Friday, May 16, 2025

LEFTOVERS, KAKTUS, TETAMU + SPECIAL HARI NI.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

SPAGHETTI FRITTATA PIZZA
Dinner tadi. Apa2 lah asalkan boleh dimakan hehe.


Spaghetti Aglio Olio ni masak untuk dinner semalam. Udon Aglio sebelum tu. Tak habis sebab makan berdua dengan anak soleh saja. Ada semangkuk, simpan dalam fridge. 


Ingat nak buat Baked Spaghetti tapi malas. Alhamdulillah dapat ilham lain, lagi senang. Guna non stick pot senang sebab tak melekat. Patut guna pan, tapi lupa. Lengserkan periuk non stick dengan olive oil. Masukkan spaghetti aglio olio tu. Letak sikit tomato sauce dan tabur oregano.


Taburkan capsicum dan tomato dipotong dadu. 


Pukul 2 telur dan sedikit susu. Tuangkan atas spaghetti, cuba bagi kena semua lah. Kalau rasa tak cukup, tambah je telur lagi.


Tabur mozzarella, tutup periuk dan buka api. Pastikan bahagian bawah masak. Kalau mozzarella kurang cair, masukkan ke dalam microwave sebentar. Patut masuk dalam oven, tapi malas.


SPAGHETTI FRITTATA PIZZA haha, memandai je bagi nama. Sedap tau. Alhamdulillah.


Ada apa2 leftovers, simpan lah. Gugel je Insyaa Allah dapat idea nanti. 


KIMCHI. Buat semalam sebab dah habis.


Cukuplah container sejengkal ni. Malas buat banyak2. Kobis panjang yang besar tu, dalam 1/4 je. 

Klik -->> RESEPI KIMCHI


PRATA & RENDANG BERKUAH.

Breakfast pagi tadi. Rendang (frozen) masa buat gathering Raya dengan geng minyak angin 2 minggu dulu. Rendang agak masin. Tambah santan, jadikan berkuah. Makan dengan Prata. Alhamdulillah anak soleh kata sedap. Siapa lagi nak kata sedap kan, hehe.


Rendang Berkuah. Nampak tak hirisan daun kunyit, isshh tenggelam pulak dia.


KISAH KAKTUS.

Pagi tadi. Repot kaktus. Ya ke istilah ni. Alhamdulillah dah clear sikit. Rupanya senang je.


Betul lah kata aunty di nursery tu. Dia kata tarik2 je kaktus jenis ni. Memang tak patah. Guna food tong/penyepit tu. Goyang2 dan tarik. Tercabut terus dengan akar2. 


Selepas di-repot/di-alih ke pasu lebih kecil.


Tumbuh subur tau.


Semalam balik rumah mak, singgah nursery. Beli pasu plastik kecik dan tanah untuk kaktus.


Beli Aloe Vera jugak. Saja beli yang besar sikit. Baru ganti pasu besar. Tumbuh subur ya.


DAUN KETUMBAR JAWA 

Kami beli di PEKAN SARI TEMERLOH baru2 ni. Ada 2 ikat. Satu ikat bagi aunty di Putrajaya. Rupanya bahagian daun dia makan, bahagian akar dia tanam. Katanya dah bercambah, keluar daun kecik.


Sebenarnya yang kami punya, dah disimpan dalam fridge. Dah agak hitam akarnya dan kecut kering daunnya. Terasa nak cuba tanam sebab aunty kata senang hidup, sekejap naik daun.


 Ya betul Alhamdulillah walaupun akar dah hitam, daun kecut dalam fridge, tapi dah nampak anak daun keluar. Sorry sebab kurang fasih terma2 bab menanam ni. Tunas, cambah semua tu hehe.


Pagi tadi. Lepas kucing siap makan, dia datang.


Oiihh habis kaki masuk dalam pinggan. 


Ada yang menunggu giliran.


Lambat check in hari ni, selalu awal. Sharing is caring lah korang. Sikit2 boleh lah. 


Buat sahabat2 yang bergelar CIKGU. Jasa tak ternilai. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

50 comments:

  1. Sedapnya pasta. Cie dulu masa kecik peminat kaktus. Sampai semua mati baru la dah tak menanam kaktus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spaghetti ni memang favorite ramai kan. Dah lama main dgn kaktus ni, rupanya kena letak luar tapi tak terdedah terus ke matahari. Dapat sejam dua matahari pun cukup. Jgn letak bawah atap. Sbb dulu letak bawah atap, lama sungguh nak hidup. Siram seminggu sekali atau 2 kali, jgn bagi tanah kering. Ada Baja utk kaktus jugak.

      Delete
  2. W'salam sis Mulan..
    Creative sungguh dengan resepi leftovers yang menyelerakan. Geram tengok cactus beranak-pinak macam tu.. Cactus LZ kebanyakkan dah mati, tak menjadi entah apa silapnya padahal orang kata paling senang tanam cactus. Bila kecewa terus beralih arah tanam indoor plant lain, merajuk laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak reheat macam tak best so kita improvise sikit je lah, Alhamdulillah dapat ilham.
      Alhamdulillah kaktus beranak pinak. Kena jaga sikit, siram seminggu sekali cukup. Ada baja nya jugak. Indoor plant pun cantik.

