Tuesday, July 15, 2025

LAUTAN. AWAN. MAKAN. JALAN2. PERKAHWINAN. LEMAU BADAN.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


TELUK LIPAT SEAVIEW INN
Jumaat baru ni, lepas Solat Jumaat kami berdua drive ke Dungun. Sabtu ada jemputan kawin. Kena sampai cepat, pukul 4 hubby ada meeting online.


PERMATA RESORT yang kami stay sebelum ni fully booked. Yang ni pun best, tepi jalan, tepi laut.



Balcony. Tak ada bilik di ground floor rasanya. Semua di atas, naik tangga. 


Book pun lambat, yang ada bilik 2 single bed ni. Bersih kemas dan luas, sudah cukup selesa buat kami. Antara katil dan tepi tingkap tu, boleh muat toto queen/king size. RM120 untuk 1 malam. Memang tak kedekut ruang. 


Ngam2 sampai 3.45pm. Hubby meeting, perut keroncong. Order Grab je lah. Avocado Coffee & promo Combo Cream Puff + Iced Salted Caramel Macchiato dan Double Choc Muffin. RM40.50. Promo + RM7 OFF Kenangan Hot Deals di Grab. Banyak discount ni. Kadang lupa nak tengok Hot Deals, lagipun jarang jarang jarang order. Semua sedap. Filling cream puff tu, ice cream rupanya.


Lepas meeting, hubby ajak naik BUKIT BAUK. Saya kata macam nak demam lah, rasa nak batuk lah, pening kepala lah, berat mata lah, dan macam2 berjela alasan. Sebenarnya nak golek atas katil je. Penat, banyak benda kejadian di rumah jugak. Kita yang manage kan. Dia tu kan, macam tak reti duduk diam. Kena well prepared kalau dia pencen nanti. Habis lah queen ni. Jangan ajak naik Gunung Kinabalu dah. Hajat lama dulu tu dah saya abaikan. Tak apa kita buat aktiviti lain.


Lepas Maghrib, keluar cari makan. Light dinner je.


Alhamdulillah dekat sangat rupanya dengan hotel kami. CAFE BUWA yang tak pergi sebelum ni sebab tutup. Sepelaung je. 80 meter. 


Langit sunset.


Best kan, cafe tepi laut. Seberang jalan.


Ada kerusi meja, dalam dan luar.


Grilled Chicken Salad. Sedap.


Chicken Dumplings. Sedap. Lama tak dapat dumpling yang crispy sikit di luar. Memang enjoy makan. Alhamdulillah.


View malam.


Sabtu, sebelum matahari muncul. Hubby dah kerah ajak brisk walk. Aduiiiii. Lemau badan. 


Subhanallah.




Subhanallah. Nampak tak, pecahan sinaran mentari. Sebab cuaca di sebelah selatan agak mendung dan cloudy. Awan gelap bergerak perlahan, menutupi langit yang cerah sebelumnya. Alhamdulillah tak hujan dan awan seakan berhenti di situ.




Permata Resort yang kami stay sebelum ni. Tak jauh pun. 





Sampai sudah di laluan trek jogging dan basikal di PANTAI TELUK LIPAT.


Pekena Roti Canai Banjir dan Kopi O Ais dulu. Kalau breakfast lambat, nanti nak ke kenduri kawin pulak kan. Nak makan lagi kan.





OPAL DUNGUN. 
First time jumpa TIANG OPAL dan baru tau sejarahnya.


Di pantai ini juga dapat melihat kesan peninggalan perlombongan bijih besi. Terdapat tiang jambatan keretapi yang mengangkut bijih besi ke kapal. Tiang ini dikenali sebagai tiang opal. Bijih besi akan disalur ke kapal melalui jambatan ini. 

(Sumber : dungunsempoi-ellyas.blogspot.com)


Jalan balik ke hotel, rupanya AURORA COFFEE HOUSE yang viral tu belakang hotel kami je. Last trip, saya pergi seorang sebab hubby dan anak pergi diving. Hubby kata nak try coffee tapi belum buka.


Lepak tepi laut depan hotel.


Pukul 9 kami ke AURORA.



Menunggu coffee dan green tea.




