Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Sunyi dah tiap hari kini. Habis dah beraya. Wedding pun hujung bulan nanti. Pasang TV je lah bagi riuh rumah sikit. Sambil buat kerja.
LEMANG PETAK
Asalnya beberapa minggu lepas, borak2 dengan mak dan cari resepi LAKSA PAHANG. Cari di TT, ada pulak lalu Lemang Petak. Wah nampak rare kan. Bila tengok details laa, dekat Kuantan je, di Bukit Rangin. On the way ke rumah mak je pun. Balik dari rumah mak, singgah beli.
Boleh Waze Lemang Petak.
Memang tak guna buluh. Mesin ditempah khas. Beli 2 bekas. 1 bekas RM21, ada 2 yang siap dipotong. Sedap lemak rasanya. Mak pun kata sedap. Dah 10 tahun beroperasi, kami baru tau. Beli lebih, simpan dalam freezer. Diorang jual sepanjang masa. Yang beku pun ada.
2 minggu lepas, kami repeat KEDAI KOPI ABI & BABA. Kedai yang BLOGGER SURIA AMANDA pernah singgah.
Awal kami datang, 7.20am. Kuih muih dan Nasi Lemak sudah ada. Sup Soto masih atas dapur, lagi 10 minit kata adik tu.
Deko kedai. Klasik.
Bahan2 SOTO. Tempe kacang tu, sampai bila kami dah habis makan Soto.
Hubby menunggu SOTO.
Macam biasa, kalah tengok KOCI. Alhamdulillah sedap, berlemak. Sebekas ada 4 biji, RM4. Mahal tapi tak pandai buat.
Imagine ya, cari/beli daun pisang, cuci dan lap, layur atas api. Masak inti kelapa. Adun doh tepung pulut. Masak santan kelapa. Bulat2 kan doh, letak inti, letak dalam daun pisang, curah santan, bungkus, kukus. Kukus kena panaskan air kukusan dulu. Aduiii baik lah beli kalau nak makan sikit2 tu.
Kopi O tiada gula. Combo favorite saya. Donut cicah Kopi O.
SOTO. Alhamdulillah sedap. Menu lain lambat sikit siap. Next time lah cuba. Siap makan, drop hubby di kaki BUKIT GALING. Dia hike sendiri sebab nak training pergi mana entah, lupa. Tapi masa hantar, dah ramai pun sama2 nak naik Bukit.
ON THE WAY KOPITIAM
Lalu banyak kali di sosial media. Cawangan kedua rupanya. Yang pertama di Kuala Terengganu. Ni weekend baru2 ni, Sabtu atau Ahad bila, lupa dah.
Saya order HO KAR SAI. Kopi + Koko + Milo rasanya. Sedap, tak manis.
Hubby order KOPI KTM. Sedap juga.
Simple je deko dan susun aturnya.
LAKSA KUAH MERAH
Sedap..!! Laksa Kuah Merah ni Laksa Terengganu. Kuah ikan. Macam nak sama LAKSA JOHOR atau LAKSA PAHANG. Tapi ada sikit beza rasanya.
Laksa dan kuah pekat, cukup rasanya.
Kami ke sini sebab buka 7am. Sampai kedai, memang dah ramai customer. Even Laksa pun dah ada. Siap makan, macam biasa komander suruh brisk walk. Kami ke TAMAN GELORA. Malas nak snap foto hari tu.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Specialnya lemang petok tu. Patut nampak cantik. Kalau bakar, mesti ada kerak keliling.
ReplyDeleteKedai kopi Abi dan Baba tu, sangat oldschool. Saya suka kedai kopi macam tu.
OMG. Nikmatnya, donut cicah kopi O! ^_^
Kami pun baru tau kewujudan lemang petak tu. Donut cicah Kopi O memang sedap kan. Kedai kopi old school nice kan.
Deleterare sangat lemang tu. bentuknya menarik.
ReplyDeleteFirst time try Alhamdulillah sedap
DeleteFirst time tengok lemang bentuk segi empat tu. Kalau ke Kuantan boleh la try cari kedai ni. Rasa macam nak bawak mak JJCM ke Kuantan hujung minggu ni tapi takut jem sebab long weekend 😅
ReplyDeleteDatang lah Kuantan Carneyz, tapi weekend ni kami di KL. Boleh try lemang petak better call to confirm buka atau tak.
DeleteMenariknya lemang petok tu dimodenkan tak bakar dalam buluh. Bestnya dapat mengopi kedai kopi camtu.
ReplyDeleteDah 10 tahun baru kami jumpa lemang ni. Kedai kopi tu lawa kan.
DeleteTakpernah jumpa lagi lemang petak ni
ReplyDeleteKami pun pertama kali makan lemang ni.
