Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Meriah fireworks di Pesta Kuantan 188 malam tadi (Sabtu malam)
Sabtu, pagi semalam singgah KEDAI KOPI ABI & BABA untuk sarapan. Hubby ambil Nasi Lemak. Sedap katanya. Pukul 8.15am kami sampai, makanan mostly dah siap, kuih muih pun dah banyak. Selalu awal 7am, memang tak banyak. Sama kedai main jugak.
Pantang tengok kuih muih. Bukan senang nak buat. Nak makan sikit je. Soto dan Lontong sedap. Tapi next time lah.
Donut cicah Kopi O memang awesome.
Kedai ni 2 pintu. Soto, Lontong dan yang berat2 di sebelah nya.
Lepas makan, drop hubby di Menara Kuantan 188. First time join Towerthon ni. Komplen t-shirt besar. Alaaa ok lah tu.
Alhamdulillah smooth naik tangga. 5 minit lebih untuk 500+ anak tangga. Rasanya lah. Champion tak lain Soh Wai Ching, Juar Dunia. Anak Malaysia. Anak saudara pun join tapi lambat sikit sebab ada yang pengsan. Bila ada yang pengsan, yang lain kena lah tunggu. Towerthon ni kena beratur untuk naik sebab tak besar. Pertandingan ni dikira masa sampai ke atas. Turun dengan lif. Boleh check result online.
Tunggu anak soleh balik kerja, Sabtu half day, kami drive ke Kerteh. The place we once called home. 12 tahun menetap di Kerteh ni, setelah 10 tahun di Ho Chi Minh. Wedding anak kawan baik, Kak Ha. Dia lah kawan dan peneman yang banyak tolong hal di rumah. Alhamdulillah jumpa jugak sahabat yang top 5 mula kenal di Kerteh. Borak panjang lah kami. Moga ukhuwah kami semua sejak awal 2008 kekal selamanya.
PESTA KUANTAN 188.
25 - 27 Julai, bersempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 30 Julai serta 5 Ogos depan.
Malam tadi berhajat nak tengok DRONE SHOW. Excited sebab belum pernah tengok. Try je lah, kalau sesak sangat tak ada parking, kami balik. Alhamdulillah ada parking tapi jauh sikit. 200m kira tak jauh kalau Kuantan ni. Park belakang AURELIUS HOSPITAL. Jalan celah bangunan memang straight ke Menara.
RUANG DINDA. Kedai kopi comel milik kawan blogger yang kenal lebih 10 tahun. Nampak di IG beliau, sangka nya di bahagian lain. Rupanya tepi jalan, opposite Padang MBK saja. Terjah terus lah. First time juga kami bersua. Selalu di medsos saja. Leez dah tak berblog. FB dan IG saja. Singgah la minum kopi. Itinerary 8.30-11.30pm untuk Drone Show, Konsert dan Fireworks.
Tengah tunggu order coffee, rupanya Drone Show pun bermula. Keluar lah semua dari kedai. Kami dapat tengok jelas dari luar coffee shop ni. Alhamdulillah rezeki.
Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri Pahang.
Drone Show ni, semuanya dari Taiwan. 250 drones rasanya. Membuat formasi berbagai bentuk.
Gajah, sinonim dalam banyak hal di Pahang.
Katanya Tengku Ampuan Pahang suka buat love ni, so diorang buat jugak. Selesailah Drone Show ni dalam 10 minit.
One for the album. Alhamdulillah rezeki berjumpa Leez. Juga rezeki menyaksikan Drone Show dengan sangat jelas walaupun jauh sikit. First time tau kita tengok.
Alhamdulillah dapat basah tekak mengopi di sini.
Selesai mengopi kami jalan kaki menuju Menara.
Memang ramai tapi tak lah sesak. Kedudukan Pentas DiRaja betul2 di area spotlight tu, di kaki Menara.
Konsert Pesta Kuantan. Akim Stacy sedang menyanyi. Sebelumnya Tomok. Kemudian nya Dayang Nurfaizah. Ikhlas kata, saya tak familiar dengan lagu2 yang diorang nyanyi. Maybe 1 lagu Akim dan Dayang.
