Friday, May 09, 2025

JAMAN TORY - JJCM KUANTAN.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

Pagi tadi, lepas siap kereta di workshop, hubby ajak lunch di JAMAN TORY. Baru ni singgah tapi kedai tutup. Lebih setahun tak ke sini. Famous restoran ni. 



Hmmm diet ke laut. Memang sedap. Tapi pedas sikit untuk saya yang tak kuat pedas, namun, licin jugak. Air Apple Asam Boi, tak sempat ambil gambar. Siap makan, pinggan licin, terus balik sebab hubby nak ke masjid untuk solat Jumaat. RM63 semua. Ada Tembikai free, ada air minuman 2 botol atas meja, complimentary kot. Air kosong FOC rasanya kot. Lupa nak check tapi nampak ada tong balang air kosong dengan cawan. Sambal tempoyak tak habis, bawa balik sebab diorang serve dalam plastic container kecik + cover. Senang.

Isu sedap atau tak ni kan, semua atas masing2 sebab citarasa kita semua, bukannya sama, betul tak. Raikan saja, bagi je review. Restoran mahal, ada yang tak kena tekak. Macam tempoyak dan dessert manis, bukan semua suka. Pedas, bukan semua makan atau tahan pedas, macam saya. Tapi kadang tu, tetap makan sampai berair mata dan hidung hehe. Sebab sedap.


SET PATIN ASAM RONG (KANAN) & SET AYAM KAMPUNG + SAMBAL TEMPOYAK 

Asam Rong, merupakan masakan tradisional yang menggunakan biji getah sebagai salah satu ramuannya. Perkataan asam adalah kaedah penyimpanan makanan yang diperam dalam tempoh waktu tertentu. Manakala rong pula merujuk bahagian isi dalam buah yang juga dipanggil isi rong.

Masakan yang dikenali dengan pelbagai variasi nama seperti asam rum atau asam rom, berasal dari daerah Jerantut di negeri Pahang. Pada mulanya, penduduk dari kampung sekitar kawasan Hulu Tembeling, membuat asam rong menggunakan buah perah. Namun disebabkan kesukaran untuk mencari pokok perah yang hanya boleh dijumpai di dalam hutan tebal, mereka beralih kepada biji getah. Ladang getah yang banyak dibuka di seluruh Jerantut memudahkan penduduk kampung menjadikan biji getah sebagai ganti kepada buah perah.

(Sumber : siakapkeli.my)

Klik untuk info -->> ASAM RONG



Ada lagi ruang di tingkat atas.


Pandangan dari depan JAMAN TORY.


Dalam restoran.


Kami duduk di belah tepi. Belum pun pukul 12, tapi dah ramai di dalam restoran.






Ada juga ruangan makan yang boleh duduk. Macam di Jepun tu.

Alahai tak best betul update blog, tapi komen2 post sebelum ni, belum dibalas. Akan diusahakan secepatnya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

46 comments:

  1. Baru tau ada resepi guna biji getah. Makanannya nampak menggiurkan. Tempatnya macam cozy dan welcoming. Kena masukkan dalam senarai tempat untuk dijengah kalau ke Kuantan satu hari nanti yang tidak tahu bila tuh ye hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 kami pun tak tau. Memang sedap jugak food di JT ni. Datang lah Kuantan KSarie.

      Delete
  2. Famous kedai ni. Cie orang Pahang tak merasa lagi makan kat situ.

    ReplyDelete
  3. cantik kedai ni, makanan pun nampak sedap sbb makanan lauk tradisional orang pahang. saya tak pernah rasa lagi asam rong ni. lain ke mcm tempoyak ikan patin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam Rong ni lain dari masak tempoyak. Tak reti nak explain hehe. Datang lah Kuantan jom rasa.

      Delete
  4. Cantik view kedai ni.
    Suasana pun nampak tenang je.
    Btw done follow 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, kalau tak ramai memang tenang. Terima Kasih singgah dan follow ya Aien.

      Delete
  5. baru plan nak ke kuantan. blh la akak singgah. suka sgt patin. cam besttt nya kedai.

    ReplyDelete
  6. sedapnya makanan kat situ. mujurlah harganya berpatutan. suasana dlm restoran pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap buat kami. Restoran memang cantik deko klasik gitu.

      Delete
  7. ooowh kedai makan, namanya unik sangat.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam.
    Teringat dua hari lepas, cerita-cerita dengan rakan satu ladang. Katanya, nanti kalau kami sama-sama pencen datanglah ke kampungnya di Raub. Boleh makan sayur keladi dan gulai asam rong ikan.
    Eh, terjumpa pula asam rong ikan patin di sini. Ada sambal tempoyak juga. Sedapnya!
    Sesungguhnya saya belum pernah jumpa masakan asam rong... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa nanti Kak Amie datang Pahang kena lajak ke Kuantan tau. Memang sedap menu di sini.

      Delete
  9. Selalu dengar nama restoran ni...
    Dulu Sy tak tahu pun biji getah tu boleh dimakan. Bila tengok documentary baru tahu. Tapi belum rezeki Sy nak rasa gulai asam rong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. JT memang famous. Kami pun dulu2 tak kenal asam rong ni. Masa sekolah menengah baru tau.

