Saturday, March 11, 2023

DAY 10 : BURSA, TURKIYE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Throwback trip ke Turkiye pada December 2022 lepas.


2 malam di Bursa.


Morning view dari tingkap bilik hotel. 8am tapi masih kelam sebab Subuh lambat. Musim sejuk kan.


Ohh suka nya tengok set teko kopi teh yang dihidangkan di cafe hotel.


Electric pot ni pun, aaiiiihh geram je tengok.


Antara breakfast kami. Belum boring dengan set breakfast Turkiye ni. Hampir sama di semua hotel, tapi banyak pilihan so tukar2 je lah. Sedap semua Alhamdulillah.


Kami turun breakfast cepat sebab musim sejuk ni siang tak lama. So kena makan cepat sebab nak jalan banyak tempat.


Parking senang, masa booking hotel, cari yang free parking.


Geram je tengok kedai ni, semerbak bau.


ULUDAG NATIONAL PARK 


Sampai dengan cable car. Plan asal nak main ski. Susun atur perjalanan Bursa paling last. Alasan sebab dah hampir New Year. Ingatkan dah turun banyak salji seperti tahun sebelumnya. Tapi Allah's plan is the best. Pasti ada hikmahnya. 


Salji tak turun so ski center tak lah beroperasi. Kita hike jalan2 kat ULUDAG National Park lah.







Suhu memang masih sejuk. 


Kalau tak sejuk, memang kami beli coffee minum sini tapi aii aaiii sejuk sangat.


 Bursa Uludağ Gondola (Bahasa Turki: Bursa Teleferik Hattı), atau ringkasnya Teleferik sebagai panggilan tempatan, ialah laluan lif udara di Wilayah Bursa yang menghubungkan bandar Bursa dengan kawasan peranginan ski dan taman negara yang berdekatan di Mt. Uludağ. Pada mulanya, sebagai laluan trem udara, ia mula beroperasi pada tahun 1963, dan berkhidmat selama lima puluh tahun sehingga ia digantikan dengan sistem lif gondola moden dan diperluaskan ke kawasan peranginan ski, kerana peningkatan permintaan oleh pelancong. (Wikipedia)


Wahh dah terang masa turun. Masa naik cuaca masih kelam mendung so foto tak cantik sangat. 


Woww. Katanya world's longest gondola lift line. (Wikipedia)


Uiihh siapa ya yang lukis bendera Turkiye di batu tu. 


Dari ULUDAG kami drive ke next destination.


CUMALIKIZIK VILLAGE (UNESCO)


Di Turkiye memang banyak kucing, anjing pun.


Cumalıkızık ialah sebuah kampung di daerah Yıldırım di Wilayah Bursa, terletak 10 kilometer ke timur bandar Bursa, di kaki Gunung Uludağ. Sejarahnya kembali ke zaman asas Empayar Uthmaniyyah. Kampung itu kini termasuk dalam sempadan daerah Yıldırım sebagai kejiranan. Cumalıkızık diasaskan sebagai kampung vakıf. Tekstur sejarah kampung itu telah dilindungi dengan baik dan struktur seni bina desa awam zaman Uthmaniyyah awal masih utuh. (Wikipedia)



Banyak cenderahati dijual di sini.






Seronok jalan2 di sini. Till later, bye bye.


Balik hotel untuk solat dulu. Then keluar cari makan. Jumpa kedai DONER & ada ISKENDER jugak. 


Sedap. Suka rasa rempah Turkiye ni.


Next to KOZA HAN.


KOZA HAN SILK MARKET

(Bahasa Turki: Koza Hanı, lit. 'inn of the silk cocoon') ialah karavanserai (han) bersejarah di Bursa, Turki. Ia terletak di tengah-tengah daerah pasar bersejarah di bandar ini.

Karavanserai  ialah rumah penginapan di tepi jalan di mana pengembara boleh berehat dari perjalanan hari itu. Caravanserais menyokong aliran perdagangan, maklumat dan orang ramai merentasi rangkaian laluan perdagangan meliputi Asia, Afrika Utara dan Eropah Tenggara, terutamanya Jalan Sutera. Selalunya terletak di sepanjang jalan luar bandar di luar bandar, versi bandar caravanserais juga biasa di bandar-bandar di seluruh dunia Islam, dan sering dipanggil nama lain seperti khan, wikala, atau funduq. (Wikipedia)


Ianya dibina dalam lapisan bata dan batu berselang-seli, yang membentuk sebahagian daripada kesan visual hiasan bahagian luarnya. Seperti kebanyakan karavanserais biasa, ia mempunyai pelan lantai segi empat tepat dengan halaman tengah yang besar berukuran 45.9 kali 37.5 meter. 

Di sekeliling halaman terdapat galeri dua tingkat yang memberikan akses kepada bilik berkubah kecil yang menggelegar kompleks itu. Tingkat bawah mengandungi 50 bilik dan tingkat atas mempunyai 54 bilik. Di tengah-tengah halaman terdapat masjid kecil batu segi lapan atau surau (mescit) yang dinaikkan di atas tanah di atas 8 tiang dan dicapai dengan tangga marmar. (Wikipedia)



Banyak kedai silk di Koza Han. Scarves & shawl.  Banyak range harganya. Super mahal ada, murah pun ada. Anak solehah rembat few. Dalam belas ringgit sehelai. Lawa. 


Jalan2 sekitar sebelum balik hotel.


One for the album.


Masing2 baru balik kerja, busy sikit time tu. Pukul 5 lebih. Tapi hari dah nak gelap, nak Maghrib.



Masuk balik Koza Han. Yummehhh. Atas tu aiskrim tapi bawah nya macam kuih qasidah campur suji.


Lepak sambil makan dessert.


Oh macam tu rupanya, scoop dessert dulu then top up dengan aiskrim.


Ok time to go.


Will miss this place.


GRAND BAZAAR BURSA


Jalan2 cuci mata. Jenuh jalan hujung ke hujung. Beribu2 steps dah hari tu dari pagi test kaki, longlai dah. Haha.


Kedai jual pastri kunafa & baklava.


Banyak nya.


Besar dan nipis betul pastri baklava ni.


Dah makin tak ramai orang. 6pm lebih. Pasar pun dah nak tutup. 


Jeling2 je sebab dah kenyang & dah malam. Alhamdulillah smooth semuanya. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com