Tuesday, May 06, 2025

JJCM & LEMANG PETAK (4 SEGI)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

Sunyi dah tiap hari kini. Habis dah beraya. Wedding pun hujung bulan nanti. Pasang TV je lah bagi riuh rumah sikit. Sambil buat kerja.

LEMANG PETAK
Asalnya beberapa minggu lepas, borak2 dengan mak dan cari resepi LAKSA PAHANG. Cari di TT, ada pulak lalu Lemang Petak. Wah nampak rare kan. Bila tengok details laa, dekat Kuantan je, di Bukit Rangin. On the way ke rumah mak je pun. Balik dari rumah mak, singgah beli. 


Boleh Waze Lemang Petak.



Memang tak guna buluh. Mesin ditempah khas. Beli 2 bekas. 1 bekas RM21, ada 2 yang siap dipotong. Sedap lemak rasanya. Mak pun kata sedap. Dah 10 tahun beroperasi, kami baru tau. Beli lebih, simpan dalam freezer. Diorang jual sepanjang masa. Yang beku pun ada.


2 minggu lepas, kami repeat KEDAI KOPI ABI & BABA. Kedai yang BLOGGER SURIA AMANDA pernah singgah. 


Awal kami datang, 7.20am. Kuih muih dan Nasi Lemak sudah ada. Sup Soto masih atas dapur, lagi 10 minit kata adik tu.





Deko kedai. Klasik.


Bahan2 SOTO. Tempe kacang tu, sampai bila kami dah habis makan Soto.


Hubby menunggu SOTO.


Macam biasa, kalah tengok KOCI. Alhamdulillah sedap, berlemak. Sebekas ada 4 biji, RM4. Mahal tapi tak pandai buat. 

Imagine ya, cari/beli daun pisang, cuci dan lap, layur atas api. Masak inti kelapa. Adun doh tepung pulut. Masak santan kelapa. Bulat2 kan doh, letak inti, letak dalam daun pisang, curah santan, bungkus, kukus. Kukus kena panaskan air kukusan dulu. Aduiii baik lah beli kalau nak makan sikit2 tu. 


Kopi O tiada gula. Combo favorite saya. Donut cicah Kopi O.


SOTO. Alhamdulillah sedap. Menu lain lambat sikit siap. Next time lah cuba. Siap makan, drop hubby di kaki BUKIT GALING. Dia hike sendiri sebab nak training pergi mana entah, lupa. Tapi masa hantar, dah ramai pun sama2 nak naik Bukit.


ON THE WAY KOPITIAM

Lalu banyak kali di sosial media. Cawangan kedua rupanya. Yang pertama di Kuala Terengganu. Ni weekend baru2 ni, Sabtu atau Ahad bila, lupa dah.


Saya order HO KAR SAI. Kopi + Koko + Milo rasanya. Sedap, tak manis.


Hubby order KOPI KTM. Sedap juga.


Simple je deko dan susun aturnya.


LAKSA KUAH MERAH
Sedap..!! Laksa Kuah Merah ni Laksa Terengganu. Kuah ikan. Macam nak sama LAKSA JOHOR atau LAKSA PAHANG. Tapi ada sikit beza rasanya.


Laksa dan kuah pekat, cukup rasanya. 


Kami ke sini sebab buka 7am. Sampai kedai, memang dah ramai customer. Even Laksa pun dah ada. Siap makan, macam biasa komander suruh brisk walk. Kami ke TAMAN GELORA. Malas nak snap foto hari tu.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

46 comments:

  1. Specialnya lemang petok tu. Patut nampak cantik. Kalau bakar, mesti ada kerak keliling.
    Kedai kopi Abi dan Baba tu, sangat oldschool. Saya suka kedai kopi macam tu.
    OMG. Nikmatnya, donut cicah kopi O! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun baru tau kewujudan lemang petak tu. Donut cicah Kopi O memang sedap kan. Kedai kopi old school nice kan.

      Delete
  2. rare sangat lemang tu. bentuknya menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time try Alhamdulillah sedap

      Delete
  3. First time tengok lemang bentuk segi empat tu. Kalau ke Kuantan boleh la try cari kedai ni. Rasa macam nak bawak mak JJCM ke Kuantan hujung minggu ni tapi takut jem sebab long weekend 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah Kuantan Carneyz, tapi weekend ni kami di KL. Boleh try lemang petak better call to confirm buka atau tak.

      Delete
  4. Menariknya lemang petok tu dimodenkan tak bakar dalam buluh. Bestnya dapat mengopi kedai kopi camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 10 tahun baru kami jumpa lemang ni. Kedai kopi tu lawa kan.

