Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Asal pokok MONEY PLANT ni satu pasu je. Kawan di Kemaman bagi. Lepas PKP. Blogger AIN'T SUPERWOMAN (FA ATIP). Blognya dah kaku, lupa password katanya. Senang hidup dan membesar bagai juara, kita sangkut di pintu jugak, guna S hook. Jaring pada pintu, kes tupai masuk + anak monyet hampir masuk. Aihhh.
Pokok yang senang nak jaga. Tak siram seminggu dua pun tak apa kan.
Seronok tengok dah tumbuh yang kenit tu.
Pasu kecik, cucuk 4 batang hari tu. Tak tau nak panggil apa, anak pokok ke, tunas ke. Very the blurr dengan terms pokok2 ni.
Yang berlilit ni pun dah tumbuh Alhamdulillah. Hari tu macam nak mati, kekeringan.
Tak tau nak letak mama sebab makin panjang, gantung di pintu guna S hook. Bila makin panjang, potong di keratan dalam bukatan, cucuk je dalam tanah, bahagian berakar. Lepas potong yang hujung, boleh potong yang sebelah tu jugak, cucuk bahagian akar ke dalam tanah.
Yang ni pun boleh potong dan cucuk dalam tanah sebab ada akar kecik tu.
Terkini.
Terdahulu.
Membesar dengan jayanya.
Terkini.
Terdahulu.
Terbaru
Terbaru.
Terbaru.
Terbaru.
Terdahulu. Bila makin membesar, diganti pasu pada yang lebih besar seperti foto2 terdahulu sebelumnya.
Asalnya cactus ni kepunyaan arwah Tok. Mak dah letak luar pagar tepi tong sampah. Tak lah staff Alam Flora ambil dan buang. Masa tu, cactus ni 60% batangnya dah kering warna cokelat2 tu. Memang macam dah nazak. Alhamdulillah, tergerak hati nak bawa balik rumah. Tukar pasu baru, guna tanah cactus sikit2, guna baja cactus beli di nursery. Alhamdulillah elok segar bugar sampai kena tukar pasu besar dan tanam lain.
3 Cactus yang lain yang di tengah2 tu, baru beli dan diganti pasu lebih besar. Yang lain2 tu, hasil dari yang patah2 dari pokok asal. Troli dalam rumah yang lama tak guna ni, kita guna lah untuk cactus.
Yang ni di sebelahnya. Dulu2 letak di belakang dapur, bawah atap. Hidup nya segan, mati tak mau. Anak solehah kata kena bagi cahaya matahari. So transfer tepi porch, yang dapat sipi2 mentari dan hujan. Alhamdulillah elok suburnya.
Cactus ni senang jaga sebab tak perlu siram selalu kan.
Yang ni pun, antara yang asalnya patah, kecik sejengkal je. Sekarang dah 3 jengkal.
Belakang dapur ni, stesen makan untuk kucing yang lalu lalang. Kami tiada kucing. Pagi2 day mengiau minta makanan. Tak tau kucing siapa. Ada yang ada collar. Ada yang tak. Tapi kucing bersih cantik2.
Ada hari, dia datang dulu atau dia halau kucing. Dia yang makan.
Kadang bawa kawan. Habis licin.
Ada hari dia ni yang datang. Kadang duduk jauh2 tunggu giliran agaknya.
Yang ni, kes pagi tadi.
Si dia ni jugak ada menempel makan. Jangan sakit perut sudah lah.
Last but not least, yang paling geram si tupai ni lah. Dah dapat makan, dibuang nya merata lantai luar rumah. Porch depan pun dibuangnya. Snap foto dari jauh, tak dapat yang terang.
Sharing is caring, kata orang Kuantan.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Masa kecik dulu suka tanam kaktus. Banyak pasu jugak tanam. Lepas tu tak ingat camne boleh stop rasanya lama2 mati kot pokok kaktus tu.
ReplyDeleteDulu pernah jugak tanam tapi semua tak jadi.
DeleteSegar-bunga je tanaman hijau kak... banyak sgt kaktus suka tgk
ReplyDeleteComel je siput tu sekali menumpang kenduri dgn si meow
Cactus makin besar, antara sebab kena transfer ke pasu lain,
DeletePokok money plant tu sgt senang membiak..pelik plak kenapa dinamakan money plant🤣🤣🤣
ReplyDeleteMemang senang kan, tapi yang duli dah mati.
