Sunday, July 20, 2025

BUSY KALAH MENTERI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Lama betul tak update blog, tak sempat BW. Busy kalah menteri. Tak keluar radar pun weekend ni. Ada je di Kuantan.

Ahad, pagi tadi anak soleh buatkan pancake untuk breakfast. Dia memang lagi terer dari mummy. Fluffy lain macam. Malas mintak resepi sebab dia boleh buat, dia pun suka buat.


Jumaat. Konon nak update blog. Penat, lepas kerjakan tanah ni walaupun mostly hubby dan Abang Kebun buatkan. Heliconia dah jadi super subur. Dah diletak kepingan batu yang sangat2 berat, namun tetap tumbuh dengan jayanya. Kalau lah ubi kayu atau lengkuas halia, dapat jugak makan, kan. Tinggi melangit jugak ada lebih 8 kaki. Tinggi dari pagar jiran yang memang jugak tinggi. Abang Kebun tu datang tolong bila kami panggil je.


Alhamdulillah banyak membantu. Dah lama hubby beli. Memang digunakan dengan bangganya. Gergaji ber-bateri. Kena charge lah. Memang power. Tak lah terkial2 nak potong batang2 pokok yang agak keras tu. Beli di mana? Shopee hehe.


Ini lah rupa pekebun jaya yang sekangkang kera hehe. Sunscreen bertepek2 di pipi. Pigmentation dan kawan2 nya, musuh ketat. Susah betul nak hilang.


OPOR DAGING.
Jumaat pagi, bawa keluar daging korban awal2 sebab hubby WFH. Dia nak makan lepas Solat Jumaat. Pukul 12 masukkan daging dipotong ketul2 2x2 inci dalam Noxxa. Masukkan juga REMPAH PES OPOR PUTERI AYU. Air sama paras daging, atau kurang kan sikit sebab air daging akan keluar jugak kan. HP50. Siap tu, buka penutup, masukkan kerisik 1 suduteh & santan satu kotak kecil. Guna mode STIR FRY. Masak dan kacau hingga kuah pekat, ikut masing2 lah. 


Ini lah pes rempahnya. Memang sedap. Masa Raya Haji, guna rempah serbuk. Susah sebab kena blend bahan dan tumis. Yang ini, lebur je semua dalam periuk. 


Buat acar mentah yang rajin. Hiris mayang carrot, timun dan bawang besar. Gaul dengan cuka dan gula. Cukup. Sambal Hitam pun ada. Buat2 pemain tambahan lah.


NASI KERABU
Sabtu Pagi. Sambung kerja tumbangkan pokok heliconia tu. Pukul 8 stop kejap, keluar makan dengan hubby. Anak soleh kerja half day. Moga boss company tu berubah fikiran, supaya Sabtu tak kerja. Kami ke JUNGLE FOOD COURT INDERA MAHKOTA. Opposite KMI Medical Center. Bukan Nasi Kerabu Kemira tapi Nasi Kerabu Tumis.


Ada Lemak Bakar, Ayam Percik, Ayam/Daging/Kambing Bakar, Solok Ikan, Ikan Bekok. Semua nampak sedap. First time ke sini.


Nasi Kerabu Sedak Dooh 2. Nama dalam bahagian aircond. 


Ini signboard di luar. Tak kisah nama apa. Janji sedap. So far paling sedap di Kuantan. Ehh Nasi Kerabu Mekla dah 5 tahun kot tak pergi. Nanti nak ke sana lah jugak.


 Petang Sabtu. Alhamdulillah dapat juga BUBUR ASYURA walaupun tak selembik bubur. Dari 2 sumber, lain2 area. Yang bekas bulat, team warga lebih muda dari biasa, yang buat. Kacang yang patut direbus dulu, hanya direndam semalaman. Tapi tetap sedap. Texture lembut tapi bukan macam bubur. Kena makan dengan sudu. Yang bekas 4 segi tu, team warga senior di area rumah mak. Keras sikit, boleh dipotong, rempahnya lebih. Juga sedap. Nak request buat tiap bulan boleh ke. Sedap sangat Asyura ni. Alhamdulillah.

