak masak pun lagi busy beraya dan ke sana sini 😄😄 Laksa Pahang n sikit2 rasa macam Laksa Johor. Alhamdulillah memang meriah time Raya sebab boleh jumpa ramai2. Kami pun tak sangka adik2 ikut Abang suka main takraw. Sedap kan rendang hati limpa paru tapi yang buat ni macam tak sedap lah tapi paksa je diorang kat rumah ni makan 😂😂😂😂
DeleteAda juga eh belacan flakes dijual.. tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteRasanya makteh saya ni buat sendiri
DeleteMama saya sering juga masak rendang dicampur antara daging, hati dan limpa. Ini yg saya kurang suka, sebab saya tak makan hati dan limpa 🤣🤣. Jadi kalau mama masak dicampur, saya lgs minta dipilihkan untuk saya yg daging saja 😅😄. Ntahlah, saya agak trauma dengan bagian limpa dan hati ini. Krn itu tak makan.
ReplyDeleteBesar2 sotongnya kak 😍😍😍. LGS terbayang sambal sotong 😄
Kami jarang2 masak rendang hati paru limpa tapi saja2 mau cuba sebab ada stok dari raya korban lalu 🫢🫢🫢 sudah lama dalam freezer. Ya betul sotong sangat2 besar. Masak sambal sedap kan, tapi kurang pandai.
DeleteRupanya lagu raya pung pang tu Fazura yang nyanyi...baru la saya tahu....laksa penang tu memang saya tak tahan tengoknya....sedapnya.
ReplyDeleteYa Ezna selalu terdengar lagu Raya tu. Laksa kuah pekat dan banyak sedap kan.
DeleteHaah la nampak macam laksa johor! Saya tak pernah makan lagi laksa Pahang.
ReplyDeletePun tak reti nak cakap bezanya sebab macam nak sama hehe sebab kita tau makan je
Delete