DeleteSeger buger ye Kak pokok² Akk...
ReplyDeleteMacam² haiwan ye datang menumpang rezeki. Monyet tu kalau tak buat kacau takpelah kan. Takut kalau jenis yg agresif tu
.Betul Kak Amie, kadang elok tutprmulit, kalau makanan habis meybe
DeleteCantiknya semua kaktus tuh. Tangan hijau juga Mulan ni ye. Tanam apa semua menjadi. Setakat ni memang money plant aje la yang hidup di tangan KSarie nih ha. Pokok lidah buaya pun mampuih huhuhuhu. Dalam banyak-banyak binatang yang datang makan tuh, teruja tengok siput babi pun terlibat sekali. Udah jadi macam Snow White Mulan ni ye. Banyak binatang sayang.
ReplyDeleteAlhamdulillah elok suburnya. Money plant memang senang jaga kan. Siput tu sama nak makan, tapi habis pokok kita diusikanya.
DeleteWah sejuk tangan. Semua hidup subur pokoknya. geram tang monyet tu. Dia boleh bawak rombongan kalau datang satu famili gitu.
ReplyDeleteAlhamdulillah pokok2 pun yg senang jaga. Monyet tu memang satu keluarga datangnya.
DeleteMemang dingiiiiin tangan kak Mulan, semua tumbuh membesar tanamannya 😍😍👍. Jadi ingat mama dulu sukaaa juga pelihara tanaman. Subur2. Kalo saya macam tak sabar nak jaga 🤣. Kaktus pun mati waktu itu.
ReplyDeleteYa Allah aneka macam yg menumpang makan di sana yaaa 🤣🤣🤣. Sampai ada siput juga 😅😅.
Money plant dan cactus memang agak senang dijaga. Cactus perlu matahari, sebelum ni di bawah porch agak lambat suburnya.
DeleteHaha 😆 iya Siput pun ada.
eh...tertawa pulak tengok si siput babi tu...dia pun makan juga ya..
ReplyDeletelinda pun ada juga kaktus tu, penuh dah pasu, tak sempat nak diapakan...
pokok menjalar tu, jangan bagi dia manjat dinding, nanti nampak kesan batang dia mencengkam dinding tu, tak cantik nanti dinding tu
Hehe nak jugak menyelit siput tu. Nanti free2 memang nak kena settle kan cactus yg dah sarat sangat dalam pasu tu. Oh ya ke, nanti lekat pada dinding ya. Thanks for sharing ya Linda,
DeletePokok/tanam tanaman kalau dapat kat tangan saya samada layu, mati atau hancur..panas kata orang tua2..
ReplyDeleteSebelum ni macam tu jugak. Alhamdulillah money plant dan cactus agak senang jaga.
Deletehahahaha.....ada hati jugak si siput bab* nak menempel makanan kucing...ada gigi ke nak kunyah....ahahaha..
ReplyDeleteTu lah sama2 nak menempel kan.
DeleteSemua nak merasa makanan meow tu...sedap kot...
ReplyDeleteHehe pagi2 memang lapar
DeleteBetul, senang bela money plant. Kita tinggal seminggu pun elok je. Saya ada dua jenis tanam kat rumah ni. Hajat nak bela macam-macam jenis money plant.
ReplyDeleteGeli hati tengok…siput pun join makan sekali ya 😂
Nampak jugak money jenis lain. Hehe siput tu sama pagi2 lapar. 😆😆
DeleteSA antara yang suka cactus tapi x pandai jaga...habis mati semua...ntah bila la nak start semula..aloe vera elok plak gemuk2 kat rumah tu..ngan pokok lidah mertua tu...apa ke nama dia ntah..
ReplyDeleteCactus ni nak kena letak tempat yg sipi2 dapat matahari. Ni pun nak cari aloe vera jugak.
Deletewahhh seronok membesar elok semuanya hijau! ewahh siput, tupai pon join hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah pokok senang jaga, hehe siput lapar.
Deletekita suka pokok first tuuu...
ReplyDeletenak tanam dkt dlm opis ni tak buat2 lagiii...
kelakar la..ada mcm2 haiwan dtg..silih berganti hehehe
Money plant tu senang jaga Nieyl. Semua tu lapar pagi2 kan.
