DARI PERTH KE KUANTAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Ramadan sudah di penghujungnya. Moga ibadah kita diterima Allah.
KIMCHI-JIGAE
Merasmikan periuk MASAKI hitam baru2 ini.
Kimchi-jigae tu dimakan dengan Udon yang dah agak lama tersadai di dalam fridge. Ada telur rebus, bunga telur kawan bagi. Ada Laicikang Vietnam + Jus Tembikai (hubby suka sangat beli tembikai). Juga Keramat Cinnamon + Chocolate Sauce.
Semalam, Selasa.
Berpagi-pagian memandu balik Putrajaya dengan hubby. Nak ambil anak solehah di campus. Alhamdulillah habis awal, 6.00pm kami mula gerak balik Kuantan. Walaupun banyak kereta, kadang gerak, kadang tidak, namun semuanya agak smooth bergerak setelah melepasi Tol Karak.
Konon dapat stop somewhere untuk beli makanan berbuka di dalam kereta. Meleset semuanya. Ke stesen minyak lah juga, grab apa yang ada. Donut, pau, pastry yang dah memang dah nak habis, kami beli. Tak ingat di mana Azan Maghrib tapi yang pasti di dalam mukim Bentong. Alhamdulillah 9.30pm sampai Rumahku Syurgaku.
Pagi tadi dengan anak solehah ke East Coast Mall. Mummy nya masuk mall di Kuantan ni, tunggu anak solehah balik kot. Diajak ke Watson Pink. First time juga ke Watson Pink ni, rupanya tak sama Watson hijau biasa. Tunggu luar je lah.
Dari EC Mall terus balik rumah mak, hantar biskut Raya. Tolong clear dan kemas mana patut sebelum kontinjen Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Ulu Klang (adik2, anak2 & anak2 saudara mak) sampai esok Insyaa Allah. Memang tak muat di rumah mak, homestay dekat2 ada Alhamdulillah dah book siap2. Kontinjen lain Sg Merab, Jerantut dll, menyusul kemudian Insyaa Allah.
Mak bebel2 suruh ambil juga set pinggan Stoneware ni. Arwah papa beli di Perth ketika bersama2 team atlit Sukan Sea 1989 untuk latihan olahraga beberapa bulan. Ketika itu antara atlit nya, Dato Zaiton Osman, Zaki Sadri, Hanafiah Nasir juga coach arwah Uncle Harun Rashid. Ada lagi satu set warna pink tapi lagi suka yang biru ni. Papa memang suka belikan mak set pinggan mangkuk. Terima kasih Mak. Sedih rindu sangat2 teringat arwah Papa. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Alhamdulillah both anak soleh solehah ada, first time berbuka berempat. Kami keluar lah ke Bazar Ramadan MBK dekat Masjid Negeri.
Terus lah kami join Iftar Picnic di Padang MBK yang sudah bertahun2 bertapak di sini.
Sinaran sunset.
Kami bawa set picnic plastik beli di Perth, hampir 10 tahun dulu. 4 pinggan makan navy blue, 4 mangkuk hijau dan 4 gelas merah, semua plastik. Best set plastik ni sebab besar, kira untuk mulut dewasa. Juga nipis, ringan dan agak solid. Berbaloi beli nya. Tak ingat beli di Coles atau Kmart.
Satar, Otak2, Roti John, Kebab, Mochi, Fruit Cocktail, Tahu Begedil, Murtabak, Ayam Panggang, Air Lemon, Air Kelapa. Alhamdulillah Murtabak dan Ayam Panggang dibawa pulang untuk moreh dan sahur. Licin semuanya Alhamdulillah. Dah pesan, beli berpada2 dan jangan berlebih2.
Foto2 untuk kenangan. First time Iftar Picnic di Padang MBK.
Makan sekejap je. 15-20 minit. Tong sampah memang banyak disediakan, tak perlu bawak pulang sampah. Tikar wajib lah bawa balik.
Seronok.
Menara Kuantan 188.
