Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Minggu lepas buat KEK LEMON ni. Satu simpan untuk makan, 3 yang lain bagi mak. Mak nak bagi uncle dan seorang kawan baik nya. Tapi ni versi blend, guna minyak jagung. Pure butter habis rupanya. Anak soleh kata sedap, Alhamdulillah. Resepi di akhir post ni ya. Tapi versi minyak jagung memang pernah buat dulu. Atas tu drizzle dengan jus lemon dan gula icing.
Dapat bahulu untuk door gift wedding minggu lepas. Sedapnya cicah Kopi O.
Semalam hubby work from home. Tanya dia apa lagi menu ikan untuk lunch. Dia kata buat lah asam pedas. Awwww. Tidakkkkk, kena tumis...!!! Teringat ada sambal kosong beli 2 bulan lepas kot. Sambal DARI DAPUR PAK AMIR. Saya beli di TikTok DAPUR PAK AMIR.
Pernah koma 6 bulan dan mengalami kecederaan di otak atas sebab kemalangan, dia bangkit mengusahakan produk sambal. Saya dah repeat beli sambal tumis kosong dan sambal tumis bilis, memang sedap.
Jumpa dua potong ikan ni, kepala dan ekor, biar lah lain brand pun. Janji ikan.
Sambal tumis kosong + tomato buah dikisar.
Masukkan dalam periuk. Agak2 lah sukatan nya. Campur sikit sambal belacan (frozen, jumpa dalam freezer), sebab kehabisan belacan. Asam Pedas sedap ada belacan kan.
Alhamdulillah elok muat duduknya dalam periuk biar pun kepala spesis lain, ekor pun spesis lain.
Jangan lupa daun kesum dan bunga kantan. Ok, VERDICT, sedap tau. Sebab sambal tu sedap. Siapa yang malas menumis sambal kosong, sila lah beli sambal tumis kosong ni. Sambil membantu. Makan dengan telur dadar, daun salad, sambal geprek penyet apa entah hubby beli. Yummehhhh Alhamdulillah. Hubby kata sedap, dia tak tau Queen dia guna sambal instant hehe.
KIMCHI-JEON @ KIMCHI PANCAKE
Dinner semalam.
Stok kimchi yang buat 2 bulan lepas masih ada.
Makan dengan Sambal Kicap Enaq + Minyak Bijan + Pes Gochujang (kalau ada, atau apa2 cili)
MI GORENG
Breakfast pagi tadi. Habis idea nak masak untuk breakfast. Alhamdulillah bahan ada. Sebelum ni kurang suka dan kurang pandai masak mi goreng sebab mi kuning dulu2 kan pahit rasa kapur. Alhamdulillah sekarang dah banyak yang sedap, especially brand Numee Gardenia. Cuma dulu bila masak Mi Kari, terpaksa lah guna juga. Mi goreng ni versi malas, tumis garlic cincang + ciliboh + serbuk kari. Masukkan ayam dada didadu, kacau hingga ayam masak. Masukkan mi kuning, sawi, kicap lemak manis, sos tiram, sos cili. Semua sos dah berperisa, so tak perlu letak garam. Tu je lah.
Telur Mata.
Guna non stick pan yang kecil. Kena sapu dengan minyak sikit. Api jangan besar, sedang2 je. Basahkan penutup kuali sebelum tutup. Anak soleh yang ajar.
Mi Goreng Hampir Mamak + Telur Mata + Kopi Tawau Kak Amie.
RESEPI KEK LEMON
Resepi asal Kek Pisang Cikgu Izwahani Zainal
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur
1 cawan minyak jagung/minyak masak
5 biji pisang berangan
(ganti dengan 1 1/2 atau 2 lemon dibuang kulit)
1 cawan gula perang (saya guna 3/4 cawan gula putih)
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung (saya tak guna)
1 suduteh vanila
Secubit garam (saya tak guna)
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Elok2 je buat kek ni minggu lepas, blogger DANA sebut pasal kek dan resepi. Cuba nanti ya Dana. Tapi kalau buat Kek Pisang memang sedap guna resepi ni. Tabur chocolate chips sebelum bakar, untuk Kek Pisang lah. Kek Lemon guna resepi ni, saya yang memandai2 tukar. Sebab pure butter habis nak buat Kek Lemon.
Klik --->> KEK LEMON GUNA PURE BUTTER
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.
Sedapnya. Macam best je sambal dari dapur Pak amir tu kat shopee ada tak. Nak cuba lah
ReplyDeleteTak check lagi Shopee ada jual atau tak. Tapi TikTok ada.
DeleteAllahu sedapnya...bila la S nak pandai dan berani baking semula ni..sebelum ni dah ada percubaan 2-3 kali tapi tetap x menjadi...sudahnya...terkubur je la minat tu...
