Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@.
Akhir2 Syawal, baru terasa meriahnya Raya semula, apa lagi dah selesai puasa 6 nya.
SUGAR CANDY EVENT SPACE
Jumaat baru ni, lepas solat Jumaat kami drive ke KL. Birthday Party anak cousin + Open House Raya. Ajak adik2 join, 8-11pm lepas kerja Jumaat memang agak jem tapi Alhamdulillah diorang sampai on time.
Sedap kek nya.
Syok sangat sebab ada cousin yang kami tak jumpa masa Raya.
3 generasi. Ada uncle dan aunty dari Jerantut. Siap makan, 9.30pm, kami balik awal ke Putrajaya. Esoknya nak ke Ipoh.
GALASA CALDWELL, IPOH
Sabtu, lepas breakfast kami berdua ke Ipoh. Meraikan perkahwinan anak2 sahabat Haji. 2 beradik naik pelamin sekaligus. Foto keluarga besar group Haji kami. Semua sporting dan masih rapat ukhuwahnya hingga kini. Alhamdulillah.
Bersama bonda pengantin, kawan sebelah tilam di Mina dan Arafah ketika mengerjakan Haji tahun 2022. Kelakar W ni, ada je cerita lucu dia. Kalau duduk lama, macam2 cerita ketika Haji akan keluar. Terlupa berapa kali tawaf lah macam2 lagi.
Ada JAMAL ABDILLAH. Macam konsert Jamal lah pulak. Pengantin 2 beradik dengan pasangan masing2 diabaikan sebentar hehe.
Macam biasa di mana2 kenduri kawin, mak pengantin memang sibuk.
Kami berfoto di luar saja. Memang ramai tetamu di dalam dewan, meriah sangat.
FOOD COURT PRESINT 16
Ahad, sebelum brisk walk. Hubby makan Nasi Kerabu. Saya makan Putu Mayam gula melaka dan Medu Vada.
Alhamdulillah cuaca elok. Badan macam dedar. Ajak hubby buat 5k steps saja.
Balik brisk walk, basuh baju di Laundry Mall. Kemudian ke Mydin cari bahan rendang. Daging korban masih ada. Lama betul tak buat rendang.
ISNIN. Menanti tetamu. Geng Minyak Angin Kerteh.
Lemang Petak (4 segi) bawa dari Kuantan. Rendang Daging saya terlebih sikit masin. Nanti nak alter yang lebih tu, simpan dalam freezer dulu. Nasi Dagang + Gulai Tongkol dan Nasi Kerabu order dari Nasi Kerabu Moksu opposite INSPEN BANGI. Foto Nasi Kerabu tak ada pulak.
Kek Marble Chocolate Cake saya buat. Tenggelam sikit tengahnya. Chocolate berat kot haha. Kek Lapis, beli di Kuching hari tu. Serunding dari Kelantan, adik no2 bagi.
Lemon Cake saya buat, macam kering tapi diorang yang tapau kata dah moist, elok. Crack sikit2 di tengah, abai je hehe.
Banyak nya food Alhamdulillah. Ada yang bawa Cucur Udang, Serawa Durian (ada Pulut dan Roti Gardenia hehe), Pulut Panggang.
Ada ketupat palas, rendang ayam, mangga manis dll jugak.
Pukul 1.30pm semua bersurai, kemas rumah cepat2. Kak S pun nak balik Ipoh. Siap semua pukul 3, drive ke KLCC ambil hubby yang dah siap meeting. Dia drive balik Kuantan, ma'am macam nak demam, panas kepala dan badan. Hari ni Rabu, hidung soksek berair, tapi tak rasa sakit kepala dan badan, tak pulak suhu naik, Alhamdulillah. Baik la nanti Insyaa Allah.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Subhanallah banyaknya juadah..x tau nak pilih mana satu ni..lemang segiempat tu rare la kak...x pernah jumpa lagi..orang lain semua dah settle sambutan raya, company SA baru nak buat hari ni..kejap lagi SA nak ke M Resort..hari ni nak makan menu raya puas2..
ReplyDeleteNanti akan cerita lemang petak tu hehe. Wahh bestnya di M Resort. Mesti seronok dan meriah.
Deletenk hujung syawal sangat dah nih.. hehehe
ReplyDeleteAda je yang terlajak kan hehe.
Deletemeriah mcm2 juadah...jamuan raya skali birthday...wah ada retis kt wedding..2 beradik skali dlm 1 wedding ..cantik tmpt weddign tu
ReplyDeleteMemang meriah dengan makanan dan tetamu. Galasa Caldwell tu memang besar cantik. Kami pun terkejut ada artis.
Deletemeriah aktiviti Mulan, ewah ada DJA tu, majlis wedding, birthday dan raya ,kenyang.. Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah di hujung Syawal. Tengah2 Syawal sunyi sangat hehe. Seronok la tetamu ada DJA menyanyi.
DeleteWahhh siap ada jamal abdillah tu..kek lemon tu my fav laaa
ReplyDeleteTu la terkejut kami ada Jamal Abdillah. Kek Lemon ni suka buat sebab senang hehe
DeleteMeriah semuanya. Semua nampak sedap2 tu. Habis dah Syawal.
