SAMBUNG SEMBANG RAYA PUNGPANG PUNGPANG
LAKSA PAHANG + BELACAN FLAKES.
Mak sepupu ni memang teliti masaknya. Ulaman laksa (daun kaduk dll) dihiris dah macam bunga rampai.
Salam Jumaat Penuh Berkat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Isnin, raya ketiga. Sampai je Kuantan dari Taiping terus ke Medan Tok Sira, rumah mak sepupu sebab adik no2 pun ke sana. Dia dari rumah mak, baru sampai dari Kota Bharu malam nya. Antara rumah wajib kami ziarah ketika raya. Laksa Pahang memang awesome sedap sangat Alhamdulillah. Makteh ni kalau masak apapun memang sedap. Siap ziarah terus balik rumah dulu. Basuh kain yang menimbun hehe.
Petang lepas Asar balik rumah mak. Ajak mak beraya rumah uncle, satu taman je. Alhamdulillah dapat jumpa cousin, cikgu PJ, anak2 aktif bersukan. Yang sulung tengah queue untuk selection team sepaktakraw, wakil Malaysia untuk Sukan Asia dan Sea Games tahun depan. Baru 20 tahun. 2 adik lelaki pun sama minat main sepaktakraw. Ketika sampai rumah uncle, yang bongsu 12 tahun sedang menimbang bola takraw. Tiga2 beradik ni pun memang wakil Negeri, ada wakil KL, ada wakil Selangor. Yang gegirl comel tunggu result SPM pulak main hoki dan marathon.
Rabu. Hubby dah dapat panggilan laut. Alhamdulillah dapat 5 sotong mambang besar, ikan 4 ekor 2-3 jengkal panjang ada siakap dll. Tapi geram sikit sebab sampai dah petang. Nak kerjakan ikan2 ni ambil masa walaupun hubby yang siang semua ikan. Busuk tau bau hanyir air laut ni. Tiap kali balik laut, satu rumah macam bau pasar ikan hehe. Apapun Alhamdulillah rezeki dapat sotong dan ikan. Sotong tu 3 ekor bagi jiran sebab banyak sangat. Sotong tu badan saja lebih 2 jengkal.
Dinner tak tau nak masak apa. Lama cuti masak sebab raya. Jumpa minced chicken Ramly. Ada kentang dari lauk Kari iftar hubby di office yang tak habis. Masak ayam dengan spice mix dari Uzbekistan, lenyek kentang, masukkan 2 telur, hirisan daun sup, chilli flakes, apa2 herbs dan sedikit susu. Gaul2 buat macam lempeng. Makan dengan steamed broccoli dan tomato + apa2 sos kesukaan (roasted sesame, Tabasco, Sriracha, mayonnaise dll)
LAKSA PENANG TELUR SEBIJI
Dinner semalam, jumpa kuah Laksa Penang dalam freezer.
RENDANG HATI LIMPA PARU
Semalam juga. Bahagian dalaman ni jumpa dalam freezer bulan puasa hari tu. Kurang pandai masak tapi makan. So masa tu, rebus je semua dalam Noxxa dan simpan dalam freezer. Semalam keluarkan awal2. Potong kecil2 seinci dua inci. Tawakal buat rendang. Masukkan semua bahan kisar, rempah daging, ciliboh dan hati paru limpa dalam Noxxa, HP20. Tambah santan dan kerisik. Macam masih ada bau hamis hati paru ni. Tapi biarkan aje. Bila agak sejuk, simpan dalam fridge bukan freezer.
RENDANG HATI LIMPA PARU dengan prata + green tea.
Breakfast pagi ni.
Alhamdulillah rasa rempah dan meresap dalam hati paru limpa tu. Rasanya potong besar sangat kot. Apapun mission accomplished, Alhamdulillah. Last masak rendang bahagian dalam ni rasanya di Vietnam, 10 tahun dulu. Ketika raya, wabak selsema burung. Tiada ayam dijual. Mencuba masak, laku jugak masa tu. Daging Masak menu lain ketika itu.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.








germnya tgok sotong besar tu. jika dibakar pasti kenyang meratahnya saja. salam aidil fitri...
ReplyDeletegeramnyaaaaaaa tgk sotong tuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleters nak makan laksa laa pula ptg niiii sedap jg tu kalau dpt telur sebiji ;-)
ReplyDeletetak pernah jumpa laksa pahang kat belah2 lipis ni.
ReplyDeletesedapnya la nampak rendang akak tu..rendang SA dah habis..maybe nak merendang Ahad nanti, anak dara tu nak balik kolej hari Isnin...esok naka ke Muar...sotong tu nampak besar dan mesti sedap tau..akak dah masak nanti share ye
ReplyDeleteWah, nampak sedap betulll itu rendangnya mbak. Walaupun jujur, aku tak terbiasa makan rendang dari hati dan limpa, tapi kalau sudah diolah jadi rendang sepertinya nikmat-nikmat saja ya.
ReplyDeleteSotongnya pun besaaar betul. Nampak segar ya, dan itu kalau dibakar nampaknya bakal mengenyangkan satu keluarga besar, hihihi