      Delete
  3. Meriah haiwan ni. Moga murah rezeki ya Mulan. Nasib baik semua tu tak bawak gang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hari, berjemaah datangnya hehe.

      Delete
  4. waaa dh mcm mini zoo tu hehhehe cute2 belaka haiwan yg singgah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ, datang beraya semua tu hehe,

      Delete
  5. boleh la lepas ni try resipi spaghetti tu. Kadang tu masak sebungkus berlebih, kadang tak cukup, tak faham dengan sifir makan anak anak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 buat aglio olio, bila tak habis senang tambah tomato dll boleh jadi baked spaghetti/pasta, boleh juga buat macam frittata pizza ni.

      Delete
  6. sis, u punya malas berfikir tu menghasilkan menu yg sgt wow, ye! apatah lagi jika menu rajin berfikir, pergh!
    kektus, kita ni tak pandai betul bercucuk tanam. kektus yg mudah jaga tu pun habis mati semua, entahlaaa maleh den.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gugel je, hehe kalau tandus idea. Gugel leftovers idea dari spaghetti dll. Dulu macam tak hidup jgk, letak luar dalat sipi2 mentari, siram seminggu sekali dan guna baja. Insyaa Allah elok.

      Delete
  7. International menu akak; from Italy to Korea ahak!
    Sy ada tanam ketumbar jawa beli di Pekan Sehari Temerloh tu. 1 pasu tak hidup sbb kering balik kampung kot, tak bersiram. Satu pasu lagi elok tumbuhnya, letak di luar pagar kena curi Kak 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk kami anak beranak ni. Dulu makcik ada kata, ketumbar jawa ni, hidup tumbuh tepi longkang kat kampung bermakna dia nak tanah lembap. Dulu adik ipar bagi sepasu kecik tapi mati, sbb letak tempat panas. Kali ni letak bawah atap, tepi sinki. Tiap hari renjis dengan air bagi tanah lembap. Aduiii kena cuti ke pokok nya.

      Delete
  8. Wah, seronok tengok, ketumbar jawa dah keluar tunas. Geram tengok anak-anak kaktus, tanam dalam pasu kecil-kecil, comel! Saya tak pernah makan kimchi. Musykil camana rasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah keluar tunas nya. Banyak sangat anak kaktus rasa nak buang je. Sayang pulak, Alhamdulillah ada pasu cinonet paling kecik, so kita tanam lagi lah.

      Delete
  9. Sekarang, kalau ada leftover memang ku simpan.

    Dulu ada pokok kaktus, tapi lepas mati sebab terlebih jaga.. hahaha..

    Makanan dikongsi bersama, dekat rumah ni, hanya kucing2 jiran yang datang makan kat rumah, belakang rumah pulak ada anjing selalu singgah mencari makanan. Kalau ada rezeki lebih, merasalah ia makan ayam, kalau takde apa yang nak dibagi, kesian pulak tengok muka anjing tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah simpan je leftovers nya, boleh improvise. Betul kadang terlebih jaga kaktus ni.
      Cat food rumah ni memang dikongsi bersama. Sbb memang laluan diorang pun selama ni,

      Delete
  10. Wahh first time tengok org share resipi spagetti campur telur camni, kreatif!! Mudah pun ye jugak! Thank you bagi idea hehehe

    Habis licin makanan kucing tu dimakan oleh makhluk2 lain ye 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 resepi boleh buat tau Mazni. Gugel je kalau tandus idea.
      Kucing and the geng, gaduh berebut lepas tu baik semula.,

      Delete
  11. Hahaha seronok betul baca dairi Mulan hari ni. Dari spaghetti bertukar jadi “frittata pizza”, sampai ke kaktus pun dapat second life! 😂 Part kucing kaki masuk pinggan tu paling win, dia pun nak rasa rendang agaknya. Teruskan menulis, Mulan… rasa macam baca drama santai dalam bentuk blog! 🐾🌵🍝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat ilham nya. Gugel je nak apa. Alhamdulillah jugak kaktus makin elok tumbuhnya.

      Yang kaki masuk pinggan tu, si tupai. Suspen jugak sebab jiran lama takut tikus,, gigit kabel astro. Tak boleh tengok lah langsung.

      Delete
  12. Pokok ketumbar Jawa tu... aduhai banyak kali tanam. Beli dari pasar tani LD, ambil dari kebun kawan di Ranau, beli di pasar tani Kinarut. Semuanya tak hidup lama. Mungkin tidak diambil peduli, merajuklah dia. Sama seperti pokok kemangi dan pudina. Rasanya, jenis-jenis pokok begini hendak sentiasa dibelai dan disayang-sayang hihihiii.
    Rajinnya Mulan buat kimchi. Sedap tu, halalan toiyyiban.
    Aloolooo... comel-comel tetamunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok KJ ni, pernah adik ipar bagi sepasu kecik tapi mati kering. Rasanya kena tanah lembap sebab makcik cakap, dulu orang tanam tepi longkang/lembah. Situ kan lembap tanahnya.

