2 SYAWAL BERAYA MERIAH SINI SANA



TAQABBALLALLAHU MINNA WAMINKUM
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.


2 Syawal, Ahad. 8.30 pagi kami drive balik Selama sekali dengan kakak ipar bertiga satu kereta dan adik ipar satu kereta sekeluarga.


Ke rumah Makteh adik arwah ayah mertua, di Kampung Sg Berdarah, Selama, Perak. Sepinggan yang marbeles. Putu beras dan putu kacang favorite saya. 


Then ke rumah arwah pusaka TokChey, di seberang jalan saja. Sepupu hubby tinggal di rumah ni sekarang. Pokok2 macam jenis keliling rumah. Sebalang air kelapa soda tengah panas2 memang lah awesome Alhamdulillah.


Rendang Kijang dan Rendang Landak. Sedap sangat.


Wajiblah berfoto depan rumah pusaka TokChey ni. 

Kemudian ke rumah sepupu hubby yang baru dibina, rumah bila pencen nanti, berdekatan rumah Makteh. Lagi meriah nanti. 


Surau dan Maahad Tahfiz Hafizah Sg Bayor ni sepupu hubby yang usahakan atas tanah wakaf dan pusaka adik beradik arwah ayah mertua. Bye bye Sg Bayor, bye bye Selama. Jumpa lagi nanti, Insyaa Allah.


Sampai Taiping terus ke rumah pak saudara bongsu hubby di Air Putih. Hasrat nak cari pasembur memang lah dibatalkan sebab Cucur Bilis Mak Pidah dengan kuah kacang ni sangat2 sedap.


Balik rumah akak ipar, sempat bakar Marble Cake. Dah ada oven baru, senang nak membakar kek nanti.


Siap kek, kami balik hotel. Sini lah hotel kami kalau balik Taiping. Hotel untuk tidur.  Malas nak susahkan akak dan adik ipar di rumah. Diorang sangat2 baik dan understanding.


 Lepas Subuh tadi, hari ni Isnin. Terus drive gerak balik nak hantar anak solehah balik campus dulu, tak lama nak exam. Nak cari port breakfast. Then terus balik Kuantan sebab adik no2 dah sampai rumah mak dari Kota Bharu malam tadi.

Hubby dengan anak soleh drive. Kita duduk belaka update blog lah yeahh.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

34 comments

  1. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga

      Delete
  2. Selamat hari raya Mulan sekeluarga. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Kak Amie sekeluarga

      Delete
  3. Salam Aidilfitri kak Mulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Cuya

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Mohon Maaf Zahir Dan Batin.. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Afif sekeluarga

      Delete
  5. waahhh kat taiping! ana kat area bagan serai taiping ehehe.. bestnya sepinggan kuih muih tradisional semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke. Sepinggan yang sangat best.

      Delete
  6. Selamat hari raya, Mulan. Maaf zahir batin. Sedap tu, cucur cicah kuah kacang. Sempat lagi buat marble cake tu. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Nur juga.
      Cucur cicah kuah kacang memang sedap. Sebab ada masa terus bancuh la kek lagi hehe

      Delete
  7. Eid Mubarak!
    Mohon ampun maaf andai ada salah silap.
    Banyak pula sy jumpa putu beras dan putu kacang raya kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat PH juga
      Sedap kan putu beras dan putu kacang ni

      Delete
  8. salam 5 syawal utk mulan sefamili! sedap2nya juadah raya! terliur cucur dan kuah kacang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 7 Syawal hari ni hehe
      Cucur dengan kuah kacang tu memang sedap

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Mulan. Saya balik kampung pun duduk hotel jugak. Tapi dulu time ibu mertua ada duduk rumah ibu mertua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Ezna. Senang duduk hotel tak susahkan family lain kan.

      Delete
  10. Cantiknya surau tu.... bukan beshe2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cantik. Apa yang beshe2 tu uncle 😄

      Delete
  11. Semua kuih² tradisional... rasa lama tak makan putu beras. Sedapnya.

    ReplyDelete
  12. Gambar pertama tu buat rasa nostalgic dan klasik sungguh. Semua kuih tradisional yang mengundang banyak memori lagi-lagi kenangan membuat beberapa kuih dengan family. Jauh perjalanan Mulan skeluarga berhari raya. Meriah dan awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KSarie ni beraya kat kampung yang dapat jumpa kuih traditional ni. Memang makan betul2 lah. Alhamdulillah memang meriah.

      Delete
  13. cantik pulak sepinggan penuh kuih raya tu. semua style kuih raya lama2.
    baguslah ada ahli keluarga yg sudi jaga rumah pusaka tu, cantik rumahnya dari luar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan sedap semuanya. Alhamdulillah ada yang jaga, dapatlah anak cucu cicit balik ziarah rumah dan saudara mara

      Delete
  14. Selamat hari raya Kak Mulan...bestnya beraya macam ni...SA tahun ni x berjalan sgt...penat tunggu tetamu tapi tetamu x datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya SA. Time Raya lah kami dapat ziarah sebab tau ramai yang balik kampung. Sebab kami pun jauh.

      Delete
  15. thn ni sy tak jumpa lg org hidang kuih ros / goyang... i is sedeyyyy

    ReplyDelete
  16. wahhhh best nyaaaa ada rendang kijang...

    bgs nya ada yg tolong jaga rumah pusaka... meriah rumah bla ramai dtg berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap rendang Kijang tu. Alhamdulillah ada yang jaga rumah tu, dapatlah berkumpul bila balik raya

      Delete
  17. Waah lihat air kelapa soda langsung fresh badan rasanya. Terbayang sejuuuuuk. Panas nya skr ini tak lazim lah 🤣🤣. Pening kepala saya.

    Cucur bilis dan kuah kacang, memang paling klop kak 😍😍. Terbayang cucur dan kuah sambal yg saya coba di Dapur Sarawak, sedap sangat.

    Memang kalau kumpul ramai begini, susah kalau semua nak stay di 1 rumah. Sayapun akan memilih di hotel, supaya tidak merepotkan . Dan lebih bebas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul air kelapa soda ketika panas2 memang sedap dan segar badan. Cucur sama kuah sambal atau cili memang sedap. Betul kalau tidur di hotel lagi selesa juga tidak menyusahkan keluarga.

      Delete