Wednesday, March 11, 2020

DAY 14 - BYE BYE GREECE

26 Dec 2019, hari ke 14.. Awal2 pagi sambil prepare breakfast, semua busy packing.. Flight 9pm tapi kami plan nak singgah few outlets lah konon.. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Time to go... Bye bye Greece..


Lepas ekonomi Greece jatuh, banyak kejadian jenayah kata penduduk tempatan, memaksa mereka ketatkan keselamatan di kawasan perumahan..


Corinth ni tepi laut, jalan pun tepi laut tapi dekat nya sangat dengan jalanraya macam seriau la pulak takut air pasang, air laut melimpah.. 





On the way to Athens..


Perjalanan ke Athens ni highway banyak di tepi laut so beginilah view nya.




Hhmm dalam perjalanan sambil google sana sini, rupanya memang sah sah nya kedai2 di Greece ni tutup pada 25 & 26 Dec...!!! Asalnya dalam internet, katanya banyak tutup halfday je. Tapi bila check, fuuhhhh tutup semuanya. Yang beroperasi maybe kedai persendirian yang kecik2.. Sepanjang perjalanan ke Kota Athens, sayu sangat lah jwia tengok semua kedai & outlet2 yang kami nak terjah tutup.. Even those yang tepi airport, yang katanya buka halfday belah petang juga tak buka.. Tabah je lah..


Ada hikmah nya.. So hubby google few attractions di Athens.. Banyak jugak yg tutup, esp yang melibatkan ramai perkerja.. Depa bagi rakyat bercuti sungguh2 ni.. 


Yang confirm bukak, Stavros Niarchos Foundation Cultural Center ni.. Free, cuma bayar parking la kalau nak parking dalam building tu..


Stavros Niarchos Foundation Cultural Center (Greek: Κέντρο Πολιτισμού Ίδρυμα Σταύρος Νιάρχος) adalah kompleks di teluk Faliro di Athens yang termasuk kemudahan baru untuk Perpustakaan Negara Greece (NLG) dan Opera Negara Yunani (GNO), serta Taman Stavros Niarchos seluas 210,000 m². Pusat ini direka oleh arkitek Renzo Piano dan pembinaannya dibiayai oleh Yayasan Stavros Niarchos. Projek € 566 juta telah siap pada tahun 2016, dan disumbangkan ke negara Yunani pada tahun 2017. Wikipedia






Renzo Piano, Arkitek Italy yg dipilih utk design kompleks/pusat ini menjangkakan SNFCC naik dari tanah seperti kepingan bumi yang tidak dipotong. Akibatnya, sebuah bukit buatan dibina dan bumbung kedua-dua perpustakaan dan rumah opera muncul daripada mengekalkan cerun. Perpustakaannya lebih rendah dan 'bukit' menyimpulkan dengan rumah opera. Bumbung perpustakaan akan ditutup dengan bahan tanah dan ditanam dengan tumbuhan Yunani asli. Di atas rumah opera akan ada kanopi yang disokong pada tiang keluli nipis. Menurut Piano, "kanopi itu merupakan awan yang melayang di atas titik tertinggi bukit". 

Reka bentuk untuk Opera Nasional termasuk auditorium opera 1,400 tempat duduk dan teater kotak hitam 400 tempat duduk.

SNFCC dicalonkan untuk hadiah seni bina antarabangsa, RIBA International Prize 2018, yang dianugerahkan oleh Royal Institute of British Architects. Ia adalah satu-satunya nomini Yunani di antara 62 bangunan di 30 negara.. Wikipedia








Di bawah aras kami berjalan tu, adalah perpustakaan.. 







