Monday, March 13, 2023

DAY 11 : BURSA - ISTANBUL, TURKIYE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Throwback trip ke Turkiye pada December 2022 lepas. 


Dah hampir ke penghujung percutian.



Breakfast di Bursa. Yummy Alhamdulillah. Kek Suji tu sedap sangat.


Cheese nya dekat 10 jenis kot.


Sunrise + breakfast.


Gule gule Bursa. Jumpa lagi Insya Allah.


Hari masih belum terang tapi kami harus teruskan perjalanan.


ORHANGAZI TUNNEL, ialah terowong lebuh raya yang terletak di Pergunungan Samanlı di Wilayah Marmara sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Istanbul-Bursa.



VIAPORT ASIA OUTLET

Umpama Mitsui Outlet kita.


Lawa dome dalam ni. Besar sungguhnya.


Berdengung tatkala bercakap, lagi kuat lagi lah bergema.


Masing2 dengan habuan masing2. Harga pun not bad, reasonable. Definitely bukan branded ones. Brand local kot atau Europe tapi design diorang suka. Ikut duit pocket masing2 lah. Hehe.


Bye bye.


Lawa pulak pokok2 dan rumput pada dinding highway ni.




EURASIA @ AVRASYA TUNNEL

Terowong jalan raya di Istanbul, Turki, melintasi di bawah selat Bosphorus. Terowong itu dibuka secara rasmi pada 20 Disember 2016  dan dibuka kepada lalu lintas pada 22 Disember 2016.

Terowong dua tingkat sepanjang 5.4 km (3.4 bt) menghubungkan Kumkapı di bahagian Eropah dan Koşuyolu, Kadıköy, di bahagian Asia Istanbul dengan laluan sepanjang 14.6 km (9.1 bt) termasuk jalan pendekatan terowong.[8] Ia merentasi Bosphorus di bawah dasar laut pada kedalaman maksimum −106 m (348 kaki). Wikipedia.


LAUT MARMARA


Tunggu bilik dikemas. Owner suruh naik top floor minum teh dan coffee. Woww facing LAUT MARMARA. 


2 single beds & 1 queen bed. Dalam 1 bilik. Senang nak kemas dll especially malam terakhir.


Siap check in dan solat Zohor Asar, kami keluar jalan2 Istanbul.


Area hotel ni memang tak jauh dari AYASOFYA. Hotel yang duduk masa mula sampai dah fully booked. Alhamdulillah ada yang lain nearby dengan harga reasonable tapi mahal sikit sebab New Year.


Lalu lagi di ARASTA BAZAAR.


AYASOPHIA


THE BASILICA CISTERN 


The Basilica Cistern, atau Subterranean Palace ialah yang terbesar di antara beberapa ratus perigi purba Istanbul, Turki yang terletak di bandar purba. Tangki yang terletak 150 meter (490 kaki) barat daya Hagia Sophia di semenanjung bersejarah Sarayburnu, dibina pada abad ke-6 semasa pemerintahan Maharaja Byzantine Justinian I. Hari ini ia disimpan dengan sedikit air, untuk akses awam di dalam ruang. (Wikipedia)



Column di dalam Basilica Cistern.





Statue di dalamnya juga.




Antara Roman columns yang diguna semula.


Cantik bila lighting bertukar2.






Filem 1963 JAMES BOND & INFERNO

Antara lokasi shooting nya di dalam Basilica Cistern ni. Banyak filem lain juga.


Masih ramai beratur untuk masuk ke AYASOFYA. Weekend hari Sabtu pun ya.


Antara binaan yang colorful di Istanbul.


Alahai perut dah kenyang masa lalu di Restoran Malaysia ni.


Haha CAFE SABOR.


Kokoretsi atau kokoreç ialah hidangan Balkan dan Anatolia (Asia Kecil), yang terdiri daripada usus kambing atau kambing yang dililit di sekeliling isi perut, termasuk roti manis, hati, paru-paru atau buah pinggang, dan biasanya dipanggang; varian terdiri daripada bahagian dalam cincang yang dimasak di atas griddle. (Wikipedia)


Seriously sedap. Tak boleh describe rasa macamana. Rasanya berempah & memang sedap.


Jalan2 lagi banyak kedai memang tunjuk cara chef nya buat Baklava.


GALATA BRIDGE 


Jalan2 malam terakhir di Turkiye. 

GALATA BRIDGE, merentangi Tanduk Emas di Istanbul, Turki. Sejak akhir abad ke-19 khususnya, jambatan itu telah dipaparkan dalam kesusasteraan, teater, puisi dan novel Turki. Jambatan Galata semasa adalah yang terbaru dalam siri jambatan yang menghubungkan Eminönü di daerah Fatih dan Karaköy di Beyoğlu sejak awal abad ke-19. Jambatan semasa, yang kelima di tapak yang sama, dibina pada tahun 1994. (Wikipedia)


AYASOPHIA dari jauh.


Time to cari souvenirs.


Laluan tram. 


Jalan2 malam cantik banyak lampu warna warni.


Alhamdulillah smooth semuanya. Malam terakhir di Turkiye. Rasa tak nak balik. Tak puas.

No comments:

Post a Comment

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.