Jalan2 sikit2. ART STREET KUANTAN di kiri kanan saja. Spot ni memang happening tiap weekend kata kawan. Kami first time keluar malam ke bandar. Nak tengok drone, lajak sikit ke Menara. Terasa nampak seorang blogger ni tapi tak tau lah betul atau tak.
Ehhhhhh ELLA. Yang ni kita kenal. Asalnya nak balik sebab dalam itinerary habis 11.30pm. Lambat sangat kan. Tapi program malam tadi memang cepat. 8.30p, Drone Show tu tepat waktu. Artis2 menyanyi pun tak ada drag in between. Cepat je bertukar microphone. Ada jugak lah Shiera dan hos seorang lagi gurau senda tapi tak lama. Maybe penganjur takut hujan. Rintik2 halus je.
Mengakhiri persembahan. Hubby zoom dengan hp nya. Dayang tak nampak.
Last2 kami tunggu jugak fireworks ni. 10.20pm mula nya.
Tak sampai 10 minit tapi awesome sangat.
Semua cantik. Alhamdulillah dapat tengok dengan dekat. Kalau di KL, Selangor, Putrajaya memang mimpi nak tengok dekat2 macam ni. Rakyat semua seronok dan suka hati.
Padang ni memang tepi masjid. Meriah macam ni rupanya bandar Kuantan kalau weekend. 10.35pm dah masuk kereta.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
Uish! Ada poster Mahmood June!
ReplyDeleteDrone boleh buat cam tu eh? wow
Mahal kan poster tu. Ya betul formasi drone tu, awesome kan.
DeleteMeriah! Mcm bz je dr pagi sampai ke malam.. mkn vitamin apa ni kak? Mcm x penat je
ReplyDeleteKadang2 je hehe.
DeletePatutla tengok ig kawan yg duduk kat kuantan ada bunga api. Ada sambutan gilang gemilang rupanya.
ReplyDeleteBestnya dapat tengok fireworks dari jarak dekat camni. Siap ada drone show lagi 😆
Oh kat kuantan pun ada towerthon jugak ya. Lajunya encik suami naik 5 minit je. Kalau yg tempat pertama tu agaknya berapa berapa lajulah dia..
Memang meriah weekend baru ni. Fireworks, drone show. Towerthon ni tak sure bila start. Champion buat 2.13 minit rasanya.
DeleteMeriahlah ye Kuantan dgn cahaya & drone...
ReplyDeleteSemoga Tuanku berdua sihat selalu.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Memang meriah.
DeleteMeriah. Untung lah orang Pahang boleh join pesta ni.
ReplyDeleteMemang meriah, Alhamdulillah rakyat gembira.
DeleteWah..meriah sungguh .. dron show tu..nice.
ReplyDeleteMemang meriah. Drone Show tu awesome sangat.
DeleteMeriah mcm2 stories in one entry, rindu pulak nak gi ronda2 kuantan
ReplyDeleteMemang meriah weekend baru ni. Datang la Kuantan lagi MZ.
DeleteMeriahnyaaa...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi kuantan ni...
nanti lah kita plan ke sana...
Memang meriah baru2 ni. Datang lah Kuantan nanti ya Nieyl.
Deletemeriahnya....
ReplyDeleteerr kuih tepung gomak tu nampak sedap
Memang meriah. Tepung gomak tu memang sedap
DeleteMeriahnya Pesta Kuantan! Cantik Kuantan malam2 banyak lampu berwarna-warni. Terpegun tengok gambar2 pertunjukan drone tu 😍.
ReplyDeleteKedai Abi & Baba tu kiteorg pernah nak try tapi masa kiteorg smp tak buka lagi. Check kat IG, katanya bukak pukul 8 (kiteorang smp 7.30 pagi). Malas nak tunggu, terus pegi Kuantan Pickers repeat breakfast dekat situ 😅
Pesta Kuantan memang best. Warna warni dengan lampu. Drone Show memang awesome.
DeleteTu lah. Kuantan Pickers jugak yang buka awal.
