Wednesday, May 07, 2025

DIA TUMBUH. DIA DATANG.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

Asal pokok MONEY PLANT ni satu pasu je. Kawan di Kemaman bagi. Lepas PKP. Blogger AIN'T SUPERWOMAN (FA ATIP). Blognya dah kaku, lupa password katanya. Senang hidup dan membesar bagai juara, kita sangkut di pintu jugak, guna S hook. Jaring pada pintu, kes tupai masuk + anak monyet hampir masuk. Aihhh.


Pokok yang senang nak jaga. Tak siram seminggu dua pun tak apa kan.


Seronok tengok dah tumbuh yang kenit tu.


Pasu kecik, cucuk 4 batang hari tu. Tak tau nak panggil apa, anak pokok ke, tunas ke. Very the blurr dengan terms pokok2 ni.


Yang berlilit ni pun dah tumbuh Alhamdulillah. Hari tu macam nak mati, kekeringan.


Tak tau nak letak mama sebab makin panjang, gantung di pintu guna S hook. Bila makin panjang, potong di keratan dalam bukatan, cucuk je dalam tanah, bahagian berakar. Lepas potong yang hujung, boleh potong yang sebelah tu jugak, cucuk bahagian akar ke dalam tanah.


Yang ni pun boleh potong dan cucuk dalam tanah sebab ada akar kecik tu.


Terkini.


Terdahulu.


Membesar dengan jayanya.


Terkini.


Terdahulu. 


Terbaru


Terbaru.


Terbaru.


Terbaru.


Terdahulu. Bila makin membesar, diganti pasu pada yang lebih besar seperti foto2 terdahulu sebelumnya. 

Asalnya cactus ni kepunyaan arwah Tok. Mak dah letak luar pagar tepi tong sampah. Tak lah staff Alam Flora ambil dan buang. Masa tu, cactus ni 60% batangnya dah kering warna cokelat2 tu. Memang macam dah nazak. Alhamdulillah, tergerak hati nak bawa balik rumah. Tukar pasu baru, guna tanah cactus sikit2, guna baja cactus beli di nursery. Alhamdulillah elok segar bugar sampai kena tukar pasu besar dan tanam lain.


3 Cactus yang lain yang di tengah2 tu, baru beli dan diganti pasu lebih besar. Yang lain2 tu, hasil dari yang patah2 dari pokok asal. Troli dalam rumah yang lama tak guna ni, kita guna lah untuk cactus. 


Yang ni di sebelahnya. Dulu2 letak di belakang dapur, bawah atap. Hidup nya segan, mati tak mau. Anak solehah kata kena bagi cahaya matahari. So transfer tepi porch, yang dapat sipi2 mentari dan hujan. Alhamdulillah elok suburnya.


Cactus ni senang jaga sebab tak perlu siram selalu kan.


Yang ni pun, antara yang asalnya patah, kecik sejengkal je. Sekarang dah 3 jengkal.


Belakang dapur ni, stesen makan untuk kucing yang lalu lalang. Kami tiada kucing. Pagi2 day mengiau minta makanan. Tak tau kucing siapa. Ada yang ada collar. Ada yang tak. Tapi kucing bersih cantik2.


Ada hari, dia datang dulu atau dia halau kucing. Dia yang makan.


Kadang bawa kawan. Habis licin.


Ada hari dia ni yang datang. Kadang duduk jauh2 tunggu giliran agaknya.


Yang ni, kes pagi tadi.


Si dia ni jugak ada menempel makan. Jangan sakit perut sudah lah. 


Last but not least, yang paling geram si tupai ni lah. Dah dapat makan, dibuang nya merata lantai luar rumah. Porch depan pun dibuangnya. Snap foto dari jauh, tak dapat yang terang. 

Sharing is caring, kata orang Kuantan. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

56 comments:

  1. Masa kecik dulu suka tanam kaktus. Banyak pasu jugak tanam. Lepas tu tak ingat camne boleh stop rasanya lama2 mati kot pokok kaktus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah jugak tanam tapi semua tak jadi.

