Saturday, November 07, 2020

HOMEMADE ROTI, SAMBUNG LAGI PKPB

Salam Semua. 

Oh PKPB bersambung lagi.. Stay safe & Take care semua..


Beli dah lama, few months back tapi satu je. Bila first time buat jadi cantik lembut, order satu lagi loyang roti PULLMAN ni.. Suka tengok roti bersegi.
 

RESEPI ROTI :

BAHAN-BAHAN: 

2 cawan tepung High Protin
1 sudubesar gula castor
Secubit garam
6gm yis kering
1 telur - dipukul
1/2 cawan susu suam 
(boleh ditambah supaya doh tak terlalu keras/lembut)
1 sudubesar butter dilembutkan

CARA :

Masukkan semua di dalam Food Processor hingga jadi satu doh yang lembut atau boleh diuli dengan tangan. Letakkan doh dalam mangkuk yang ditutup dengan kain (atau dalam periuk yang besar dari doh & tutup dengan penutupnya), dalam 30-40 minit. 

Bila naik satu kali ganda, tumbuk doh, uli sebentar & bulatkan untuk jadi doh semula. Bentukkan mengikut yang dikehendaki. Saya roll kan sikit supaya berbentuk roti hotdog sebab loyang PULLMAN begitu bentuknya.. Biarkan doh naik sekali lagi dalam 50-60 minit. Bakar pada suhu 160'C dalam dalam 25-30 minit atau bergantung pada oven masing2.

Ada kala kurang sikit je segi nya tapi still gorgeous. Lembut & sedap makan panas2. Dah confirm PKPB tadi, uli satu doh lagi tadi.. Untuk bekalan anak ke sekolah esok pagi. Di Terengganu hari Ahad dah mula hari bekerja & sekolah. Isnin baru start PKPB kan. 

Moga terhapusnya wabak Covid 19 ni dengan segeranya. Stay strong semua, moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

10 comments:

  1. stay safe sis, betul tu, cantik je rupa rotinya :)

    ReplyDelete
  2. cantik kejadian..Alhamdulillah...sedap roti panas2..

    ReplyDelete
  3. cantik roti dia.. terel laa :)

    ReplyDelete
  4. Syaz: Alhamdulillah elok jadi. Stay safe jgk ya

    Nohas: Bau pun semerbak lepas masak, mmg terus nak potong makan panas2

    Nard: Tqs, try la senang je.

    ReplyDelete
  5. Sangat cantik kejadian rotinya. Best ni kalau pandai baked macam akak :)

    ReplyDelete
  6. Fizah: Hehe tgk mood jugak ni ada kala buntu mula lah malas tp seronok masak2 sbb anak2 both kat rumah

    ReplyDelete
  7. cantiknya kejadian roti tu.. kalau saya buat tah apela jadi rupanya..

    ReplyDelete
  8. cantiknyaaa rotiii..tak pernah ada keberanian nak buat roti sebab takut tak jadi kembang...banyak sejarah hitam dengan yis ni..hahahah

    ReplyDelete
  9. canteknya kejadian roti.teringin nan buat roti macam ni.tapi kerajinan tu tak ada.rajin beli jer.hi3

    ReplyDelete
  10. Siti: Cuba lah ni pun cuba beberapa kali

    Sakura: Memang awal dulu camtu, ni pun kadang yis tengok mood jgk kadang elok naik

    Syu: Ni pun teruja tengok kawan2 buat. Kena kuat mental jgk nak start hari tu hehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com