Malam sebelum nya hujan lebat, angin sangat kuat memang risau dengarnya. Tepi laut kan. Rupanya ada gangguan letrik, ada pokok tumbang. Semua premis tepi laut berdekatan terlibat. Kami order apa yang cepat buat saja. Green Tea dan Chocolate Almond je lah. Mesin kopi kena warm up dulu. Ambil masa. 


Meja saya makan seorang, trip terdahulu. Check out dan ke majlis perkahwinan. Lupa snap foto. Sedap lauk Gulai Daging. Di Terengganu kalau kenduri kawin, Gulai Daging lah paling win. Alhamdulillah. Terus kami drive ke Putrajaya.


Singgah tepi jalan di Bentong. Pekena durian. Tak berani makan banyak sebab pernah kena palpitations yang menggerunkan dulu di Kerteh. Ramai2 makan durian lepas hantar anak ke sekolah. Durian Kijal memang famous dulu. Orang Singapore pun datang cari. Rupanya doktor kata jangan main2 dengan durian kampung ni. 


Amoi tauke tu marah pakai glove plastik sebab kata dia tak puas. Habis tu yang letak atas meja apasal, haha gaduh mulut gelak kami. 

Sabtu malam hubby ada jemputan kawin lagi di Putrajaya tapi tak ikut. Geng sekolah, biar lah dia meraikan sama2 geng sekolah. Kalau queen ikut, lepas satu jam, kenyit2 mata ajak balik. Kalau nak berborak berjam2 jumpa geng lama, biarlah selesa tanpa queen. I is lagi happy duduk rumah. 


Ahad visit anak solehah di kampus. On the way nak balik Kuantan, singgah Gombak untuk maka pagi yang dah tak pagi. Tak sempat nak cari yang viral. Perut dah lapar, so kami singgah je gerai tepi jalan ni.


Sedap Roti Canai Kari Kambing dan Mee Sup Utara ni. Alhamdulillah.


View dari gerai. 

Daily route Mama Zharfan ya. Juga dekat rumah Puan Hazel rupanya. (Edited)

Balik Kuantan, macam2 kerjaan kena settle. Penat jugak tiap weekend keluar radar. Lemau badan. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.

Nanti free, kita blogwalk ya. 

60 comments:

  1. Memang penat jalan² ni. Kalau boleh terus sampai jer kat hotel dan kafe² tu alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  2. heheh gerai roti canai kari kambing tu..my daily route la utk hantar my boys pergi sek...tapi lom pernah lagi try mkn kat situ...tgk2 mulan yg dtg mkn dulu heheheh anway bestnya cuti2 tepi pantai! Buwa cafe tu nampak cozy sungguh!! boleh letak dlm wishlist in case ter singgah area sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke. We all dah malas nak cari, nampak je gerai tu terus stop sebab ramai jugak makan. Ada wedding invitation tu yang ke Dungun lagi memang best tepi pantai. Next time singgah lah Buwa tu.

      Delete
  3. dpt resort tepi pantai ni syok...cantik gmbr view pantai tu

    ReplyDelete
  4. cantiknya view.....cantik hotel....paling tak tahan tajuk last tu lemau badan hhahhahahha cutelah mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Hotel biasa je tapi best tepi pantai. Hehe mau tak lemau lately almost every weekend ke KL.

      Delete
  5. cantik pemandangan...tapi lagi menarik roti canai kuah banjir hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti Canai kuah banjir memang favorite

      Delete
  6. Tengok cafe2 tu macam tak percaya pula ni Dungun, dulu tak ada apa pun Dungun ni selain pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu Dungun tak ada apa except pantai

      Delete
  7. Terpegun melihat gambar pertama.
    Ada lagi di bawah. Lama saya renung. Subhanallah!

    ReplyDelete
  8. Aduh Mbak...itu foto-foto saat sun rise nya begitu indan dan mempesona.
    Betapa indah ya ciptaanNYA...
    Roti Canai Kari Kambing dan Mie Sup itu sangat mengundang selera, Mbak.
    Dan saya penasaran dengan cita rasa roti canai, karena disini saya belum menemukan pedagang roti canai...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Memang cantik sunrise nya Abah.
      Roti Canai Kari Kambing memang sedap. Mie sup juga.

