Salam semua.. Take care & stay safe ya.. Baru dapat update resepi masakan Korea. Cara singkat & citarasa kami hehe.
Di Kerteh ni, memang limited sangat2 kedai makannya. Western ada few kedai, di samping Secret Recipe, Pizza Hut, Nandos, McD, KFC, Empire Sushi, Chicken Rice Shop. Tu je yang famous yang ada di sini. Kami memang suka Korean food, so order bahan mentah macam mee, Gochujang Paste, seaweed dll online je.
BIBIMGUKSU, KIMCHI & KOREAN SPICY FRIED CHICKEN
RESEPI BIBIMGUKSU :
1/2 peket Angel Hair direbus
1/2 - 1 cawan Kinchi dicincang
1 sudu besar Sesame Oil
1 sudubesar Pes Gochujang
- Gaul semua bersama. Semua bahan tu sesedap rasa masing2. Tabur bijan. Siap dimakan.
RESEPI JJAJANGMYEON :
1/2 peket spaghetti direbus
1 bawang besar dipotong dadu
1 sudukecil ciliboh
1 cawan isi ayam potong dadu
1 ubi kentang besar dipotong dadu
1 Zucchini dipotong dadu
1-2 sudubesar Sos Tiram
1-2 sudubesar Kicap
2 sudubesar Taucu dikisar
Garam Gula secukup rasa
(A) 1/2 - 1 cawan air + 1 sudubesar tepung jagung
1 Timun dihiris panjang
- Tumis bawang besar & ciliboh. Masukkan ayam & kentang, masak hingga kentang lembut. Masukkan semua bahan lain kecuali (A). Bila menggelegak, masukkan bahan (A), kacau hingga pekat. Tabur hirisan timun & bijan.
RESIPI KIMCHI FRIED RICE :
2 cawan nasi sejuk
2 sudubesar bawang putih dicincang
1/4 cawan isi ayam dicincang atau
Sosej/Salami dicincang
2 telur
1 cawan Kimchi dicincang
1 sudubesar Sesame Oil
5 Shitake Mushroom dicincang
1 sudukecil Pes Gochujang
Garam Gula secukup rasa
Hirisan Daun Sup
Shredded Roasted Seaweed
Bijan
- Tumis bawang putih. Masukkan ayam atau sosej/salami, kemudian telur. Masukkan bahan lain & nasi. Hidangkan bersama daun sup, seaweed & bijan.
Memang sedap.
RESEPI KIMCHI :
1/2 Kobis Panjang yg besar
- Potong sebesar 3cm x 3cm. Basuh & rendam dgn air garam yg separas saja (guna 5 sudubesar garam) selama 4 jam. Basuh & perah 3 kali.
1 bawang besar dipotong kecil
1 epal merah dikupas kulit & dipotong kecil
2 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar Sos Ikan
1 sudubesar gula
- Kisar halus semua bahan di atas. Tambah air sikit saja kalau perlu untuk mengisar.
1 carrot dihiris halus panjang 2 inci
Kucai dalam segenggam dihiris panjang 2 inci
- Gaul semua bahan di atas & simpan dalam balang plastik di dalam peti sejuk, bukan di tempat beku.
HOMEMADE KIMCHI
Semua resepi di atas adalah cara saya yang malas & citarasa kami. Boleh ditambah/kurang ikut selera masing2 ya.
Kalau ikut selera anak2, tiap hari pun boleh makan Korean food ni tapi tak lah. Nasi putih, tempoyak petai, masak lemak, asam pedas, singgang lagi sedap kan..
daebak!!..bibimguksu tu belum try lg..
ReplyDeletewah sedap sgt nie
ReplyDeleteterbaik
WOW...BESTNYA.......
ReplyDeleteterbaik! jadi doh semua tu!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteWaahhh.... mmg style habis masakan korea...
Nohas: Bibimguksu paling senang kalau ada kimchi, mmg sedap
ReplyDeleteHaslynda: Mmg sedap Alhamdulillah
Unknown: Masak sendiri lagi puas hati
Syaz: Alhamdulillah
Semut : Waalaikumsalam. Main masak2 kat dapur sempena covid sbb tak ada kedai korea sini hehe
masakan mulan cantik2. suka tgk.
ReplyDeleteAyam goreng korea tu kalau dapat makan memang sekejapan habis. Lama tak makan kimchi. Sedap tu buat kimchi jjigae atau letak dalam maggie kari :) Buat kimchi fried rice style akak pun pun sedap juga :)
ReplyDeleteKak Yan: Table setting Kak Yan lagi cantik, suka tengok tau hehe
ReplyDeleteFizah: Betul tu ayam goreng korea tu mmg kena catu haha sbb memang sedap kan
buat sendiri la kan puas hati.. saya nak beli gojuchang nnt.. nak try buat yang ayam guring pedas tu..
ReplyDeletewahhh fusion ni...jjangmyeon tu tak guna black bean paste ek...
ReplyDeleteJika home-made mesti lebih best ikut selera keluarga kita.
ReplyDeleteabis laaa pasni lidah ckp korea je laa hahaha
ReplyDeleteSiti: Memang sedappp hehe
ReplyDeleteSunak Sakura: Saya guna taucu kita tu je
Tukang Kebun: Betul & murah lagi
Anies: Masih ada yg ingat hehe