Salam semua.
Lama tak buat Risoles. Lama proses nya, banyak step. Tapi sedap.
Risoles yang dah siap dicelup telur & disalut dengan breadcrumbs.
Setelah digulung.
Guna 2 non stick pan saiz 8 inci, tutup kan. Cepat sikit untuk buat dadar.
Dadar & inti yang siap untuk digulung.
RESEPI DADAR:
3 cawan tepung gandum
2 telur
1 suduteh minyak masak
Air secukupnya (tak pekat & tak cair sangat)
Masukkan semua bahan dalam mangkuk & buatkan dadar sekeping2 hingga habis. Seeloknya masak inti dulu. Bila siap dadar, boleh teruskan menggulung Risoles.
RESEPI INTI RISOLES:
400gm ayam kisar
1 bawang besar - potong dadu
1 carrot - potong dadu
1 tin button mushroom - potong dadu
Segenggam daun sup - dicincang
1 suduteh Lada putih
Garam
1 sudubesar tepung + 1/2 cawan susu - dicampur
Tumis bawang besar. Masukkan ayam, carrot, mushroom & daun sup. Masukkan air sikit + lada putih & garam. Masak hingga kering. Setelah ayam betul2 masak, masukkan campuran tepung & susu untuk jadikan adunan inti lembap, bukan kering.
Oh so nice recipe
ReplyDeleteTQ..HARI NI NAK CUBA BUAT......
ReplyDeleteSakuranko: Thank you, you can try
ReplyDeleteUnknown: Welcome, nanti buat ya.
Sedapnya risoles. Pernah makan sekali dua. Itupun beli je. walaupun lama prosesnya tapi lebih puas hati buat sendiri kan :)
ReplyDeleteFizah: Betul nak buat memang kena kumpul semangat yg tinggi hehe renyah buat nya tapi sedap
ReplyDeletekat kawasan saya orang buat frozen..
ReplyDeleteaiyoo harga boleh tahan.. hewhe..
Siti: Risoles mmg mahal tu sbb kami cekal buat sendiri :)
ReplyDelete