      Delete
  9. macam best je cream puff kenangan coffee tu.. adakah ini petanda kena beli sebab saya pun dah lama sangat tak pergi kenangan haha
    alamak, haritu saya telan durian kampung hampir sebekas. alhamdulillah takde apa-apa, tapi rasa nak terberry jelah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time try cream puff tu sebab ada promo Combo. Memang sedap, dessert kan, manis la sikit. Sekali2 tak salah lah. Hehe.
      Durian ni atas orang kan, ada yang ok, ada yang tak, kalau makan banyak apalagi kalau sebelum tu makan benda yang lawan durian ni, orang kata lah.

      Delete
  10. Bestnya menginap di resort tepi laut. Permandangan yang mahal. Rasa seronok tu dapat brisk walk pagi-pagi tepi pantai. Kalau saya pun tak lepaskan peluang beriadah di tempat yang cantik. Menarik cafe² dan tempat-tempat yang dituju. Nak naik Gunung Kinabalu tu saya pun surrender sudah. Hajat dah expired. huhu...
    Boss betul-betul aktif tak reti duduk diam. Baguslah tu selagi masih bertenaga, jaga kesihatan.
    Avocado coffee saya tak pernah try lagi walaupun selalu beli kenangan coffee. Pernah try pistachio je. filling cream puff tu memang sedap. Semua perisa pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni biasa2 je tapi view mahal lah sebab betul2 tepi jalan, tepi laut.
      Brisk walk pagi2 memang best tengok sunrise. Cafe2 ni merata2 ada kan.
      Hehe bye bye Kinabalu lah kita. Boss ni, aduiii. Kadang macam2 tazkirah kesihatan nya.
      Pistachio coffee nak try lah next time. Sedap kan cream puff dia.

      Delete
  11. Akak!!!! Naper tak roger? Gerai roti canai tu tak jauh la dgn teratak kami. Tapi kami tak pernah sarapan situ.
    View sunrise to stunning sangatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhhh ya ke, ok next time boleh roger2 dah tau lokasi PH. Perut dah lapar, exit masuk area tu, nampak gerai roti canai terus stop.
      View sunrise tu memang cantik Subhanallah

      Delete
  12. Cantiknya view. Kedai kopi tu pun menarik juga lepak santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat. Kedai kopi tu viral, tu yang kami try.

      Delete
  13. Saya langsung browsing Dungun ini di mana. Ternyata Terengganu yaaa.. jauuuh juga dari KL. Kalo dekat nak kesana 😄😄. Suami kakak mirip suami saya lah . Selalu nak gerak kemanaaaa saja tiap travel 😂😂. Padahal kadang kita nak santai kan.

    Cafe buwa nya baguuus sangat. Bisa lihat pantai depan mata 😍😍

    Saya pun tak berani makan durian terlalu banyak skr kak. THN lalu teman saya meninggal . Mungkin bukan Krn durian, tp sebelum meninggal, malamnya dia makan banyaak durian 😞. Pagi subuh kena serangan jantung. Jadi saya agak seram juga. Makanya makan durian skr nih raso raso saja lah. Tak berani banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny. Jauh dari KL. Oh suami kita sama ya, tak boleh duduk diam kalau travel juga. Ya kadang penat mau santai2 saja kan. 😍😍😍
      Cafe BUWA memang cantik dan viral. Food yang kami order pun sedap. 😋😋
      Durian memang sedap tapi tak berani makan banyak sebab insiden palpitations dulu, gerun jadinya.

      Delete
  14. Salam singgah..nampak sunset yang sangat hebat ..Allah persembahkan keindahan untuk kita yang tahu menghargai bersyukur atas semua nikmat..terima kasih gambar memberi kan rasa syukur melihatnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih singgah ya Etuza. Subhanallah memang cantik semua ciptaan Allah kan.

      Delete
  15. wahh cantiknye pemandangan golden hour matahari terbit ittewww., hehe

    ReplyDelete
  16. Subhanallah indahnya sunset dia. Rasa terpesona melihat warna langit serta pantai.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya view sunset, pantai dan cafe.. love semua

    ReplyDelete
  18. Grilled salad and dumplings sedapnya...

