Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
SELAMAT HARI PEKERJA.
Kisah tengah bulan Syawal. Menyantuni jemputan Open House Raya kawan di Vietnam dulu di Desa Pinggiran Putra 2 minggu lepas. Jemputan pertama yang kami terima, Alhamdulillah dapat pergi.
Thanks for having us Kak K. Asal Sarawak, baik orangnya. Yang mengajar saya makan Laksa Sarawak dan Umai di Vietnam dulu2. Dia masak memang sedap. Kami sama2 mengandung anak bongsu solehah di Vietnam. Bersalin kami balik Malaysia. Dia ke KL, saya ke Kuantan.
Aneka berbagai juadahnya.
Laksa Sarawak semestinya dia masak.
Kami duduk bawah pokok tepi pool lah sebab ramai yang duduk di porch. Alhamdulillah. Siap makan terus drive balik Kuantan.
POTLUCK RAYA GROUP USTAZAH.
Terima Kasih Kak J sudi jadi hos untuk Raya Group Tadarus dan Usrah.
Macam2 aneka juadah. Masing2 bawa dan terus ke atas meja. Rambang mata. Semua sedap.
Buat Marble Chocolate Cake dan Lemon Cake. Dua kek ni yang rajin dibuat tahun ni. Haha sebab bahan ada. Lupa bawa pisau kek, berterabur potongan tak cantik. Takpe masuk mulut je nanti.
Saya makan cekodok pisang paling banyak haha. Tak dapat tahan tengok favorite depan mata.
Ada yang bawa Gulai Kambing, fuhh sedapnya.
Kak J masak NASI DAGING UTARA. Yumm sedap sangat. Makan dengan air asam. Tapi mata terpahat pada thermos nasi ni. Rupa macam rice cooker tapi ianya thermos nasi atau sup. Tak ada wayar/kabel elektrik. Ianya thermos. Cari di Shopee, kalau lah sama, harga RM200++. Berkenan betul. Boleh guna untuk serve makan2 atau bawa picnic.
Pinggan saya. Semua sedap Alhamdulillah.
Group Tadarus dan Usrah. Saya team kecil Tadarus :)
Moga lebih ruang dan masa untuk join Usrah nanti Insyaa Allah.
Sampai tertinggal jam dan bangle di rumah Kak J. Mencari dan cari, mana lah pergi jam favorite yang super lama ni dengan bangles favorite walaupun dah bengkok riuk. Rupanya di rumah Kak J, tanggalkan sebelum tolong basuh pinggan. Lambat lagi boleh ambil sebab Kak J di KL urusan suami dan akan bercuti hingga mid Mei.
Ini saja lah Open House yang saya santuni. Juga di post sebelumnya. Tetap meriah walaupun tak banyak. Alhamdulillah.
Ehh lupa. Isnin minggu yang lepas ketika hubby meeting di KL, drive sorang2 dari Putrajaya ke Kajang. Tak jauh. Rindu sahabat seorang ni, Cik A. Kenalan pertama tahun 2008, Januari, ketika mula berpindah ke Kerteh. Jumpa di sekolah selepas hantar anak2 ke kelas. Dia yang tegur dulu. Baru pindah ke? Dah bercucu 2 boboy.
Tetamu pertama yang datang di bulan Syawal, rumah Kuantan. Sorang lagi sahabat lama Kerteh. NA ni kalau ada follow up di KPJ Kuantan, dia mesti singgah kalau sempat. Antara yang lama jadi orang Kerteh. Dah buat rumah sendiri. Suami isteri asal Penang. Suami dah nak pencen, katanya macam nak duduk Kerteh terus. Tak nak balik Penang sebab sana jemm teruk.
NA ni yang kedua saya kenal di Kerteh. Cik A di atas yang kenalkan. Tauke Tupperware ni. Asal ada offer, kami dapat tau dulu. Dah beberapa tahun stop jual Tupperware sebab dapat baby PKP, hehe rezeki. Walaupun jauh dan pindah banyak kali, ukhuwah kami masih utuh, Alhamdulillah. Rasanya lah, kami ni jenis cakap dan mudah gelak kot. Susah nak kecik hati. Sama jugak GENG MINYAK ANGIN. Tak boleh kami gather jumpa di cafe, takut kena halau. Cakap borak2 non stop, pastu gelak. Sebab ada je cerita lucu masing2. Yang asalya pendiam, sama naik nak bercerita. Hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Alhamdulillah, semoga ikatan persahabatan semakin erat.
ReplyDeleteKitakan, kagum betul dgn mereka yg jadi host open house ni, mana dapat tenaga ea? daku masak tetamu tak sampai 20 orang pun rasa macam nak tercabut tulang-tulang keletihan, adeih!
Alhamdulillah, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteBetul memang kagum apalagi jemputan ramai.
Alhamdulillah moga ukhwah kekal hingga jannah utk sis mulan & semua.. puas hati bila masak sendiri hosting open house hari raya hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteBetul memang puas hati tapi kalau tak larat, order je lah sikit2 kan hehe.
