TAQABBALLALLAHU MINNA WAMINKUM
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
2 Syawal, Ahad. 8.30 pagi kami drive balik Selama sekali dengan kakak ipar bertiga satu kereta dan adik ipar satu kereta sekeluarga.
Ke rumah Makteh adik arwah ayah mertua, di Kampung Sg Berdarah, Selama, Perak. Sepinggan yang marbeles. Putu beras dan putu kacang favorite saya.
Then ke rumah arwah pusaka TokChey, di seberang jalan saja. Sepupu hubby tinggal di rumah ni sekarang. Pokok2 macam jenis keliling rumah. Sebalang air kelapa soda tengah panas2 memang lah awesome Alhamdulillah.
Rendang Kijang dan Rendang Landak. Sedap sangat.
Wajiblah berfoto depan rumah pusaka TokChey ni.
Kemudian ke rumah sepupu hubby yang baru dibina, rumah bila pencen nanti, berdekatan rumah Makteh. Lagi meriah nanti.
Surau dan Maahad Tahfiz Hafizah Sg Bayor ni sepupu hubby yang usahakan atas tanah wakaf dan pusaka adik beradik arwah ayah mertua. Bye bye Sg Bayor, bye bye Selama. Jumpa lagi nanti, Insyaa Allah.
Sampai Taiping terus ke rumah pak saudara bongsu hubby di Air Putih. Hasrat nak cari pasembur memang lah dibatalkan sebab Cucur Bilis Mak Pidah dengan kuah kacang ni sangat2 sedap.
Balik rumah akak ipar, sempat bakar Marble Cake. Dah ada oven baru, senang nak membakar kek nanti.
Siap kek, kami balik hotel. Sini lah hotel kami kalau balik Taiping. Hotel untuk tidur. Malas nak susahkan akak dan adik ipar di rumah. Diorang sangat2 baik dan understanding.
Lepas Subuh tadi, hari ni Isnin. Terus drive gerak balik nak hantar anak solehah balik campus dulu, tak lama nak exam. Nak cari port breakfast. Then terus balik Kuantan sebab adik no2 dah sampai rumah mak dari Kota Bharu malam tadi.
Hubby dengan anak soleh drive. Kita duduk belaka update blog lah yeahh.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.











Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga
DeleteSelamat hari raya Mulan sekeluarga. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Kak Amie sekeluarga
DeleteSalam Aidilfitri kak Mulan!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Cuya
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteMohon Maaf Zahir Dan Batin.. ☺️
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Afif sekeluarga
Deletewaahhh kat taiping! ana kat area bagan serai taiping ehehe.. bestnya sepinggan kuih muih tradisional semua!
ReplyDeleteOh ya ke. Sepinggan yang sangat best.
DeleteSelamat hari raya, Mulan. Maaf zahir batin. Sedap tu, cucur cicah kuah kacang. Sempat lagi buat marble cake tu. 😋
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Nur juga.
DeleteCucur cicah kuah kacang memang sedap. Sebab ada masa terus bancuh la kek lagi hehe
Eid Mubarak!
ReplyDeleteMohon ampun maaf andai ada salah silap.
Banyak pula sy jumpa putu beras dan putu kacang raya kali ni.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat PH juga
DeleteSedap kan putu beras dan putu kacang ni
salam 5 syawal utk mulan sefamili! sedap2nya juadah raya! terliur cucur dan kuah kacang tu
ReplyDeleteSalam 7 Syawal hari ni hehe
DeleteCucur dengan kuah kacang tu memang sedap
Selamat Hari Raya Mulan. Saya balik kampung pun duduk hotel jugak. Tapi dulu time ibu mertua ada duduk rumah ibu mertua.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ezna. Senang duduk hotel tak susahkan family lain kan.
DeleteCantiknya surau tu.... bukan beshe2 tu
ReplyDeleteAlhamdulillah cantik. Apa yang beshe2 tu uncle 😄
DeleteSemua kuih² tradisional... rasa lama tak makan putu beras. Sedapnya.
ReplyDeleteKuih traditional memang sedap kan
DeleteGambar pertama tu buat rasa nostalgic dan klasik sungguh. Semua kuih tradisional yang mengundang banyak memori lagi-lagi kenangan membuat beberapa kuih dengan family. Jauh perjalanan Mulan skeluarga berhari raya. Meriah dan awesome
ReplyDeleteBetul KSarie ni beraya kat kampung yang dapat jumpa kuih traditional ni. Memang makan betul2 lah. Alhamdulillah memang meriah.
Deletecantik pulak sepinggan penuh kuih raya tu. semua style kuih raya lama2.
ReplyDeletebaguslah ada ahli keluarga yg sudi jaga rumah pusaka tu, cantik rumahnya dari luar!
Memang cantik dan sedap semuanya. Alhamdulillah ada yang jaga, dapatlah anak cucu cicit balik ziarah rumah dan saudara mara
DeleteSelamat hari raya Kak Mulan...bestnya beraya macam ni...SA tahun ni x berjalan sgt...penat tunggu tetamu tapi tetamu x datang
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SA. Time Raya lah kami dapat ziarah sebab tau ramai yang balik kampung. Sebab kami pun jauh.
Deletethn ni sy tak jumpa lg org hidang kuih ros / goyang... i is sedeyyyy
ReplyDeleteKuih loyang sedap kan
Deletewahhhh best nyaaaa ada rendang kijang...
ReplyDeletebgs nya ada yg tolong jaga rumah pusaka... meriah rumah bla ramai dtg berkumpul
Sedap rendang Kijang tu. Alhamdulillah ada yang jaga rumah tu, dapatlah berkumpul bila balik raya
DeleteWaah lihat air kelapa soda langsung fresh badan rasanya. Terbayang sejuuuuuk. Panas nya skr ini tak lazim lah 🤣🤣. Pening kepala saya.
ReplyDeleteCucur bilis dan kuah kacang, memang paling klop kak 😍😍. Terbayang cucur dan kuah sambal yg saya coba di Dapur Sarawak, sedap sangat.
Memang kalau kumpul ramai begini, susah kalau semua nak stay di 1 rumah. Sayapun akan memilih di hotel, supaya tidak merepotkan . Dan lebih bebas juga.
Betul air kelapa soda ketika panas2 memang sedap dan segar badan. Cucur sama kuah sambal atau cili memang sedap. Betul kalau tidur di hotel lagi selesa juga tidak menyusahkan keluarga.
Delete