      Delete
  5. Takpernah jumpa lagi lemang petak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun pertama kali makan lemang ni.

      Delete
  6. Sangat menarik kedainya. Kemas.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lemang petak tu.terliur soto jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang. Soto pun sedap.

      Delete
  8. Tak pernah rasa lemang petok....wow soto peberet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sedap lemak. Soto pun sedap

      Delete
  9. Tu la..lemang bulat ada, lemang tiga segi pun ada..ni lemang petak pulak..lepas ni hexagon la pulak agaknya..

    ReplyDelete
  10. menarik..kuih2 pun mcm sedap2 semuanya...

    ReplyDelete
  11. Sedap semuanya...koci tu mahal tapi nak makan kena la beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Betul, loci tu nak makan sikit je, kalau buat entah jadi ke tak

      Delete
  12. wahhh 1st time tengok lemang petak wlpun dia dah beroperasi 10 tahun!

    ReplyDelete
  13. ooo patut laa boleh buat petak ada acuan khasnya sendiri rupanya...

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaa laksa kuah merah...
    kalau laa ada jual kat siniiii

    ReplyDelete
  15. Senanglah Akk nak makan lemang all year round ye 😁
    Penjual lemang dari Perak di kejiranan kami ni elok habis Syawal tutup gerai. Mungkin dekat Raya Haji nanti muncul semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok tau lemang ni dekat rumah

      Delete
  16. Suami ajak pi Kuantan lagi..JJCM dan balik hari...hahaha...SA boleh gelak je dulu..macam x kuat mental kalau balik hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ke KL Khamis baru ni balik hari hehe

      Delete
  17. Alhamdulillah, raya tahun ni team cikgu2 d sekolah gotong royong bakar lemang sama2 di sekolah. Dapat la juga makan sepotong dua.

    ReplyDelete
  18. Kuih yang leceh-leceh tu beli siap lagi senang. Kadang kita bukan nak makan banyak pun.
    Penah makan laksa kuah merah dan putih mak mertua adik buat masa majlis bertandang. Sedap betullah. Tak jumpa lagi lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, takut buat tak jadi. Memang sedap laksa kuah merah ni,

      Delete
  19. Paling menggoda lemang petak tu. First time tau kewujudan lemang petak. Soto dan laksa kuah merah itu bikin lapar di pagi hari. Macam kena pujuk family pi JJCM Kuantan nampak gayanya ni lepas baca post ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami yg dekat pun barj tau. Soto dan laksa kuah merah tu memang sedap

      Delete
  20. Lemang ini dah lamaaa sangat saya tak makan. Susah cari di JKT. Di Medan atau kampung saya Sibolga banyak. Memang nantilah nak puas2kan makan lemang saat mudik ke Medan june.

    Cantiiik deco kedai Abi dan baba. Klasik memang kak 👍

    Saya pun utk kuliner yg memang saya tak pandai buat, better beli lah. Harga Rm4 msh murah. Drpd buat, banyak steps, habiskan waktu, habiskan gas atau listrik , hasil pun belum tentu sedap 🤣.

    Aiiih laksa yaaa 😍😍😍. Sukaaa saya lihat platingnya dia. Kalo rasa mirip laksa Johor berarti saya blm coba samasekali. Masih penasaran pun dengan laksa Johor 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke, kenapa kami tak jumpa di Medan hari tu.
      Memang klasik design kedai nya.
      Betul kalau tak pandai buat, baik lagi kita beli saja kan.

      Delete
  21. Tengok soto, rindunya nak makan soto di kampung. Balik raya hari tu tak sempat singgah makan.
    Meriahnya semua menu.
    Tumpang jamu mata lama-lama sikit di sini ye Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa kesian Kak Amie tak sempat makan Soto.. Memang meriah dan seronok ramai2 menjamu selera. Terima Kasih Kak Amie

      Delete
  22. Unik bentuk lemang tu Mulan. Laksa kuah merah Gannu tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik first time jumpa. Laksa kuah merah Terengganu ni masa kami duduk Kerteh pun payah jumpa.

      Delete
  23. Ooo baru tahu ada laksa pahang juga. Memang rare sungguh ni lemang petak. Only in Pahang gitu kan. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang jual lemang petak.

    Soto, makanan favourite. Okay kedai ni pun boleh masuk dalam list JJCM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Pahang ni dah lama tapi tak ramai tau. Lemang Petak kami pun first time jumpa.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com