Thursday, March 16, 2023

DAY 12 : BYE BYE ISTANBUL, TURKIYE

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Moga semua sihat ceria sentiasa.


Hari terakhir di Turkiye. Sedih jugak rasa. 


Breakfast yang tak banyak choice namun sedap & mengenyangkan. Telur boleh mintak lagi kalau tak cukup. Semua pun boleh mintak lagi. Alhamdulillah memang kenyang sangat.


Sunrise dari roof terrace, tempat breakfast.


My dua anak soleh solehah.


Kena check out terus sebab nak jalan2. Hotel fully booked, diorang tak dapat nak bagi late check out tapi owner baik sangat. Semua bag terus dalam kereta. Parking free je depan hotel. Flight kami 9pm. Plan 4pm gerak ke airport. So before tu jalan2 Istanbul lagi.


TOPKAPI PALACE
Juga dikenali sebagai istana gerbang meriam ialah sebuah muzium besar di timur daerah Fatih di Istanbul di Turki. Dari tahun 1460-an hingga siapnya Istana Dolmabahçe pada tahun 1856, ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran Empayar Uthmaniyyah, dan merupakan kediaman utama sultan-sultannya. (Wikipedia)


Seriously besar tak terkata.
















Acuan jelly. Macam Nordic Bundt Pan.






THE GATE OF SALUTATION 
Pintu masuk ke halaman Kedua Istana Topkapı. 


Tak tertulis sejarah semua tempat. 2-3 jam jugak di Topkapi Palace ni. Till later, moga dapat kembali ke Turkiye. Insya Allah.


Last day ni 31/12/2022. Esoknya 1/1/2023 birthday hubby. So kita belanja birthday boy.




Chicken Kapama Rice dalam claypot berapi. 


Alhamdulillah last Turkish meal.


Happy Birthday dear suami.


THE NEW MOSQUE (YENI CAMI MOSQUE)
 (Bahasa Turki: Yeni Cami, pada asalnya dinamakan Masjid Sultan Valide, Bahasa Turki: Valide Sultan Camii) dan kemudian Masjid Sultan Valide Baru (Bahasa Turki: Yeni Valide Sultan Camii) selepas pembinaan semula separa dan siap antara 1660 dan 1665, adalah sebuah masjid empayar Uthmaniyyah yang terletak di suku Eminönü di Istanbul, Turki. Ia terletak di Golden Horn, di hujung selatan Galata Bridge. Masjid adalah contoh zaman Kesultanan Wanita di Empayar Uthmaniyyah. (Wikipedia)




SPICE BAZAAR
Salah satu bazar terbesar di bandar ini. Terletak di suku Eminönü di daerah Fatih, ia merupakan kompleks beli-belah berbumbung yang paling terkenal selepas Grand Bazaar.


Terdapat dokumen lama, menamakannya "Bazar Baharu". Kemudian ia mendapat namanya "Bazaar Mesir" kerana ia dibina dengan hasil daripada eyalet Uthmaniyyah Mesir pada tahun 1660. Perkataan mısır mempunyai makna ganda dalam bahasa Turki: "Mesir" dan "jagung". Kadang diterjemah sebagai "Bazar Jagung". Bazar itu (dan masih menjadi) pusat perdagangan rempah di Istanbul, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini kedai jenis lain secara beransur-ansur menggantikan penjual rempah.

Bangunan itu sendiri adalah sebahagian daripada külliye (kompleks) Masjid Baru. Hasil yang diperoleh daripada kedai-kedai yang disewa di dalam bangunan bazar digunakan untuk penyelenggaraan masjid. (Wikipedia)


Bermacam jenis manisan.



Geram aiihh tengok semua ni.


Di luar SPICE BAZAAR.



Diperbuat daripada ceramic. Cantik. Fragile. Tak beli.


Almost 4pm. Kena berangkat ke airport segera.


Alhamdulillah. Stop di stesen minyak. Isi minyak & solat. 


Laluan untuk drop kereta sewa.
 

Thank you 34FCS 969 for being with us selama 12 awesome days. Alhamdulillah kereta semua clear. 


Naik lif to departure level. Sampai ke rooftop parking lot rupanya. Alhamdulillah elok sangat sambil tengok sunset boleh sort & kemas saki baki barang jalan2 last day dalam luggage bag.


Wowww Subhanallah. Sunset yang cantik mengiringi kami untuk meninggalkan bumi Turkiye. Will come back Insya Allah.


Istanbul International Airport


Siap drop bag, jalan2 cuci mata.


Insya Allah moga dapat kembali ke Turkiye.


Alhamdulillah smooth road trip. Smooth semuanya. Alhamdulillah syukur. 

Istanbul - Ankara : 500km
Ankara - Cappadocia: 400km
Cappadocia - Konya: 300km
Konya - Antalya: 300km
Antalya - Pamukkale: 250km
Pamukkale - Izmir : 250km
Izmir - Bursa : 400km
Bursa - Istanbul : 200km

TOTAL : 2700km + 200km jalan sana sini. Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Hampir 3,000 km. Fuh…puas pusing Turkiye. Seronoknya!

    Seronok baca dan membelek gambar trip puan sekeluarga.
    Banyak lagi yang saya belum baca, insyaAllah nanti nak ambik masa baca satu persatu.

    ReplyDelete
  2. Ujie: Terima kasih Ujie singgah baca :)

    ReplyDelete
  3. wahh ramainyer dh pergi turki., hehehe

    salam ramadhan almubarak., aminn

    ReplyDelete
  4. bestnya. bila la dapat pergi :')

    ReplyDelete
  5. Wak Lat: Alhamdulillah sampai kami ke bumi Turkiye ni. Terima kasih singgah sini.

    Sarah: insya Allah Sarah sampai nanti

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com