      Delete
  10. Betul.. bukan semua menu kena dengan tekak kita. Kita review berdasarkan apa yang kita makan. Ni kalau ai yang ke situ, makanan berasaskan tempoyak/durian memang ku tolak sebab bukan pilihan.. hehehe..
    Dulu, cukup suka kumpul biji getah tapi tak pernah diajar untuk makan dari sumber biji getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul citarasa lain2. Lain tempat lain sejarah makanan ya kan.

      Delete
  11. Nampak vibe restoran ni pun boleh tahu power tak power masakan yang ada.

    ReplyDelete
  12. Logo JT tu hampir2 sama dengan logo Jabatan Telekom dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe wahh uncle ingat semua logo ya.

      Delete
  13. kedai yang cantik....makan pun lebih berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang kena selera kami.

      Delete
  14. Uniknya nama cafe ni.dan nmpk sgt cozy!boleh masuk dlm list utk singgah in case smpai area ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik dan cozy. Datang lah Kuantan lagi dan singgah JT ni.

      Delete
  15. Dulu masa saya study kat Jengka, tahu ada orang makan biji getah tu, buat lauk, tapi tak pernah cuba. Pernah dengar nama restoran ni. Luas restorannya.
    Saya pun dalam usaha untuk balas komen dan blogwalking rumah kawan-kawan, tak habis-habis lagi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kuantan kurang sikit lauk yang guna biji getah ni, banyak di Temerloh, Lipis macam tu rasanya. Restoran ni memang famous. Slow2 tak apa bw nanti hehe.

      Delete
  16. Klasik betul tempat ni. Baru tahu pasal Asam Rong ni sebab tengok Majalah 3. Tak sangka dalam biji getah ada kekacang yang dijadikan masakan Asam Rong tu. Dulu kutip buat main congkak kat rumah Opah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang klasik restoran ni. Pahang ni macam2 lauk pauk kuih muih tradisional mak kata, ada yang kami belum pun makan. Betul kita dulu2 kutip biji getah buat main kan.

      Delete
  17. teringin nak rasa masakan asam rong..Pahang's specialty...cantik kedainya, nmpk klasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah Pahang, boleh rasa banyak juadah tradisional. JT memang cantik dan klasik.

      Delete
  18. SA pernah baca ke pernah tengok dokumentari pasal ikan patin masak asam rong ni ..teringin nak rasa, Jaman Tory ni patut SA singgah masa hari terakhir di Kuantan itu hari...tapi tak jadi..next kena pi repeat ni...ada plan nak bawak Dania pi Kuantan Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kuantan sebelum ni payah nak cari lauk asam rong ni, Alhamdulillah JT ada. Dapat lah rasa. Nanti datang lagi Kuantan ya.

      Delete
  19. lain daripada yang lain kedai ni...
    terasa nostalgia betu kalau sy masuk sini...

    ReplyDelete
  20. sedap nampaknya kuah pekat macam tu...
    kalau hirup tu kompem licin mangkuk
    hahaha

    ReplyDelete
  21. Baru tengok kat YT beberapa hari lepas pasal penyediaan masakan asam rong ni tapi guna ikan baung.
    Mahal juga isi rong kisar yang dijual.
    Betul... sedap sesuatu masakan tu sangat subjektif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan asam rong ni boleh guna ikan jenis lain jugak. Macam2 cara masaknya.
      Sebab susah nak cari/dapatkan, mahal sikit lah asam rong ni.
      Lain lidah lain citarasa nya kan.

      Delete
  22. Uwaaaah langsung ingin kesana sayaaaaa. Nampak sedap. Apalagi kalo kombinasi asam dan pedas, memang best lah kak 😍😍😍😄

    Unik nama dia, baru dengar kali ini asam rong .

    Betuuul tuh kak. Selera ini beda2. Kadang ada orang tak suka kuliner A, tp yg 1 orang suka sangat. Yg penting buat saya, kalo memang tak suka, sebaiknya jangan menghina rasanya. Cukup katakan tak sesuai selera. Krn belum tentu bagi orang lain tak sedap ☺️

    Deco restoran ini vintage sangat, tp saya sukaaa. Terlihat nyaman juga. Betul2 ingin sangat ke kuantan 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny mesti datang Kuantan nanti bila ada kesempatan, boleh cuba makanan traditional di sini. Memang unik nama dan agak susah cari, bukan semua restoran ada jual. 😋😋😋

      Ya betul selera kita semua lain2, raikan saja dan nikmatinya 😍😍😍

      Deko kedai memang klasik dan vintage, kami pun belum explore yang di atas 😊😊

      Delete
  23. Macam pernah dengar dan pernah baca blogger update resto ni. Menarik dia punya vibes. Asam rong tu pertama kali saya dengar dan tahu tentangnya. Terima kasih share. Ye, betul. Sedap tu ikut tekak masing-masing. Boleh masuk list resto ni kalau ke Kuantan boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resro ni memang famous. Asam Rong ni masakan traditional Pahang, susah juga nak cari.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com