      Delete
  13. Oo camtu tanam ketumbar jawa. Ritu beli sepokok baru beberapa helai guna daunnya. Tak sure KJ tu boleh membiak ke tidak dengan sendirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siram bagi tanahnya lembap tiap hari. Jangan letak tengah panas. Try la, ni pun tak besar lagi.

      Delete
  14. Special pizza tu. Buat ngences jadinya. Comel comel kaktus tuh. Bolah buat taman mini kaktus dah ni. Ketumbar jawa tuh harap tumbuh molek nanti. Monyet tuh tak buat kacau ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizza leftovers tukar rupa hehe. Alhamdulillah ada dua jenis je dan tumbuh elok. Ketumbar tu moga sama2 suburnya. Monyet tu kalau noti, diterbalikkan pinggan tu kadang2.

      Delete
  15. boleh dah tu buka kedai kimchi...
    kompem laku keras ;-)

    ReplyDelete
  16. adakah tupai, burung dan monyet akan bertukar menjadi kucing selepas makan kibble?
    hahaha... yg ni ok lagi. jgn tikus... lain pula jd nya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, asal kenyang dah lah diorang tu.

      Delete
  17. OK.. it's official now. Nama dia "container sejengkal"

    ReplyDelete
  18. Pokok ketumbar jawa tu lama dh mencari...x jumpa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan beli di nursery semalam, dah ada jual jugak rupanya.

      Delete
  19. masak ni sebenarnya tak kisah, asalkan campak2 apa yang ada je pun dah boleh makan...
    byknya anak kaktus tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieyl, kita yang makan hehe. Campak2 je kan. Alhamdulillah anak kaktus elok tumbuhnya.

      Delete
  20. mcm linda tengok cerita korea boleh...makan makanan korea tak reti...kikiki
    dekat rumah melaka ada sepasu kaktus yang dah nak muntah daripada pasu, harap2 nak g amik nanti masih hidup lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuba nanti mesti jatuh hati. Aunty nursery kata patah2 cucuk kat tanah, siram kasi baja, kaktus senang hidup. Insyaa Allah. Cuba lah.

      Delete
  21. Aduhai… saya terliur tengok food sampai kaktus pun saya rasa sedap 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduii kaktus tu sis, tajam lah 😊😊😊

      Delete
  22. Lately ni saya suka makan spaghetti, jenis creamy² macam carbonara dan salted egg. Kalau bolognese, tambah cheese. Sedap betul. Tengok olahan resipi begini, nampak sedap. Dari spaghetti jadi menu pizza. Nama pun macam kena je tu.

    Berselera makan rendang berkuah dengan roti prata. Saya pun suka letak hirisan daun kunyit dalam rendang. Aroma tu membangkit selera.

    Wahh ada stok kimchi juga. Saya biasa beli di Mydin je. Beli bekas kecil untuk stok sorang. Husband tak suka. Campur dalam megi atau nasi goreng pun sodap!

    Ketumbar jawa orang kata buat ulam atau campur dalam masakan sedap. Tapi saya tak pernah makan. Nak juga tanam, kena cari benih dulu.

    Kaktus memang senang tanam dan hidup. Dia pandai berdikari sikit. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera kita memang kadang tukar2 kan. Adakala memang suka yang creamy.
      Daun kunyit memang sedap dalam rendang kan.
      Kimchi memang kena ada di rumah ni.
      Kami first time makan di Vietnam dulu, mula tak tahan tapi lama2 sedap.
      Moga subur kaktus ni.

      Delete
  23. Teringin juga leftover spaghetti di buat begini. Pernah juga saya buat jadi schotel. Sisa dari spaghetti Alfredo. Tp lebih seringnya spaghetti langsung habis kalo di sini kak 😅.


    Waah buat sendiri kimchi nya yaaa. Saya suka juga, tp tuhlah, LBH sering pesan dr teman hahahaha.

    Oh kalo dah banyak begitu dlm 1 pot, berarti di repot ke tempat lain yaaa. JD tahu pula cara pindahkan kaktus. Saya pun pikir bagaimana nak cabut dari tanah tanpa tertusuk 😅. Ternyata tarik saja.

    Gemas saya liat hewan2 yg menumpang makan di halaman kak Mulan. ❤️❤️. Sampai ada monyet. Suka kah dia dengan makanan kucing begitu .. atau dah lapar sangat JD tetap dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anak2 memang suka sangat spaghetti kan. Laku keras.😋😋
      Kimchi ini senang saja Fanny. Lagipun buat sikit2.
      Ya betul, aunty di nursery bagitau cabut saja kaktus dan tanam di pasu lain.
      Hehe sudah macsmrzoo.😍😍😍😍

      Delete
  24. SPAGHETTI FRITTATA PIZZA tu letak plak extra cheese mmg sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau extra cheese memang yummm.

      Delete
  25. ammi makanan jenis pasta ni kalau ada Kyra dan Khilfi kat rumah baru boleh masak. Jadi kenalah tunggu cuti sekolah. Si bongsu ni penggemar nasi, jadi apa pun keadaan dia nak juga rasa resepi melayu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com