DeleteSangat menarik kedainya. Kemas.
ReplyDeleteMemang menarik
DeleteSedapnya lemang petak tu.terliur soto jugakk
ReplyDeleteAlhamdulillah memang. Soto pun sedap.
DeleteTak pernah rasa lemang petok....wow soto peberet ni
ReplyDeleteRasanya sedap lemak. Soto pun sedap
DeleteTu la..lemang bulat ada, lemang tiga segi pun ada..ni lemang petak pulak..lepas ni hexagon la pulak agaknya..
ReplyDeleteHehe kreatif kan orang Malaysia
Deletemenarik..kuih2 pun mcm sedap2 semuanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSedap semuanya...koci tu mahal tapi nak makan kena la beli...
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap. Betul, loci tu nak makan sikit je, kalau buat entah jadi ke tak
Deletewahhh 1st time tengok lemang petak wlpun dia dah beroperasi 10 tahun!
ReplyDeleteTu la, padahal dekat je rumah
Deleteooo patut laa boleh buat petak ada acuan khasnya sendiri rupanya...
ReplyDeleteYa ada acuan
Deletesedapnyaaa laksa kuah merah...
ReplyDeletekalau laa ada jual kat siniiii
Memang sedap
DeleteSenanglah Akk nak makan lemang all year round ye 😁
ReplyDeletePenjual lemang dari Perak di kejiranan kami ni elok habis Syawal tutup gerai. Mungkin dekat Raya Haji nanti muncul semula.
Alhamdulillah seronok tau lemang ni dekat rumah
DeleteSuami ajak pi Kuantan lagi..JJCM dan balik hari...hahaha...SA boleh gelak je dulu..macam x kuat mental kalau balik hari
ReplyDeleteKami ke KL Khamis baru ni balik hari hehe
DeleteAlhamdulillah, raya tahun ni team cikgu2 d sekolah gotong royong bakar lemang sama2 di sekolah. Dapat la juga makan sepotong dua.
ReplyDeleteWah seronok tu mesti meriah
DeleteKuih yang leceh-leceh tu beli siap lagi senang. Kadang kita bukan nak makan banyak pun.
ReplyDeletePenah makan laksa kuah merah dan putih mak mertua adik buat masa majlis bertandang. Sedap betullah. Tak jumpa lagi lepas tu.
Betul, takut buat tak jadi. Memang sedap laksa kuah merah ni,
DeletePaling menggoda lemang petak tu. First time tau kewujudan lemang petak. Soto dan laksa kuah merah itu bikin lapar di pagi hari. Macam kena pujuk family pi JJCM Kuantan nampak gayanya ni lepas baca post ini.
ReplyDeleteKami yg dekat pun barj tau. Soto dan laksa kuah merah tu memang sedap
DeleteLemang ini dah lamaaa sangat saya tak makan. Susah cari di JKT. Di Medan atau kampung saya Sibolga banyak. Memang nantilah nak puas2kan makan lemang saat mudik ke Medan june.
ReplyDeleteCantiiik deco kedai Abi dan baba. Klasik memang kak 👍
Saya pun utk kuliner yg memang saya tak pandai buat, better beli lah. Harga Rm4 msh murah. Drpd buat, banyak steps, habiskan waktu, habiskan gas atau listrik , hasil pun belum tentu sedap 🤣.
Aiiih laksa yaaa 😍😍😍. Sukaaa saya lihat platingnya dia. Kalo rasa mirip laksa Johor berarti saya blm coba samasekali. Masih penasaran pun dengan laksa Johor 🤣
Oh ya ke, kenapa kami tak jumpa di Medan hari tu.
DeleteMemang klasik design kedai nya.
Betul kalau tak pandai buat, baik lagi kita beli saja kan.
Tengok soto, rindunya nak makan soto di kampung. Balik raya hari tu tak sempat singgah makan.
ReplyDeleteMeriahnya semua menu.
Tumpang jamu mata lama-lama sikit di sini ye Mulan.
Laa kesian Kak Amie tak sempat makan Soto.. Memang meriah dan seronok ramai2 menjamu selera. Terima Kasih Kak Amie
DeleteUnik bentuk lemang tu Mulan. Laksa kuah merah Gannu tak pernah cuba lagi.
ReplyDeleteMemang unik first time jumpa. Laksa kuah merah Terengganu ni masa kami duduk Kerteh pun payah jumpa.
DeleteOoo baru tahu ada laksa pahang juga. Memang rare sungguh ni lemang petak. Only in Pahang gitu kan. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang jual lemang petak.
ReplyDeleteSoto, makanan favourite. Okay kedai ni pun boleh masuk dalam list JJCM.
Laksa Pahang ni dah lama tapi tak ramai tau. Lemang Petak kami pun first time jumpa.
Delete