Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
TELUK LIPAT SEAVIEW INN
Jumaat baru ni, lepas Solat Jumaat kami berdua drive ke Dungun. Sabtu ada jemputan kawin. Kena sampai cepat, pukul 4 hubby ada meeting online.
PERMATA RESORT yang kami stay sebelum ni fully booked. Yang ni pun best, tepi jalan, tepi laut.
Balcony. Tak ada bilik di ground floor rasanya. Semua di atas, naik tangga.
Book pun lambat, yang ada bilik 2 single bed ni. Bersih kemas dan luas, sudah cukup selesa buat kami. Antara katil dan tepi tingkap tu, boleh muat toto queen/king size. RM120 untuk 1 malam. Memang tak kedekut ruang.
Ngam2 sampai 3.45pm. Hubby meeting, perut keroncong. Order Grab je lah. Avocado Coffee & promo Combo Cream Puff + Iced Salted Caramel Macchiato dan Double Choc Muffin. RM40.50. Promo + RM7 OFF Kenangan Hot Deals di Grab. Banyak discount ni. Kadang lupa nak tengok Hot Deals, lagipun jarang jarang jarang order. Semua sedap. Filling cream puff tu, ice cream rupanya.
Lepas meeting, hubby ajak naik BUKIT BAUK. Saya kata macam nak demam lah, rasa nak batuk lah, pening kepala lah, berat mata lah, dan macam2 berjela alasan. Sebenarnya nak golek atas katil je. Penat, banyak benda kejadian di rumah jugak. Kita yang manage kan. Dia tu kan, macam tak reti duduk diam. Kena well prepared kalau dia pencen nanti. Habis lah queen ni. Jangan ajak naik Gunung Kinabalu dah. Hajat lama dulu tu dah saya abaikan. Tak apa kita buat aktiviti lain.
Lepas Maghrib, keluar cari makan. Light dinner je.
Alhamdulillah dekat sangat rupanya dengan hotel kami. CAFE BUWA yang tak pergi sebelum ni sebab tutup. Sepelaung je. 80 meter.
Langit sunset.
Best kan, cafe tepi laut. Seberang jalan.
Ada kerusi meja, dalam dan luar.
Grilled Chicken Salad. Sedap.
Chicken Dumplings. Sedap. Lama tak dapat dumpling yang crispy sikit di luar. Memang enjoy makan. Alhamdulillah.
View malam.
Sabtu, sebelum matahari muncul. Hubby dah kerah ajak brisk walk. Aduiiiii. Lemau badan.
Subhanallah.
Subhanallah. Nampak tak, pecahan sinaran mentari. Sebab cuaca di sebelah selatan agak mendung dan cloudy. Awan gelap bergerak perlahan, menutupi langit yang cerah sebelumnya. Alhamdulillah tak hujan dan awan seakan berhenti di situ.
Permata Resort yang kami stay sebelum ni. Tak jauh pun.
Sampai sudah di laluan trek jogging dan basikal di PANTAI TELUK LIPAT.
Pekena Roti Canai Banjir dan Kopi O Ais dulu. Kalau breakfast lambat, nanti nak ke kenduri kawin pulak kan. Nak makan lagi kan.
OPAL DUNGUN.
First time jumpa TIANG OPAL dan baru tau sejarahnya.
Di pantai ini juga dapat melihat kesan peninggalan perlombongan bijih besi. Terdapat tiang jambatan keretapi yang mengangkut bijih besi ke kapal. Tiang ini dikenali sebagai tiang opal. Bijih besi akan disalur ke kapal melalui jambatan ini.
(Sumber : dungunsempoi-ellyas.blogspot.com)
Jalan balik ke hotel, rupanya AURORA COFFEE HOUSE yang viral tu belakang hotel kami je. Last trip, saya pergi seorang sebab hubby dan anak pergi diving. Hubby kata nak try coffee tapi belum buka.
Lepak tepi laut depan hotel.
Pukul 9 kami ke AURORA.
Menunggu coffee dan green tea.
Malam sebelum nya hujan lebat, angin sangat kuat memang risau dengarnya. Tepi laut kan. Rupanya ada gangguan letrik, ada pokok tumbang. Semua premis tepi laut berdekatan terlibat. Kami order apa yang cepat buat saja. Green Tea dan Chocolate Almond je lah. Mesin kopi kena warm up dulu. Ambil masa.
Meja saya makan seorang, trip terdahulu. Check out dan ke majlis perkahwinan. Lupa snap foto. Sedap lauk Gulai Daging. Di Terengganu kalau kenduri kawin, Gulai Daging lah paling win. Alhamdulillah. Terus kami drive ke Putrajaya.
Singgah tepi jalan di Bentong. Pekena durian. Tak berani makan banyak sebab pernah kena palpitations yang menggerunkan dulu di Kerteh. Ramai2 makan durian lepas hantar anak ke sekolah. Durian Kijal memang famous dulu. Orang Singapore pun datang cari. Rupanya doktor kata jangan main2 dengan durian kampung ni.