ReplyDeleteDulu2 pun masa mula2 buat kek memang berkali2 tak jadi. Lama2 ok Insyaa Allah jadi. Tapi kadang ada hari kurang jadi jugak.
DeleteSedapnya kek lemon. Terbayang-bayang kesedapan kek tu. Mudah bila guna pes sambal tumis tu. Tak perlu nak menumis bagai. Campak campak semuanya siap. Sedap pun sedap. Tengok kimchi, terliur pulak. Mujur semalam dah masak mi maggi kari campur kimchi, rasa macam kimchi-jjigae pulak. Letak pucuk alfalfa sekali. Berselera makan. hihi...Terima kasih share tips untuk masak telur begitu.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap jugak tapi kalau resepi yang guna pure butter lagi sedap. Ads pes sambal memang senang dan cepat kerja memasak. Maggi campur kimchi pun sedap. Apalagi dengan pucuk alfalfa. Sama2, telur mata tu anak soleh yang ajar.
Deletesemua sedap....❤❤❤
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteNanti nak try goreng telur mata ikut tips anak soleh tu, cantik hasilnya 👍🏻
ReplyDeleteKek tu mesti sedap kan tp itulah baking is not my cup of tea :(
Try lah, berkali2 jugak nak fasih goreng telur macam tu dulu. Alhamdulillah sedap untuk kami :)
Deletemee goreng hampir mamak tu yang buat sis geli hati membacanya.. ^^
ReplyDeleteHehe kalau mee goreng mamak ada telur sekali gaul dalam kuali kan, tapi yang ni telur mata kat luar so hampir mamak je lah 😄
DeleteMie goreng dan diatasnya ada telur mata...wow mantap sekali Mbak, sungguh sedap.
ReplyDeleteBtw. kalau Mbak menyebutnya "telur mata" disini namanya "telur mata sapi"...
Salam,
Alhamdulillah. Oh di sana panggil telur mata sapi ya.
DeleteBiasa dengar ramuan kek dipukul, yang ni kisar pulak. Senang kerja n jimat masa. Cantik kejadiannya!
ReplyDeleteComelnya telur atas mi goreng tuu
Lagi senang blend kan tapi texture lain sikit. Telur mata macam tu favorite kami.
DeleteCantiknya kejadian telur tu Mulan.....
ReplyDeleteKena pastikan telur kuning tak pecah masa goreng hehe.
DeleteLetak lah tajuk 'Tanpa Tajuk'
ReplyDeleteOk next time boleh guna hehe
DeleteOk.. dah ada idea nak buat apa kat pes gochujang kat rumah ni. Kak Widad beli sebab nak buat tteokbokki... lepastu dah tak tau nak buat apa.
ReplyDeleteLama pulak tak buat tteokpokki.
DeleteMasuk sini mmg food la yang best...
ReplyDeleteTerima kasih 😍😍
Deletekek lemon ni my fav! tapi reti mkn jer laa..failed bab2 baking
ReplyDeleteTakpe next time akan datang mood nak buat kek nanti 😍😍
Deletewahh nti nak kena try tips anak soleh buat telur mata hehe
ReplyDeleteTry tau. Make sure telur kuning tak pecah sebelum masuk kuali hehe
DeleteSedap kek tu nampaknya. Samalah saya, kerap juga masak ikan berlainan pasangan. Campak apa yang ada je.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kan, kita campak je mana yang ada.
DeleteHa...dah masukkan dalam cart sambal dari Dapur Pak Amir. Sedapnya masak asam pedas 2 spesies ikan. Menariknya resepi kek lemon tapi itu la dasar rajin sangat macam KSarie ni entah bila la tu nak buat😅
ReplyDeleteSedap sambal Pak Amir ni, bagi kami lah. Daripada menumis minyak habis percik, baik lah beli pes ni hehe. Insyaa Allah akan sampai waktu KSarie akan bakar kek nanti 😍
DeletePandai ye, guna pes segera, buat asam pedas. Hehe... Saya tengok pun nampak sedap. 😋
ReplyDeleteMasak mi goreng dalam pot. Saya tak boleh buat mi goreng banyak sayur macam dalam gambar. Nanti anak tak nak makan, penat masak. Tapi teringin. Hehe..
Nak cepat dan senang, tak nak percik dapur masa menumis hehe, baik beli pes sambal kosong ni. Sedap tau. Senang goreng mee dalam pot ni, kurang percik jugak. Kalau anak tak makan sayur, tak yah letak pun takpe. Tak pun, angkat dulu yang tak ada sayur, later masukkan sayur. 😍
Deletesemua menu yg dimasak nampak sedap2 belaka. Kecur air liur saya melihatnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSemua sedap, kek lemon tu mesti harum mewangi masa tengah masak kan.
ReplyDeleteBetul, nanti buat lah. Tapi kalau guna pure butter lagi sedap.
Delete