2 SYAWAL BERAYA MERIAH SINI SANA



TAQABBALLALLAHU MINNA WAMINKUM
Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.


2 Syawal. Ahad. 8.30 pagi kami drive balik Selama sekali dengan kakak ipar bertiga satu kereta dan adik ipar satu kereta sekeluarga.


Di rumah Makteh adik arwah ayah mertua, di Kampung Sg Berdarah, Selama, Perak. Sepinggan yang marbeles. Putu beras dan putu kacang favorite saya. 


Then ke rumah arwah pusaka TokChey, di seberang jalan saja. Sepupu2 hubby tinggal di rumah ni sekarang. Pokok2 macam jenis keliling rumah. Sebalang air kelapa soda tengah panas2 memang lah awesome Alhamdulillah.


Rendang Kijang dan Rendang Landak. Sedap sangat.


Wajiblah berfoto depan rumah pusaka TokChey ni. 

Sepupu hubby baru buat rumah bila pencen nanti, berdekatan rumah Makteh. Lagi meriah nanti. 


Surau dan Maahad Tahfiz Hafizah Sg Bayor ni sepupu hubby yang usahakan atas tanah wakaf pusaka adik beradik arwah ayah mertua.


Ke rumah pak sedara bongsu hubby di Air Putih, Taiping. Hasrat nak cari pasembur memang lah dibatalkan sebab Cucur Bilis Mak Pidah dengan kuah kacang ni sangat2 sedap.


Balik rumah akak ipar, sempat bakar Marble Cake. Dah ada oven baru, senang nak membakar kek nanti.


Siap kek, kami balik hotel. Sini lah hotel kami kalau balik Taiping. Malas nak susahkan akak dan adik ipar di rumah. Diorang sangat2 baik dan understanding.


 Lepas Subuh tadi, hari ni Isnin. Terus drive gerak balik nak hantar anak solehah balik campus dulu, tak lama nak exam. Nak cari port breakfast. Then terus balik Kuantan sebab adik no2 dah sampai rumah mak dari Kota Bharu malam tadi.

Hubby dengan anak soleh drive. Kita duduk belaka update blog lah yeahh.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Comments

  1. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Mulan sekeluarga. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri kak Mulan!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Mohon Maaf Zahir Dan Batin.. ☺️

    ReplyDelete
  5. waahhh kat taiping! ana kat area bagan serai taiping ehehe.. bestnya sepinggan kuih muih tradisional semua!

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya, Mulan. Maaf zahir batin. Sedap tu, cucur cicah kuah kacang. Sempat lagi buat marble cake tu. 😋

    ReplyDelete
  7. Eid Mubarak!
    Mohon ampun maaf andai ada salah silap.
    Banyak pula sy jumpa putu beras dan putu kacang raya kali ni.

    ReplyDelete
  8. salam 5 syawal utk mulan sefamili! sedap2nya juadah raya! terliur cucur dan kuah kacang tu

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Mulan. Saya balik kampung pun duduk hotel jugak. Tapi dulu time ibu mertua ada duduk rumah ibu mertua.

    ReplyDelete

Post a Comment