Bersinar bandar Kuantan..best jalan malam2 mcm ni...
ReplyDeleteMemang best Pesta Kuantan ni malam2 penuh cahaya
DeleteMeriah aktiviti hujung minggu...💝💝💝
ReplyDeleteMemang best weekend baru ni 💕💕
Deletekopi pekat2 mcm tu mmg sedap cicah apa sahaja...
ReplyDeleteKan, sedap donut cicah Kopk O
Deletewahhh bestttt ramai artis popular tuuuu
ReplyDeleteBest jugak. Free tu.
DeleteCantiknya drone show tu. Maksudnya, drone terbang bersusun membentuk semua tu ya?
ReplyDeleteBetul Ujie ada dalam 250 drone rasanya bentuk semua bentuk tu.
Deletekucing tu jadi penyambut tetamu ea hehehehhe
ReplyDeleteComel kan,
DeleteWow..drone boleh buat pertunjukkan macam tu erk....kagumnyaaa...Ruang Dinda ada nampak tapi x masuk masa SA ke Kuantan sebelum ni..cafe abi dan baba tu SA first masuk dah suka dah...hehehe...akakkkkk....rindu Kuantan laaaa...rindu vibes dia dan rindu JJCM...
ReplyDeletePernah tengok di TV drone show tapi tengok live memang best sangat. Datang lah Kuantan lagi SA ya.
DeleteMeriahnya Kuantan, macam-macam aktiviti.
ReplyDeleteMemang meriah baru2 ni.
Deleteberapa lah harga nak set drone macam tu...Alhamdulillah, dapat merasa nak tengok persembahan Drone...susah nak dapat tengok..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best tengok drone show live
DeleteMeriahnya acara malam tu…
ReplyDeleteMemang meriah
Deletepadang tepi masjid ni tiap2 malam memang meriah yaaa
ReplyDeleteTak sure tapi kalau weekend memang meriah
DeleteDana pun suka kalau tengok kuih penuh meja, rambang mata. Nampak sedap kuih sekaya akak tu. Meriah betul sambutan Pesta Kuantan tu kak.... pastu kedai makan tu pun cantik. Suka dana tengok bunga atas meja tu.
ReplyDeleteRambang mata kan tengok kuih banyak. Rasa anak ambik semua. Memang sedap sekaya tu. Pesta Kuantan memang meriah. Seronok. Betul Dana memang cantik bunga tu.
DeleteMeriah sekali acara malamnya, Mbak.
ReplyDeleteDan fireworks itu benar-benar indah di langit malam...
Salam,
Betul Abah, memang meriah semuanya dengan fireworks dan drone show
DeleteWaah bagus2 gambar drone show nyaaaaa 😍😍😍😍. Kadang saya teringin nak tahu juga cara mereka membuat formasi seperti itu tanpa menabrak satu sama lain. 👍
ReplyDeleteMemang menarik kalau kesana saat ada event begini ya kak.
Towerthon , saya baru tahu. Jadi naik ke atas pakai tangga yaaa... Hahahaha ntahlah sanggub atau tidak 😂. Kalopun sanggub saya rasa akan butuh lebih dari 5 menit, kalo saya lah 😭🤣
Drone Show dengan 250 drone ini yang buat kami excited untuk pergi menontonnya. Memang menarik sebab banyak Acara. Betul Fanny mau naik tangga, aduh satu tingkat pun sudah penat kan 😄😄😄
DeleteMeriah sangat! Dah mcm pesta cahaya jadinya.
ReplyDeleteThank you sista bawa kita jalan-jalan sekali.
Memang meriah. Thanks tau singgah sini.
DeleteCantik la masjid tu malam2..blueish betul..
ReplyDeleteMemang cantik kan bila malam banyak lampu2
DeleteLawanya. Drone pun boleh buat formasi macam-macam ye. Hebat siapa yang mengawalnya. Nampak meriah dan hidup, bandar Kuantan waktu malam. Suka gambar kedai yang ada kucing tengah termenung tu. 😊 Bukan calang-calang orang boleh masuk towerthon ni. 💪👏
ReplyDeleteAwesome kan drone boleh buat formasi banyak bentuk. Dengan Pesta Kuantan ni lagi lah meriah. Cute je kucing tu kan lepak situ. Naik tangga setingkat pun mengah kan.
