Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Jumaat Penuh Berkat.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mood nak update blog, nak bw, ke laut lah pulak lately. Tak tau kenapa. Tak apa, slow2.
Enchiladas.
Breakfast pagi tadi. Guna apa yang ada. Hubby nak naik bukit, biar dia breakfast di luar saja lah. Dia tak nak makan lagi.
Enchilada ialah hidangan Mexico yang terdiri daripada tortilla jagung yang digulung di sekeliling inti dan ditutup dengan sos yang enak . Enchilada boleh diisi dengan pelbagai bahan, termasuk daging, keju, kekacang, kentang, sayur-sayuran, atau gabungan.
(Wikipedia)
Saya punya. Suka makan dengan Jalapeno (cili jeruk). Sepatutnya digulung tapi yang ni, kita leperkan sikit sebab terlebih filling, kalau digulung, takut tersembur fillingnya.
Filling ayam + carrot, tomato, capsicum, oregano ni masih ada sikit dalam freezer. Suka buat banyak, sepeket ayam kisar brand Ramly 400gm. Jangan berkuah, biar kering. Kalau nak jadikan gravy atau macam sos bolognese, boleh tambah sos tomato kemudian. Masak dan simpan dalam freezer. Lagi elok pek kan kecik2, ikut sekali makan. Later nak guna, boleh defrost, bawak keluar awal atau guna microwave.
Nak masak kosong, tumis bawang dadu dan ayam kisar saja pun boleh. Sebab proses ni ambil masa dalam 15-20 minit jugak. Kalau dah ada ayam kisar yang siap masak, boleh terus guna + rempah/sos yang diperlukan. Boleh dijadikan filling (wraps/pie/fajitas, quesadillas dll), topping (pizza), sos (Bolognese dll), Begedil, masak/goreng di dalam mi/spaghetti/pasta dll juga.
Untuk buat Enchiladas, tumis bawang besar dadu, masukkan sos tomato, oregano, serbuk cili dan air sikit. Tutup api sebentar.
Tortilla dan filling ayam.
Gulung dan letak atas sos yang ditumis sebentar awalnya. Buka api.
Terbalikkan Enchiladas.
Letak sliced cheese atau mozzarella. Tutup periuk sebentar, supaya cheese cair sikit.
Yang dua ni anak soleh punya. Mummy punya yang atas tadi.
Kelmarin, hubby last minute bagitau, work from home. Alhamdulillah dalam freezer ada leftover Butter Garlic Rice minggu lepas. Tumis bawang putih, masukkan udang, carrot dipotong dadu, nasi, sos tiram, lada putih. Goreng telur mata. Tertusuk pulak telur, bocor sikit hehe.
JELIRO SENGOTI, Jalan Ampang.
Singgah lunch, Jumaat lepas, setiba dari Kuantan.
Daging Harimau Menangis. Sedap. Sos pun sedap.
Perut Air Asam. Sedap.
Telur Sotong. Sedap garing.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
Tengok gambar makanan terus rasa lapar. Terliur tengok perut air asam. Sedap ratah.
ReplyDeletePerut Air Asam memang sedap2
Deletewaaa cafe jeliro sengoti tu sgt menggiurkan lah menu2nya...boleh try singgah la nantiiii
ReplyDeleteMemang sedap food di Cafe Jeliro Sengoti tu.
DeleteSalam jumaat almubarak utk mulan :)
ReplyDeleteMoga MZ dan family diberkati selalu.
Deletewow hari ni international makanannya. Tapi yang bawah tu aduhaiiiii mengoda sungguh
ReplyDeleteHehe telur sotong memang sedap kan
Deletemenu mexican tu ada extra cheese mantop....cafe jeliro sengoti tu tmpt fav cuma parking je payah...
ReplyDeleteBetul kalau extra cheese memang sedap kan. Cafe tu betul parking limited sikit.
DeleteSA tau wujudnya cafe Jeliro Sengoti tu..tapi x pernah pi...ramai cakap sedap...kena masuk wishlist gak ni
ReplyDeleteTry lah nanti cafe tu.
Deletewahhhhh menggoda sungguh bila masuk sini. meleleh air liorrrrrr T___T
ReplyDeleteSelamat menjamu mata hehe.
DeleteMenariknya Enchilada tu. Dapat makan lagi sedap. hihi... Daging harimau menangis dengan sos sedap tambah berselera makan. Telur sotong tak pernah makan lagi tapi nampak ada orang jual di TT.
ReplyDeleteKadang macam sama je rasa fajitas, quesadilla tu tapi cuma lain bentuk. Daging Harimau Menangis ni memang sedap kan. Telur Sotong yang ni rangup sedap.
Deletetergoda sungguh 😻
ReplyDelete😍😍😍
DeleteLapar la Kak ahahaha...
ReplyDeleteBesar² pulak telur sotong tu, dicampur tepung ye?