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah hujung Syawal
Deleteroti gardenia juga yang win..hehehehehe
ReplyDeleteCicah Serawa Durian hehe
Deletewahhh ada Dato Jamal Abdillah! meriahhhh betul! sedapnya kek oren!
ReplyDeleteMemang meriah ada Jamal Abdillah. Kek Lemon tu resepinya sedap.
Deletetuuu diaaaa ada raja pop malaysia tuuuu
ReplyDeletehebat punya majlis!
Meriah majlis nya Alhamdulillah
Deletekalau sy ada ni dlm byk2 makanan yg terhidang
ReplyDeletesy terkam dulu kek lapis tuuuu
hahaha
Sedap kan Kek Lapis Sarawak
DeleteCantiiiik birthday cake nya kak 😍😍😍
ReplyDeletePelaminan nya nampak mewah ❤️👍, memang estetik sangat lah.
Acara kumpul2 dengan teman ini yg paling seru kan. Apalagi dah kenal lama. Bawa makanan masing2, memang jadi banyak . Lemon cake tuh lah yg menggoda sangat 😍😍
Cantik dan sedap kek nya.
DeleteBetul pelaminnnya memang nampak cantik dan mewah.
Kami selalu begitu, potluck saja supaya tak susahkan hos. Makan pun sikit, borak yang banyak 😍😍
Meriah betul. Lawa pulak tengok backdrop birthday tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah. Backdrop tu event space tu yang buatkan semua.
DeleteCantik betul pelaminnya. Wahhh Jamal Abdillah menyanyi la. Mahal nak panggil Jamal ni.
ReplyDeleteMemang cantik kan pelamin. Tu la kami pun terkejut ada Jamal Abdillah. Ada dengar juga memang mahal.
DeleteLupa nak komen pasal kek birthday tu cantik betul la.....
ReplyDeleteCantik kan kek tu, sedap tau
DeleteWah! Ini kira makan2 penutup le ni...
ReplyDeleteYa uncle, hujung dah,
Deletelemang petak tu rare...x pernah jumpa...semua nampak sedap...
ReplyDeleteKami pun first time beli
DeleteFirst time tengok lemang petak tu... Mesti acuannya bukan buluh la kan...
ReplyDeleteKalau Sy mmg rambang mata Kak, banyak betul juadah Akk sediakan tu 👍🏻
Kami pun first time beli. Kita buat kek dan rendang daging, termasin la pulak hehe. Nas,i kerabu dan nasi dagang, order grab.
DeleteYang lain kawan2 bawak. Hehe.
Kuih muih dan kek tu menarik perhatian sangat aih!
ReplyDeleteMeriah hidangannya, meriah perjumpaannya.
Alhamdulillah meriah dengan makanan dan perjumpaannya.
DeleteMeriahnya penghujung Syawal 1446H!
ReplyDeleteKami pun tak menang kaki tangan memenuhi undangan raya di saat-saat Syawal hendak berlalu pergi. Dari Jumaat hingga Ahad, gantung periuk!
Alhamdulillah meriah di hujung Syawal. Walaupun tak banyak hari beraya namun memang seronok dan meriah.
DeleteMeriahnya makanan. Nampak sedap je semuanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok, meriah dan juadah semua sedap2
DeleteBanyaknya juadah. Pertama kali tengok lemang petak. Serawa durian? Masya-Allah, sedapnya, cicah roti! 😋 Bestnya, ada kawan² sekepala, boleh kongsi cerita. Rezeki juga tu.
ReplyDeleteKami pun first time jumpa lemang petak ni. Serawa Durian memang sedap kan. Alhamdulillah rezeki kawan2 sekepala.
DeleteMeriah majlis semuanya.
ReplyDeleteSemuanya berkerjaya sebelum memgikut suami pindah randah ya... pasti pada awalnya agak sukar untuk buat keputusan.
Alhamdulillah memang meriah. Masing2 ada cerita masing2 sebelum berhemti kerja.
DeleteBestnya makan-makan sambil sembang-sembang dengan besties. Betul tuh Mulan setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Walaupun ada banyak drama ayaq mata ke apa hidup perlu diteruskan begitu ye. Geram tengok semua makanan yang ada atas meja tuh. Jamal Abdillah ni memang favourite corporate event apa semua. Versatile. Suara mantap tidak berubah.
ReplyDeleteBetul KSarie, kita semua lain2 perjalanan hidup. Kat luar nampak lain, dalam hati lain. Hehe bila potluck memang macam2 la juadah ada Alhamdulillah. Jamal Abdillah memang evergreen lah semua minat dia kan.
DeleteDah hujung Syawal tetap meriah dengan macam-macam hidangan. Seronok dapat jumpa ahli keluarga di majlis birthday dan kenduri kahwin. Nampak kesibukan mak pengantin tu. Wahh siap ada jemputan artis lagi.
ReplyDeleteKalau dah jumpa begitulah. Makan sambil bersembang tak ingat nak berhenti. Inilah masanya untuk kita spend masa bersama. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai.
Alhamdulillah memang seronok. Sekalimp macam konsert ada artis. Betul kalau berjumpa macam2 cerita berebut nak bercakap.
Delete