Amoi tauke tu marah pakai glove plastik sebab kata dia tak puas. Habis tu yang letak atas meja apasal, haha gaduh mulut gelak kami.
Sabtu malam hubby ada jemputan kawin lagi di Putrajaya tapi tak ikut. Geng sekolah, biar lah dia meraikan sama2 geng sekolah. Kalau queen ikut, lepas satu jam, kenyit2 mata ajak balik. Kalau nak berborak berjam2 jumpa geng lama, biarlah selesa tanpa queen. I is lagi happy duduk rumah.
Ahad visit anak solehah di kampus. On the way nak balik Kuantan, singgah Gombak untuk maka pagi yang dah tak pagi. Tak sempat nak cari yang viral. Perut dah lapar, so kami singgah je gerai tepi jalan ni.
Sedap Roti Canai Kari Kambing dan Mee Sup Utara ni. Alhamdulillah.
View dari gerai.
Daily route Mama Zharfan ya. Juga dekat rumah Puan Hazel rupanya. (Edited)
Balik Kuantan, macam2 kerjaan kena settle. Penat jugak tiap weekend keluar radar. Lemau badan.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.
Nanti free, kita blogwalk ya.
Memang penat jalan² ni. Kalau boleh terus sampai jer kat hotel dan kafe² tu alangkah bagusnya.
ReplyDeleteheheh gerai roti canai kari kambing tu..my daily route la utk hantar my boys pergi sek...tapi lom pernah lagi try mkn kat situ...tgk2 mulan yg dtg mkn dulu heheheh anway bestnya cuti2 tepi pantai! Buwa cafe tu nampak cozy sungguh!! boleh letak dlm wishlist in case ter singgah area sini
ReplyDeletedpt resort tepi pantai ni syok...cantik gmbr view pantai tu
ReplyDeletecantiknya view.....cantik hotel....paling tak tahan tajuk last tu lemau badan hhahhahahha cutelah mulan
ReplyDeletecantik pemandangan...tapi lagi menarik roti canai kuah banjir hihihihi
ReplyDeleteTengok cafe2 tu macam tak percaya pula ni Dungun, dulu tak ada apa pun Dungun ni selain pantai.
ReplyDeleteTerpegun melihat gambar pertama.
ReplyDeleteAda lagi di bawah. Lama saya renung. Subhanallah!
Aduh Mbak...itu foto-foto saat sun rise nya begitu indan dan mempesona.
ReplyDeleteBetapa indah ya ciptaanNYA...
Roti Canai Kari Kambing dan Mie Sup itu sangat mengundang selera, Mbak.
Dan saya penasaran dengan cita rasa roti canai, karena disini saya belum menemukan pedagang roti canai...
Salam,
macam best je cream puff kenangan coffee tu.. adakah ini petanda kena beli sebab saya pun dah lama sangat tak pergi kenangan haha
ReplyDeletealamak, haritu saya telan durian kampung hampir sebekas. alhamdulillah takde apa-apa, tapi rasa nak terberry jelah hehe
Bestnya menginap di resort tepi laut. Permandangan yang mahal. Rasa seronok tu dapat brisk walk pagi-pagi tepi pantai. Kalau saya pun tak lepaskan peluang beriadah di tempat yang cantik. Menarik cafe² dan tempat-tempat yang dituju. Nak naik Gunung Kinabalu tu saya pun surrender sudah. Hajat dah expired. huhu...
ReplyDeleteBoss betul-betul aktif tak reti duduk diam. Baguslah tu selagi masih bertenaga, jaga kesihatan.
Avocado coffee saya tak pernah try lagi walaupun selalu beli kenangan coffee. Pernah try pistachio je. filling cream puff tu memang sedap. Semua perisa pun sedap.
Akak!!!! Naper tak roger? Gerai roti canai tu tak jauh la dgn teratak kami. Tapi kami tak pernah sarapan situ.
ReplyDeleteView sunrise to stunning sangatttt
Cantiknya view. Kedai kopi tu pun menarik juga lepak santai.
ReplyDeleteSaya langsung browsing Dungun ini di mana. Ternyata Terengganu yaaa.. jauuuh juga dari KL. Kalo dekat nak kesana 😄😄. Suami kakak mirip suami saya lah . Selalu nak gerak kemanaaaa saja tiap travel 😂😂. Padahal kadang kita nak santai kan.
ReplyDeleteCafe buwa nya baguuus sangat. Bisa lihat pantai depan mata 😍😍
Saya pun tak berani makan durian terlalu banyak skr kak. THN lalu teman saya meninggal . Mungkin bukan Krn durian, tp sebelum meninggal, malamnya dia makan banyaak durian 😞. Pagi subuh kena serangan jantung. Jadi saya agak seram juga. Makanya makan durian skr nih raso raso saja lah. Tak berani banyak