Alhamdulillah. Jom pulang ke sarang sebelum jalan sesak.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.





















Cantik set pinggan Stoneware tu, kenangan dari arwah papa Mulan.
ReplyDeleteMenarik berbuka puasa di Padang MBK.
Memang cantik, Alhamdulillah. First time juga berbuka, seronok.
Deleteboleh la buat pakai raya set pinggan tu jauh dari perth.
ReplyDeleteInsyaa Allah
Deletewaahhhhhhhhhh set pinggan cantik!
ReplyDeleteMemang cantik
Deletecantik set pinggan mangkuk tu...suka tengoknya...
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya kak Mulan, maaf salah silap sepanjang mengomen di sini...
Memang suka design pinggan tu. Sama2. Maaf Zahir Batin.
DeleteSaya lagu berpikir keras, di manalah ada lapangan besar begini , yg bisa piknik di jakarta 🤣🤣🤣🤣. Yg terpikir hanya lapangan bola GBK 😂😂😂. Serunyaaa kalau bisa piknik begitu ya kak. Makanan simple pun akan terasa sedap
ReplyDeleteMemang ini Padang bola yang luas juga bersebelah masjid jadinya mudah selepas berbuka boleh terus solat.
DeleteMulan jika datang Perth bagitahu tauu 🤭 Selamat hari raya buat Mulan sekeluarga.. Baru tahu ada Watson Pink sekaranggg.. Wuuu nak pii.
ReplyDeleteInsyaa Allah. Selamat Hari Raya juga untuk Faa. Betul sekarang dah ada Watson Pink
DeleteAlhamdulillah dapat set pinggan baru dari bonda. Set piknik pun from Perth jugak tu :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf Zahir Batin ye Kak andau ada salah silap 🫰🏻
Alhamdulillah. Set picnic tu memang best sebab besar dan ringan.
DeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk PH juga
Seronok picnic iftar tu
ReplyDeleteMemang seronok
Deletebarang antik yg masih disimpan rapi. Baik digunakan aje utk Raya nanti..
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletecantik dan penuh sentimental value lah set stoneware tu...wah bestnya iftar versi picnic!
ReplyDeleteCantik kan set pinggan tu. Iftar picnic memang best.
DeleteSet pinggan tu walau almost 40 yrs masih complete. Setiap kali guna pasti teringatkan arwah papa ya.
ReplyDeleteMak tak guna sangat pinggan tu sebab stoneware berat sikit kan. Maybe ingat papa pun ya.
DeleteWah set pinggan mangkuk beli kat Perth tu cantik menawan la...SA teringin nak berbuka kat Kuantan macam tu la...nak buat la tahun depan...mesti best...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki arwah papa beli untuk mak, turun pada kita. Kami pun first time Iftar Picnic tu
DeleteSelamat Hari Raya Mulan dan keluarga. Maaf Zahir Batin. Besar keluarga Mulan ye. Meriah sambutan Aidilfitri nya. Suka tengok picnic iftar tuh. Harap boleh cuba picnic iftar ni next year in sya Allah. Extra lawa gambar-gambar Kuantan dalam post ini. Cantik pinggan Stoneware. Sesuai untuk Mulan yang rajin masak dan plating.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk KSarie dan family juga. Alhamdulillah memang meriah. Dah lama bertahun2 iftar di Padang MBK ni tapi kami baru join first time ni. Hehe kita aim pinggan lain, mak bagi yang ni dulu, ambik je lah Alhamdulillah rezeki
Deletekiranya set pinggan tu beli dari tahun 1989? tapi masih cantik, nampak macam baru!
ReplyDeleteSebab mak tak pakai pinggan ni hehe
DeleteLawa sungguh set pinggan dari Perth tu. Dekat sini, tak ada lagi jumpa Watson Pink. Seronok, berbuka puasa piknik di padang. Lawa betul masjid Kuantan tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau tak ke mall tu memang tak tau Watson Pink ada di Kuantan. Memang seronok berbuka di Padang.
Delete