Geram pulak tengok swimming pool tu... takde orang berendam ke dalam tu?
ReplyDeleteTengah hari panas litlit tu uncle.
DeleteLaksa Sarawak tu buat saya terliur hehe. Bestnya dapat jemputan open house. Kiteorang tak dan buat open house tahun ni sebab sibuk menguruskan rumah di Sarawak lepas tenant keluar.
ReplyDeleteMemang sedap Laksa Sarawak tu. Takpe takpe next time buat open house jemput kami ya hehe.
DeleteBila throwback raya rasa macam tak cukup beraya... ahaks!
ReplyDeleteKami memang tak banyak jemputan Raya namun semuanya meriah dan seronok sangat2
DeleteCantiknya rumah dia, ada swimming pool. Saya perasan kalau open house jenis potluck, hidangan yang bukan hidangan raya habis dulu. Antaranya, macam cokodok atau cucur. Hihi.. bestnya, sedap-sedap tengok hidangan raya atas meja.
ReplyDeleteMemang cantik ada gym tepi pool. Hehe kalau cekodok dan cucur tu, saya lah yang makan banyak.
DeleteSemua hidangan nampak menyelerakan
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteRaya hari tu, kat pejabat jabat banyak buat open house..hampir setiap hari ada makan percuma. Hehe.
ReplyDeleteMemang best yang bekerja sebab banyak open house di pejabat kan.
DeleteBanyaknya geng sis Mulan, seronok dapat gathering raya gini.
ReplyDeleteYelah, menarik periuk tu. Lebih sedap dapat makan nasi panas.
Hehe ada geng lama, ada yang baru. Dapat jumpa pun beberapa kali setahun.
DeleteKan, periuk tu memang menarik sangat. Geram je nak beli satu.
Seronok kan ramai kawan ... Paling best dapat gather sesama...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok ramai kawan especially yang sekepala. Walaupun jauh2, dapat jumpa sekejap pun dah dapat lepas rindu, borak gelak sama2.
Deletewahhh best nyaaaa
ReplyDeleterumah pun cantikkkk
siap ada swimming pool
Memang cantik
Deletepenuh meja dengan pelbagai juadah enak2 belaka...
ReplyDeletekalau sy ni rambang mata nak makan hahaha
Memang banyak Alhamdulillah
DeletePeriuk juga jadi perhatian😅
ReplyDeleteSedap tu makan cekodok raya²
Betul first time tengok periuk tu. Cekodok memang sedap
DeleteAishhh sedapnya laksa sarawak. Lama tak makan dan paling favouritee!
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki pada tuan rumah yg jamu2 tetamu makan, semua aneka makanan sedap2. Dpt jumpa balik kawan2 lama mmng sembang tk ingat dunia rasanya
Laksa Sarawak memang sedap. Aamiin Aamiin.
DeleteBetul dapat jumpa kawan2 lama memang seronok sembang, makan sikit je.
Laksa Sarawak ini langsung jadi fav saya sejak dibagi oleh Carneyz 😍😍😍. Sedaaap yaa. Saya senaaaang juga dah ada restoran asli Sarawak di KL. Jadi kalo rindu laksa nya, saya tak jauh lah ke Sarawak, cukup ke KL 😄.
ReplyDeleteCekodok kalo di sini sebutnya godok-godok. Saya sukaaa, apalagi kalo pakai pisang yang dah overriped. Maniiis sangat 😍😄.
Eh saya jadi pengin juga punya thermos nasi macam tuh kak 😍😍😍😄 coba lah nanti cari dj jakarta. Rak pernah lihat ada yg begini . Biasa kan thermos air. Bagus juga, bisa buat nasi atau sup tetap panas
Laksa Sarawak memang sedap Fanny. Ada pes dijual, senang dah sedap.😋😋
DeleteCekodok pisang memang sangat sedap. Apalagi yang sangat masak kan, 😍😍
First time tengok periuk nasi/thermos tu, memang terus mau cari. Banyak function nya kan 😍😍
Alhamdulillah dapat sahabat yang molek-molek pun satu rezeki. Seronok tengok pelbagai spesies makanan. Kalau KSarie ni harus lupa daratan makan sampai segah perut kena buka kancing kain/seluar. Thermos periuk nasi itu macam menarik. Sesuai untuk mereka yang rajin menjamu orang.
ReplyDeleteAlhamdulillah betul sahabat baik2 memang rezeki. Rambang mata kalau juadah penuh meja kan. Thermos tu memang nak sangat tapi kan... Bila nak guna nya hehe.
DeleteAlhamdulillah ada kesempatan untuk berjumpa berkumpul dan ziarah rakan-rakan. Meriah hidangan makanannya. Saling berkongsi rezeki. Mujurlah tertinggal di rumah orang, boleh dapatkan semula walaupun lambat. Kalau tertinggal di mana-mana ke, lagi haru tak senang duduk memikirnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok berkumpul, berjumpa dan makan2. Suspen jugak bila tak jumpa jam dan gekang, Alhamdulillah ada.
Delete