Selasa baru ni, actually ada program dengan cikgu2 sekolah menengah dulu di Balok. Pergi dengan adik2 junior satu dorm dulu, sebab batchmate berdekatan mostly kerja dan ada hal. Rabu ada electrician datang buat kerja di rumah ni. Standby dengan vacuum je. Siap drill terus vacum. Hidung pun sama makin berumur, sensitif sikit dengan habuk. Khamis pagi balik rumah mak. Bawak mak settle hal2 nya. Semua dekat2 je. Minggu ni agak padat itinerary. Lemau jugak badannya.

Nanti kita BW secepat yang boleh. Rindu semua.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.

58 comments:

  1. Peladang jaya ni pakai topi baru.... Nampak up to date

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun dah topi tu uncle. Gantung kat dapur jadinya elok la sikit rupa dia hehe.

      Delete
  2. menarik kejadian penkek...oo..anak soleh yg buat...sedapkan bubur/kuih asyura...full of nuts..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancake anak soleh memang best. Asyura pun mana2 negeri semua sedap.

      Delete
  3. nampak sedap semua menu makanan

    ReplyDelete
  4. kalau orang yang sudah biasa bekerja memang tidak akan duduk diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang rimas duduk diam tapi kalau penat memang kena pause.

      Delete
  5. Nasi kerabu dia nampak sedap lepas tu scroll kebawah lagi le syiok tenguk. Nampak menunya semua sedap doh

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi kerabu...lama x makan ni..tungu cheat day la...

    ReplyDelete
  7. x pernah rasa lgi lemak bakar, mcm byk blogger update pasal nasi kerabu lemak bakar

    ReplyDelete
  8. Cutenya topi pekebun tu hehe
    Nasi kerabu tumis tu...craving la plak sbb mcm susah nak dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dulu rimas pakai tapi now cuaca panas kena pakai. Nasi kerabu tu lupa tanya staff apa yang diorang tumis, tapi sedap nasi kerabu dia.

      Delete
  9. nampak cantik kejadian pancake tu, gebu gebas.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan fluffy, sedap Alhamdulillah

      Delete
  10. Samalah kita kak... Sangat busy. Hujung minggu ni pun dah full jadual. Tenggelam timbul di blog kawan2 pun, busy ya amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, ada ketika memang banyak sangat hal nya.

      Delete
  11. iye kak cuti sabtu ahad rasa lagi penat dari hari bekerja..macam-macam hal,saya tak try lagi nasi kerabu tumis tu,nasi kerabu mekla selalu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul weekend memang lagi busy sebab semua ada di rumah. Dulu Mekla la champion nasi kerabu. Memang sedap.

      Delete
  12. Tak apa Mulan. Kalau busy tu maknanya penat. Kalau penat tu maknanya kena berehat. Kalau berehat tu maknanya kena tidur. Tidur dalam keadaan penat, memang best. Lena tidur mimpi naik kayangan...ahaks1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Kak Amie kalau penat tidur lena lain macam. Mimpi pun bertukar2.

      Delete
  13. awwww comeinya mulan.....kalau weekend memang bussy, tk sempat nk bw .... pandainya buat pancake anak darez.....tertarik jugak dengan gergaji tu...memudahkan buat kerja .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe serabai berkebun. Betul weekend memang busy sebab hubby kat rumah, macam2 hal nya. Anak soleh kita tu, buat pancake memang terer Alhamdulillah

      Delete
  14. Busy bermanfaat x per...

    ReplyDelete
  15. Sibuknya, produktif sungguh. Saya pun ada heliconia di rumah. Subur, tak perlu siram pun, tahan lasak. Saya cantas guna sabit. Pancake nampak sedap. Nasi kerabu pun. Bubur asyura pun. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, heliconia senang hidup dan subur. Lupa dulu nak menyabit. Sekarang tak boleh sebab rapat sangat, takut terkenang yang kecik. Alhamdulillah semua nya sedap.

      Delete
  16. dalam banyak2 gambar tu nasi kerabu paling menggoda jiwa raga kak ana , dik hehe :)

    ReplyDelete
  17. Kuantan pun ada NK Mekla ya.. kat area Puncak Alam ada situ. Sedap NK dan lauk-pauknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah NK Mekla ni. Nama sama kot atau maybe cawangan nya.