Tak pernah makan telur sotong goreng gini ☺️
Hehe jom makan. Tak lah besar kot. Tak sure salut macamana tapi rangup sedap.
DeleteHarga daging harimau menangis tu boleh buat poket menangis tak?
ReplyDeleteSikit je tu, tak lah pocket menangis sangat. Hehe.
Deletedah namanya jeliro sengoti maka meme patutlah makanan di situ membangkitkan selera!
ReplyDeleteMemang menyelerakan.
DeleteTengok gambar pun telan air liur ni. Semua nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeletePerut air asam tu sedapnnya.....enchilada tu kalau ada cheese tu Dania suka.
ReplyDeletePerut Air Asam memang sedap. Kami pun suka cheese, geng Dania.
DeleteAlamak....sedap nya sandwich
ReplyDeleteHehe
DeleteNampak gambar macam sandwich rupa nya lain huhuhu
ReplyDeleteMacam sama tapi tak serupa
DeleteEnchilada.. nak sebut pun tak tahu nak eja melayu ke english hahahaa..
ReplyDeleteTapi nampak memang sedap huhuu.. Aduhaii terliur dibuatnya nak cari tak ada yg menjual hahahah :D
KL banyak kedai Afif, try gugel mesti ada orang jual.
DeleteSaya dulu pun selalu buat inti wrap banyak-banyak, tak habis, simpan fridge. Plannya, nak buat inti karipap. Tapi last minute tukar plan, simpan je, jadikan inti wrap. Sedap, tengok inchiladas. Eh, semua makanan la, nampak sedap sini. 😋
ReplyDeleteBetul Nur, memang senang kerja kalau buat inti wrap banyak2 kan. Boleh jadi macam2 menu.
Deletegambar first tu, saya ingat ikan yg fish grilled (sebab kak mulan banyak stok ikan haritu hehe), rupanya tortila ye. pestime dengar nama makanan ni. kalau mexico ni saya selalu dengar burrito atau taco jela
ReplyDeleteHehe betul sekali pandang macam ikan, macam sandwich. Mexico pun macam kita ada banyak jenis makanan kan.
DeleteTelur sotong tu sedap...kalo makan takut garu hidung...
ReplyDeleteBetul ada yang allergic
DeleteBaca post ini di waktu tengahari dan belum lunch memang mengundang perut keriuk-keriuk kelaparan😋
ReplyDeleteHehe jamu mata dulu
DeleteNikmat hidup ni antaranya merasakan kelazatan makanan yangada..syukuri nikmat
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteEnchilada…belajar nama hidangan Mexico kat sini 😀
ReplyDeleteTapi nanti lupa balik sebab tak pernah makan.
Lebih kurang fajitas, wraps, quesadilla, taco juga cuma lain bentuk dan lain sikit je rasa nya.
DeleteSaya terliur tengok telur sotong gitu. Menarik.
ReplyDeleteTelur sotong tu memang sedap
Deletetak boleh jadi ni, makin blogwalk makin banyak gambar makanan tertera, lazat-lazat kelihatannya, nak g breakfast lah kejap.
ReplyDeleteHehe enjoy breakfast nya Ch@
Deletesemua sedap sedap santapannya. menarik resepi tortila tu.. boleh cuba nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteMenarik pula nengok Enchiladas tu... nampak cam tak susah nak buat.
ReplyDeleteCam nak cuba tapi tengoklah kerajinannya cemana😅
Lagi senang buat filling awal2 dan simpan, nak buat apa2 kemudian cepat dan mudah 😄
DeleteSemuanya nampak sedap2 terus rasa lapar pula. Wrap memang selalu ada kat rumah, masa-masa tak berapa rajin, campak2 saja, wrap kan .
ReplyDeleteBetul kan, sama lah kita, senang buat wrap ni especially masa tak berapa rajin 😄
Deletekalau tak nak salut sos tu, makan mcm tu je dah sedap ke?
ReplyDeleteBoleh je
Deletemenggodanyaaaa perut air asam tuuuuuuuuu
ReplyDeleteSedap kan
DeleteMakanan mexico nih saya sukaaaaa. Walau awal2 dulu macam aneh dengan rasanya. Tapi lama2 terbiasa. Jadi ingat pula di kulkas msh ada adonan ayam giling . Bagus juga saya buat jadi enchiladas 😍😍😄.
ReplyDeleteEh resto jeliro sengoti ini menariiik lah kak. Di jl ampang yaaa??? Aiiih tak jauh dr KLCC kan jl ampang itu?? Saya nak datangi lah saat di KL nanti 😍😍😍😍
Anak2 yang suka macam2 jenis makanan, diajak cuba resepi. Kalau yang mereka suka, boleh dibuat lagi. Kalau adunan ayam giling ada, senang nak masak apa2 kan. Enchiladas,fajitas, quesadillas semua pun boleh.
DeleteYa Fanny resto Jeliro Sengoti ni di Jalak Ampang, dekat juga KLCC 😍😍