      Delete
  2. Segar-bunga je tanaman hijau kak... banyak sgt kaktus suka tgk

    Comel je siput tu sekali menumpang kenduri dgn si meow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cactus makin besar, antara sebab kena transfer ke pasu lain,

      Delete
  3. Pokok money plant tu sgt senang membiak..pelik plak kenapa dinamakan money plant🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang kan, tapi yang duli dah mati.

      Delete
  4. Seger buger ye Kak pokok² Akk...
    Macam² haiwan ye datang menumpang rezeki. Monyet tu kalau tak buat kacau takpelah kan. Takut kalau jenis yg agresif tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. .Betul Kak Amie, kadang elok tutprmulit, kalau makanan habis meybe

      Delete
  5. Cantiknya semua kaktus tuh. Tangan hijau juga Mulan ni ye. Tanam apa semua menjadi. Setakat ni memang money plant aje la yang hidup di tangan KSarie nih ha. Pokok lidah buaya pun mampuih huhuhuhu. Dalam banyak-banyak binatang yang datang makan tuh, teruja tengok siput babi pun terlibat sekali. Udah jadi macam Snow White Mulan ni ye. Banyak binatang sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok suburnya. Money plant memang senang jaga kan. Siput tu sama nak makan, tapi habis pokok kita diusikanya.

      Delete
  6. Wah sejuk tangan. Semua hidup subur pokoknya. geram tang monyet tu. Dia boleh bawak rombongan kalau datang satu famili gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pokok2 pun yg senang jaga. Monyet tu memang satu keluarga datangnya.

      Delete
  7. Memang dingiiiiin tangan kak Mulan, semua tumbuh membesar tanamannya 😍😍👍. Jadi ingat mama dulu sukaaa juga pelihara tanaman. Subur2. Kalo saya macam tak sabar nak jaga 🤣. Kaktus pun mati waktu itu.

    Ya Allah aneka macam yg menumpang makan di sana yaaa 🤣🤣🤣. Sampai ada siput juga 😅😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Money plant dan cactus memang agak senang dijaga. Cactus perlu matahari, sebelum ni di bawah porch agak lambat suburnya.

      Haha 😆 iya Siput pun ada.

      Delete
  8. eh...tertawa pulak tengok si siput babi tu...dia pun makan juga ya..
    linda pun ada juga kaktus tu, penuh dah pasu, tak sempat nak diapakan...
    pokok menjalar tu, jangan bagi dia manjat dinding, nanti nampak kesan batang dia mencengkam dinding tu, tak cantik nanti dinding tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nak jugak menyelit siput tu. Nanti free2 memang nak kena settle kan cactus yg dah sarat sangat dalam pasu tu. Oh ya ke, nanti lekat pada dinding ya. Thanks for sharing ya Linda,

      Delete
  9. Pokok/tanam tanaman kalau dapat kat tangan saya samada layu, mati atau hancur..panas kata orang tua2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni macam tu jugak. Alhamdulillah money plant dan cactus agak senang jaga.

      Delete
  10. hahahaha.....ada hati jugak si siput bab* nak menempel makanan kucing...ada gigi ke nak kunyah....ahahaha..

    ReplyDelete
  11. Semua nak merasa makanan meow tu...sedap kot...

    ReplyDelete
  12. Betul, senang bela money plant. Kita tinggal seminggu pun elok je. Saya ada dua jenis tanam kat rumah ni. Hajat nak bela macam-macam jenis money plant.

    Geli hati tengok…siput pun join makan sekali ya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak jugak money jenis lain. Hehe siput tu sama pagi2 lapar. 😆😆

      Delete
  13. SA antara yang suka cactus tapi x pandai jaga...habis mati semua...ntah bila la nak start semula..aloe vera elok plak gemuk2 kat rumah tu..ngan pokok lidah mertua tu...apa ke nama dia ntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cactus ni nak kena letak tempat yg sipi2 dapat matahari. Ni pun nak cari aloe vera jugak.

      Delete
  14. wahhh seronok membesar elok semuanya hijau! ewahh siput, tupai pon join hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pokok senang jaga, hehe siput lapar.

      Delete
  15. kita suka pokok first tuuu...
    nak tanam dkt dlm opis ni tak buat2 lagiii...
    kelakar la..ada mcm2 haiwan dtg..silih berganti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Money plant tu senang jaga Nieyl. Semua tu lapar pagi2 kan.