      Delete
  18. Sering kali baca dari sahabat blogger, sekarang baca dari blog Mbak, membuat saya penasaran bagaimana cita rasa nasi kerabu itu? Sayangnya saya belum bertemu dengan pedagang nasi kerabu disini...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari lah datang Malaysia ni Abah boleh makan nasi kerabu

      Delete
  19. busy mengerjakan tanaman la ni ye. baguslah aktiviti produktif for the whole week.
    nasi kerabu tu aduh menggoda sangat! saya sampai sekarang tak pernah makan lagi lauk lemak bakar, rasa berdosa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 kerjaannya, cantas heliconia, cuci lantai dll lepas orang buat kerja repair. Nasi Kerabu memang sedap. Pernah try sikit, sedap jugak.

      Delete
  20. Mudah lah sikit nak buat opor bila dah ada pes.

    ReplyDelete
  21. Heliconia ni mengikut kata yang pakar landskap kena tanam dia dalam box supaya takde la melatar je tumbuhnya. Saya pun ada pokok ni dan baru je hubby kerjakan. Idak lebat kan Mulan...tak nampak jarang2 pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke. Patut pun hidup dengan subur sangat.

      Delete
  22. kalau ada lemak bakar tu kompemmmmm sedapppp

    ReplyDelete
  23. gergaji tu kalau full charge boleh tahan berapa lama sekali pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau sebab tak pernah record berapa lama.

      Delete
  24. Kita rasa kena jalanblog kakMulan ni waktu mlm la, rasa berselera tgk hidangan menu2nya itu, walaupun gambar sahaja, isk!

    ReplyDelete
  25. lama tk mkn pankage..opor daging tu skali tgk mcm kerutuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah ni pancake order dgn anak soleh je Alhamdulillah hehe. Betul opor tu ada macam kerutuk, rendang tok, tapi beza rempah sikit je.

      Delete
  26. Semua makanan buat tergoda. Pancake tuh nampak gebu gebas. Jadi petani moden pun comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pancake anak soleh ni memang sedap gebu. Filter camera hp tu KSarie.

      Delete
  27. Kalo si kakak dah pandai buat suatu makanan, memang minta dia sajalah yg buat 😄. Apalagi bisa fluffy hasilnya kan. Eh nampak baguuus gergaji itu kak. Memang berguna utk potong2 batang yg keras tapi ga terlalu besar yaaa.

    Saya banyak stok bumbu paste macam ini juga. Sangat berguna kalo nak masak cepat. Tinggal masukkan bumbu paste dan bahan utama.

    Nasi kerabu tuh 😍😍😍😍. Menggoda sangat yaa 😄😄. Saya dah niat di KL nak cari nasi kerabu lemak bakar yg hype itu lah kak. Teringin sangat pas lihat postingan mama tisya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny, bila anak soleh pandai buat pancake yang fluffy enak, jadinya mummy tak perlu belajar buat 😍😍. Ya gergaji itu sangat bagus dan senang potong batang kecil yang keras.

      Stok bumbu paste memang senang diguna, tak perlu tumis2 habis percik minyak kan 😄😄😄 juga cepat masaknya.

      Kalau datang KL lagi memang Fanny mesti rasa nasi kerabu tau.😋😋😋

      Delete
  28. Untung ada anak soleh buat pancake gebu sedap. Tak perlu resipi. Kalau teringin boleh minta buatkan je kan. hihi...Tak best betul kalau kena kerja hari Sabtu. Tak dapatlah nak spend masa atau keluar bersama. Pagi-pagi jadi pekebun yang berjaya. Okay tu dapat keluar peluh selain brisk walk. Mulanya ingat lengkuas, rupanya heliconia. Heliconia ni tinggi juga kan macam calathea lutea. Bubur asyura versi macam ni saya belum pernah makan lagi. Tapi bubur asyura/bubur lambuk versi Johor tu sedap lama tak makan. Nasi kerabu pun favourite juga. Dapat jumpa kedai yang sedap, teringat-ingat kesedapan dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak soleh pandai buat. Memang requested je. Heliconia memang macam lengkuas kan. Bubur asyura negeri mana2 pun semua sedap kan. Nasi kerabu kalau dapat yang sedap memang rezeki.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com