Deletewah! Meriah sungguh sambutan keputeraan Sultan Pahang. Bercahaya tul bumi Kuantan. Birthday sultan kelantan jatuh pd 29 n 30 sept nanti...
ReplyDeleteMemang meriah dan seronok Pesta Kuantan ni ada macam2 Acara.
DeleteWah, meriahnya Kuantan! Rindunya nak jalan-jalan Kuantan. Kalau dari Segamat tu dekatlah sikit. Rindu juga jalan-jalan Terengganu. Pernah ikut abg sulong saya di Kerteh masa kerja Petronas dulu. Bestnya dapat tengok drone show. Kagum mereka dapat buat macam-macam bentuk kan. Ramai artis datang patutlah ramai orang. Tahniah juga untuk tuan boss berjaya menghabiskan towerthon. Bukan mudah nak panjat tangga tu. Tapi sebab dah biasa brisk walk semua, takde hal lah kan.
ReplyDeleteSuka tengok kedai yang banyak pilihan makanan dan kuih muih sedap tersusun. Kita nak beli pun jadi tertarik rambang mata nak memilih. Kalau dah dekat tu next time bolehlah cuba menu lain pula.
Memang meriah dan seronok. Datang lah Kuantan bila2 free. Boleh ke Terengganu terus. Drone Show memang awesome, konsert dan fireworks jugak. Towerthon memang mencabar, hubby pun cakap mengah. Customer mesti seronok kan kalau kedai jual banyak pilihan makanan.
DeleteAda planning tu nak jalan sekitar Terengganu singgah Kuantan macam tu. Harap ada rezekilah nanti. Banyak perancangan bercuti ke Pantai Timur, cuma masanya belum sampai lagi.
DeleteBagus tu stamina kuat berkat briskwalk dan amalkan gaya hidup sihat. Alhamdulillah...
Moga sampai Terengganu dan Kuantan nanti. Memang kesihatan kena jaga kan, memang kena paksa kalau jenis yang tak rajin macam saya ni hehe.
DeleteMasjid Biru tu persis masjid kat Shah Alam tu. Sekarang ni trend pula pertunjukkan drone tapi kat Malaysia saya tak pernah menonton. Kat luar negara pernah dekat youtube. Canggih betul saya rasa.
ReplyDeleteCantik kan masjid bila malam. Drone Show ni memang awesome sangat.
DeleteUishh meriah sungguh kuantan ye.. sempena besday sultan baru² ni kan... bila nak jejak kuantan lagi ni
ReplyDeleteMemang meriah kami weekend tu. Datang lah Kuantan bila2 free ya.
DeleteWah meriahnya Kuantan. Macam-macam ada. Celebration. Great food. Wonderful company. Paling unik persembahan drone tuh. Mulan kalau share bab makanan memang akan buat KSarie kelaparan dan terlupa langsung saranan Dr supaya jaga food intake😅Sokmo akan ada tambahan bucketlist untuk makan. In sya Allah next time ke Kuantan akan cuba singgah ke Ruang Dinda. Kitanya naik tangga dari tingkat 12 ke 13 pun udah meminta nyawa😅Memang siapa yang joint towerthon ni memang hebat💪💪💪💪
ReplyDeleteMemang meriah dan seronok sangat Pesta Kuantan ni. Drone Show lagi lah awesome sebab dok pikir macamana ya diorang jaga jarak dan buat formation tu. Boleh je makan KSarie tapi moh kita makan sikit2. Towerthon tu, aduii pikir pun penat sebab yang setingkat pun mengah. 😄😄😄
Deletewah ada ella....1st time dgr Towerthon...cantik2 gmbr view malam
ReplyDeleteTak sangka jugak ada Ella. Towerthon ni kira competition naik tangga di mana2 tower tinggi. View malam cantik kan.
Delete