    ReplyDelete
  19. Subhanallah...cantiknya view sunrise, sunset...mihun sup tu nampak sedap..linda suka sup yang clear, tak suka yang berempah...
    betul kak, kalau setiap wekend travel, memang lemau badan...masa PJJ dulu, ada masa kita tak balik pun wekeend, sebab rase nak berehat-rehat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik view semua nya Subhanallah. Sup yang clear ni pun sedap.
      Lemau kan, rasa nak golek2 je.

      Delete
  20. aduhhh sedapnya kopi kenangan tu.. "Rupanya doktor kata jangan main2 dengan durian kampung ni" <-- durian kmpung lg bahaya drpd durian kacuk ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi kenangan memang sedap. Betul, doktor cakap macam tu sebab pernah kena. Ada jugak kawan2 yang share durian kampung ni power dia lain macam.

      Delete
  21. semalam ternampak ada sorg influencer ni mkn kat aurora... tak tahu laa mungkin dia smpi lmbt. dessert kat sana semuanya dah habis... habis la lps pemes ni lg cpt habisnya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau weekend maybe tak cukup kot sebab ramai customer.

      Delete
  22. ooo mi sup utara dia tak kaler kuning yaaa

    ReplyDelete
  23. Travel pun, sempat briskwalk lagi. Tapi haruslah, kan, sebab sana tempat jalan kaki cantik dan laut pun cantik. Banyak rupanya tempat mengopi di Dungun. Entah bila saya nak sampai sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tepi laut memang best brisk walk apalagi lepas Subuh. Dungun dah maju dari dulu. Insyaa Allah sampai nanti.

      Delete
  24. 'Ter' rajin pulak cari makna BUWA kat kamus dewan... rupanya takde makna. Mesti ada maksud tersendiri oleh ampunya kedai...

    ReplyDelete
  25. Subhanallah cantik betul sunset tu kak...kalau SA kat situ mesti ralit tunggu sampai betul2 terbenam...kedai BUWA tu nampak menarik...sedap nampak mee sup utara tu....terliur SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah, rasa boleh duduk tenung lama2. Cafe Buwa tu memang viral. Mee sup utara tu sedap.

      Delete
  26. Subhanallah molek sungguh pemandangan waktu senja tepi pantai. Memang mengundang berlama-lamaan lepak untuk tengok matahari terbenam ye. Kena masukkan dalam senarai 2 cafe ini kalau ke belah Dungun nampaknya sebab awesome cafe tepi pantai ni. Resort tepi pantai pasti santai dapat dengar bunyi ombak segala kan. Kuning cantik isi durian tuh. Haish. Menggoda sungguh. Kerja rumah memang tak akan pernah habis kan Mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah, sunrise dan sunset. Apalagi tepi laut kan. Nanti try lah cafe tepi laut ni. Betul hotel atau resort tepi laut memang best dan Santai. Isi durian tu, Alhamdulillah elok sedap. Kerja rumah, memang tak habis hehe.

      Delete
  27. akhir sept ni akan ke Dungun lagi sbb nak antar anak yg akan mendaftar masuk diploma.. sejak 1987 lg selalu ke Dungun sbb umah abg ipar di Sura Tengah tu je. Cuma skrg x sekerap mana slps arwah kak long meninggal 2 thn lps...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la AK lepak2 Dungun nanti. Dah makin cantik kan.

      Delete
  28. Subhanallah, cantiknya sunrise di pantai Dungun...cantik cafe Aurora, suka tengok rumah lama senibina Terengganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunrise tepi laut memang cantik Subhanallah. Cantik kan rumah tradisional dibuat cafe.

      Delete
  29. Fuhhh.. memang kena well prepared tu bila husband dah pencen nanti.
    Satu donia dia pusing 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now pun ajak naik bukit lah, brisk walk toksah cakap lah. Ajak join walk itu ini.

      Delete
  30. Hotel tepi laut sangat ni Mulan.....view senja tu priceless....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seberang jalan je. View sunrise sunset memang cantik kan.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com