DeleteMy mom kalau sampai rumah Kak Mulan ni mau berjam2 melekat belek2 pokok kat rumah 🤭 btw saya plan nak bawak mak saya ke Kuantan Ahad-Isnin ni Insha Allah. Nak try la kedai2 makan yg kak Mulan update dekat blog akak ni 😃
ReplyDeleteSikit je ni Carneyz. Datang la Kuantan, cuti Wesak kan tapi kami balik Putrajaya ada hal. Try la kedai2 lain pun banyak. 😍😍
DeleteMoney plant tu memang mudah hidup, mudah jaga dulu rajin tanam kat pejabat. Cantik semua pokok kaktus akak, dana takde bakat tanam kaktus la kak tak tau nape. Ramai yang menumpang rezeki kat rumah akak, siput babi pun ada ye, dia tak bedal pokok akak sbb ada duri dia makan makanan kucing lak heheheh
ReplyDeleteAlhamdulillah money plant ni elok hidup. Senang jaga kan. Kaktus tu kena letak tempat yg dapat sipi2 mentari baru elok. Guna tanah kaktus. Hehe lapar semua tu datang makan.
DeleteMeriah betul. Mesti hari-hari diorang nak makan situ.
ReplyDeleteKucing dan monyet memang nampak datang tiap hari hehe.
Deletehahah kelakar pulak tgok haiwan2 datang nyinggah makan, macam2 jenis ada ye xD
ReplyDeletemonyet pun balun je makanan kucing eh.. harap tk sakit perutlah
Lapar tu hehe datang breakfast pagi2
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteDia datang ambil rezeki, dia pergi tinggalkan rezeki.
Banyak jenis tetamunya ye Mulan.
Alhamdulillah moga tak kacau la pokok2 kat rumah ni sbb dah kenyang makan.
DeleteCantik pulak tengok pokok kaktus yang bulat2 debab tu. Kalau dekat, mahu ku merengek nak sepokok dua.. hehehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah elok tumbuhnya. Boleh je In syaa Allah 😁
DeleteRumah akak jadi RNR laaa.. hehehe
ReplyDeleteCuya pon nak cuba tanam pokok kak Tot bagi
Tak tanam lagi, tkthu ler menjadi ke tak
Hehe datang lah. Seronok pulak sekarang menanam ni tau.
DeleteYa siput dan tupai pun join sekali. Kekadang burung makan makanan meow ni. Ada bagi makan kat seekor meow yang selalu ada kat kawasan rumah ni.
ReplyDeleteHehe makan lah sama asal jangan basuh.
DeleteSaya baru nak berjinak-jinak tanam kaktus. Baru beli dua pasu, kecik je.
ReplyDeleteSeronok tengok yang siput khinzir pun makan catfood. :D
Kaktus ni rupanya bila letak di tempat sipi2 dapat matahari, lagi subur hidup nya.
DeleteHehe siput tu jgn sakit perut dah lah.
cik mo tu kemain lagi yaa bersantap...
ReplyDeletemasuk rumah orang dah beri salam ke tak tu
hahahha
Lapar tu.
Deletesama macam kat rumah kg...pokok money plant tu dah kemain tinggi menjalarnya...rs nya ms blk raya hari tu kemetot lagi hahaha
ReplyDeleteSenang hidup kan.
DeleteMasyaallah... cantik-cantik pokok kaktus tu bila disusun begitu.
ReplyDeleteWalau ia pokok biasa tapi bila duduk di tempat yang bagus auto jadi exclusive.
Curlass betul tupai dan siput sekarang... dah jadi omnivor eh.
Pasti makanan kucing tu dari ikan atau daging kan 😁
Alhamdulillah moga terus elok tumbuh nya.
DeleteHaha tupai dan siput zaman modem ni. Tak pulak sakit perut tu.
Pothos ni saya tanam buat hiasan dalam rumah, guna clayball tak guna tanah. Hanya perlu topup air je bila kering. Kadang sebulan sekali topup air. Macam kaktus juga senang jaga. Yang diluar kalau lebih seminggu tak siram pun masih galak tumbuh.
ReplyDeleteEh eh siput pun ada singgah. Macam-macam haiwan ada datang singgah.
Sebelum ni masa duduk Vietnam tanam dalam rumah guna air juga. Memang elok tumbuh. Sekarang baru nak tanam semula. Senang jaga kan. Siput pun nak join jugak tu.
Delete