Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Throwback trip ke Turkiye pada December 2022. Lembap betul nak update. Simpan sini untuk memori.
Lepas check out, anak solehah ajak ke ASANSOR. Historical Elevator Building.
Jalan2 berdekatan hotel dulu.
Sedapnya, tapi dah kenyang.
Dah sampai. Kena naik lif dari bawah. Nak snap foto dalam lif tapi lupa.
Alhamdulillah cuaca cantik. Lawa view.
Subhanallah. Saujana mata memandang.
Asansör (Bahasa Turki untuk "lif", berasal daripada perkataan Perancis ascenseur) ialah sebuah bangunan bersejarah di suku Karataş İzmir, dalam sempadan daerah metropolitan Konak. Ia dibina pada tahun 1907 sebagai kerja perkhidmatan awam oleh seorang bankir dan pedagang Yahudi yang kaya pada zaman itu, Nesim Levi Bayraklıoğlu, untuk memudahkan laluan dari garis pantai sempit Karataş ke lereng bukit, lif di dalam bangunan berfungsi untuk membawa orang ramai. dan barang melalui tebing curam antara dua bahagian suku itu. (Wikipedia)
Itu lah lif nya. Nak kena beratur. Tapi Alhamdulillah tak ramai orang. Maybe pagi sangat kot.
Suka sangat tangga ni.
Cosy je kedai kopi tepi jalan ni.
Not sure kerusi untuk guna atau saja dilambakkan. Kreatif jugak.
Banyak R&R di highway macam di Malaysia jugak. Kami suka ke toilet & beli coffee dimstesen minyak. Toilet di Turkiye ni, semua bersih.
Check in hotel di BURSA. Book 1 bilik untuk 4 orang. Tapi staff hotel kata bilik banyak kosong. Dia bagi 2 bilik, connecting. Alhamdulillah.
Siap solat Zohor & Asar, macam biasa keluar cari makan. Late lunch.
Tavuk Chicken kot nama nya. Sedappppp sangat. Alhamdulillah.
ISKENDER DONER. Makanan tersohor di BURSA. Bawah sekali tu roti pita dipotong kecil. Atas roti pita diletak sos macam kuah tomato. Atas sekali hirisan daging berempah local yang sangat sedap. Kalau tengok resepi, butter dicairkan dan dicurah atas daging. Makan dengan yogurt/sour cream. Memang sedap.
Kofte Daging.
KOFTELI ISKENDER. Macam2 nama tapi semua sedap sangat Alhamdulillah.
Banyak kedai makan Kofte.
BURSA LONG BAZAAR.
Ia adalah bahagian tertua Bursa Bazaar. Bermula dari pintu utara Koza Inn dan menjangkau ke Tuz Marketplace di timur, Bazaar adalah salah satu bazar paling aktif di Bursa. Ia telah dipanggil Long Bazaar sejak separuh pertama abad ke-15. Evliya Çelebi menyatakan bahawa terdapat 9000 kedai di Long Bazaar. Sebelum ini terdapat peniaga kain dan kedai pelbagai di bazar namun hari ini kebanyakannya terdapat peniaga sedia pakai. (gotobursadotcom)
Turkish Candy. Manis tapi sedap sebab diletak jugak lemon.
TUZPAZARI CARSISI @ SALT MARKET.
Terkenal dengan jualan garam pada ketika dulu. Tapi kini macam2 barangan dijual daripada makanan, pakaian dan lain2.
KAPALI CARSISI BURSA. The Covered Market.
Indoor market. Antara pasar tertua. Berhampiran GREAT MOSQUE (ULU CAMI).
Jalan2 je window shopping. Tak ada yang nak dibeli.
Selesai di dalam, kami jalan2 di luar.
GRAND MOSQUE BURSA
Bahasa Turki: Bursa Ulu Camii, ialah sebuah masjid bersejarah di Bursa, Turki. Ia telah ditugaskan oleh Sultan Uthmaniyyah Bayezid I untuk memperingati kemenangan besar baginda di Pertempuran Nicopolis dan dibina antara 1396 dan 1399. Masjid ini merupakan monumen utama seni bina awal Uthmaniyyah dan salah satu masjid terpenting di bandar ini, terletak di pusat bandar lama di samping pasar bersejarahnya. (Wikipedia)
Di luar perkarangan masjid.
Main northern entrance ke masjid.
Skylight yang terletak betul2 di atas kolam air pancut.
Panoramic interior di dalam masjid.
Kaligrafi pada dinding masjid.
SADIRVAN. Kolam air pancut, dibina dulu2 untuk minum atau wuduk.
SADIRVAN. Kolam air pancut di luar masjid.
Kami jalan2 lagi ke pasar.
Persimmon yang disalut tepung kot, warna putih tu, seakan dikeringkan. Memang sedap. Kami beli bawa balik. Simpan dalam freezer tahan lebih lama. Kurma banyak di Malaysia tapi ada yang sedap di Turkiye.
Macam biasa kami akan shopping rempah ratus. Hubby beli cili kering yang bergantung tu. Panaskan dalam air fryer, memang crispy sedap makan dengan pasta dll.
Fresh semua.
Candy macam2 jenis. Beli sikit2 je.
Suasana malam di Bursa dari tingkap bilik hotel.
Good night Bursa.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Istanbul - Ankara : 450km
Ankara - Cappadocia: 350km
Cappadocia - Konya: 280km
Konya - Antalya: 300km
Antalya - Pamukkale: 240km
Pamukkale - Izmir : 250km
Izmir - Bursa : 350km
TOTAL : 2300km
I thoroughly enjoy all your beautiful photos. I did indeed.
ReplyDeleteEspecially yang kerusi berlambak tu :). That one was so totally random and unexpected.
Syed: Oh thank you so much :)
ReplyDelete