      Delete
  16. My mom kalau sampai rumah Kak Mulan ni mau berjam2 melekat belek2 pokok kat rumah 🤭 btw saya plan nak bawak mak saya ke Kuantan Ahad-Isnin ni Insha Allah. Nak try la kedai2 makan yg kak Mulan update dekat blog akak ni 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit je ni Carneyz. Datang la Kuantan, cuti Wesak kan tapi kami balik Putrajaya ada hal. Try la kedai2 lain pun banyak. 😍😍

      Delete
  17. Money plant tu memang mudah hidup, mudah jaga dulu rajin tanam kat pejabat. Cantik semua pokok kaktus akak, dana takde bakat tanam kaktus la kak tak tau nape. Ramai yang menumpang rezeki kat rumah akak, siput babi pun ada ye, dia tak bedal pokok akak sbb ada duri dia makan makanan kucing lak heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah money plant ni elok hidup. Senang jaga kan. Kaktus tu kena letak tempat yg dapat sipi2 mentari baru elok. Guna tanah kaktus. Hehe lapar semua tu datang makan.

      Delete
  18. Meriah betul. Mesti hari-hari diorang nak makan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing dan monyet memang nampak datang tiap hari hehe.

      Delete
  19. hahah kelakar pulak tgok haiwan2 datang nyinggah makan, macam2 jenis ada ye xD
    monyet pun balun je makanan kucing eh.. harap tk sakit perutlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar tu hehe datang breakfast pagi2

      Delete
  20. Alhamdulillah.
    Dia datang ambil rezeki, dia pergi tinggalkan rezeki.
    Banyak jenis tetamunya ye Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga tak kacau la pokok2 kat rumah ni sbb dah kenyang makan.

      Delete
  21. Cantik pulak tengok pokok kaktus yang bulat2 debab tu. Kalau dekat, mahu ku merengek nak sepokok dua.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok tumbuhnya. Boleh je In syaa Allah 😁

      Delete
  22. Rumah akak jadi RNR laaa.. hehehe
    Cuya pon nak cuba tanam pokok kak Tot bagi
    Tak tanam lagi, tkthu ler menjadi ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe datang lah. Seronok pulak sekarang menanam ni tau.

      Delete
  23. Ya siput dan tupai pun join sekali. Kekadang burung makan makanan meow ni. Ada bagi makan kat seekor meow yang selalu ada kat kawasan rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe makan lah sama asal jangan basuh.

      Delete
  24. Saya baru nak berjinak-jinak tanam kaktus. Baru beli dua pasu, kecik je.
    Seronok tengok yang siput khinzir pun makan catfood. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaktus ni rupanya bila letak di tempat sipi2 dapat matahari, lagi subur hidup nya.
      Hehe siput tu jgn sakit perut dah lah.

      Delete
  25. cik mo tu kemain lagi yaa bersantap...
    masuk rumah orang dah beri salam ke tak tu
    hahahha

    ReplyDelete
  26. sama macam kat rumah kg...pokok money plant tu dah kemain tinggi menjalarnya...rs nya ms blk raya hari tu kemetot lagi hahaha

    ReplyDelete
  27. Masyaallah... cantik-cantik pokok kaktus tu bila disusun begitu.
    Walau ia pokok biasa tapi bila duduk di tempat yang bagus auto jadi exclusive.
    Curlass betul tupai dan siput sekarang... dah jadi omnivor eh.
    Pasti makanan kucing tu dari ikan atau daging kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga terus elok tumbuh nya.
      Haha tupai dan siput zaman modem ni. Tak pulak sakit perut tu.

      Delete
  28. Pothos ni saya tanam buat hiasan dalam rumah, guna clayball tak guna tanah. Hanya perlu topup air je bila kering. Kadang sebulan sekali topup air. Macam kaktus juga senang jaga. Yang diluar kalau lebih seminggu tak siram pun masih galak tumbuh.

    Eh eh siput pun ada singgah. Macam-macam haiwan ada datang singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni masa duduk Vietnam tanam dalam rumah guna air juga. Memang elok tumbuh. Sekarang baru nak tanam semula. Senang jaga kan. Siput pun nak join jugak tu.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com