Sumber : snfcc.org
Seperti yang sering terjadi di bandar-bandar yang menghasilkan kekayaan mereka dari laut, sambungan primordial bandar dan air telah hilang kerana persimpangan Avenue Poseidonos. Dalam salah satu lawatan pertamanya, arkitek Renzo Piano mendapati bahawa walaupun peninggalan kawasan itu, hubungan antara laut dan bandar masih kelihatan. Ia sudah mencukupi untuk memanjat ke puncak bangunan bersebelahan untuk melihat pemandangan Faliro Bay dan Acropolis yang indah. Sejak itu, projek itu bertujuan, di atas semua, untuk memulihkan hubungan semula jadi dan konseptual antara tanah dan laut. Sejak lawatan pertamanya ke laman web ini, Renzo Piano merumuskan projek itu kepada idea topografi: untuk 'mengangkat' sebidang tanah untuk merancang sebuah taman yang lembap, sebuah bukit di mana ia akan menempatkan kemudahan bangunan dari atas yang akan kita mendapatkan semula pemandangan laut yang hilang dan Acropolis.


SNFCC ni terdiri dari beberapa bahagian senibinanya..

1. THE GREEK NATIONAL OPERA
2. THE NATIONAL LIBRARY OF GREECE
3. STAVROS NIARCHOS PARK
4. THE AGORA
5. LIGHTHOUSE
6. THE CANAL 


Memang kagum dengan senibina nya.





Last pic sebelum ke airport.. Tak ada snap photo di airport.. Sbb sayu hati tak dapat ke outlet etc haha kesian kami.. Tak lama jugak masa di airport, pulangkan kereta, Alhamdulillah smooth semua clear (hubby prefer bayar lebih sikit utk stress free masa sewa kereta ie calar2 kereta dll tu). Lepas tu makan & solat. Check in je ada hiccups sikit, dah check in online nak drop luggage je pun tapi kena beratur jugak sama dengan yang check in biasa, mengakibatkan lama beratoq sikit tapi takpe kami jenis suka pi airport awal so masih lagi boleh bersantai dalam airport.. Rupanya staff baru tu tak tau ada lane utk web check in.. Nasib takde yang bergaduh..


Naik flight to Istanbul dulu, transit sejam lebih je.. Terus ke gate lepas landing di Istanbul. Seronok tengok ramai jemaah menunaikan umrah.. Rindu tanah suci.. Istanbul Airport ni baru rupanya, patut lah berseri & besar sungguh.. First time kami transit sini..


Almost boarding time to KL.. Besar & cantik airport baru Istanbul ni kan..


Setelah lena beberapa jam, mata dah tak boleh tutup semula.. Kita enjoy view awan putih bersih & langit biru ni Subhanallah cantik sungguh..





OK.. Berakhirlah perjalanan kami ke Greece pada December 2019. Terima kasih pada yg sudi singgah.. Kami share di blog ni utk kenangan sendiri masa tua nanti, masa boring2, masa rindu pada bumi Ilahi yg di sebelah sana, Alhamdulillah smooth semuanya.. Alhamdulillah diizinkan kami ke sana... 

8 comments:

  1. view mmg superb! tampak terik tp cuaca sejuk kan?

    ReplyDelete
  2. cantik lak lalang kt taman tu..hehe...selalunya kedai2 buka time boxing day..rakyat depa cuti sakan time krismas..

    ReplyDelete
  3. cantik view pantai laut tu..seronok dpt jln2 negara org

    ReplyDelete
  4. cantik betul view kat sana kak... udah krismes kak patutla sana sini tutup, sakan depa raya ya

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Greece. Suka view laut dan kawasan lalang tu. nice untuk photoshoot

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah selesai satu episode. iols nanti yang episode2 lain tuuuuu..
    oo ingatkan meronda Istanbul skali tapi transit eyh.. btw itula kekangan kan kalau time diorang cuti pun kita jalan.. faham faham perasaan bila nak ke satu2 tmpt tapi tutup..

    xpe. tu alasan untuk kembali =)

    ReplyDelete
  7. Anies: Ya mmg terik tapi sejuk

    Nohas: Tu laa tak tau pulak kami diorang cuti time tu tapi seronok jgk

    Mama Tisya: Alhamdulillah, mmg cantik

    Dana: Mmg cantik Dana, ha ah cuti sungguh diorang masa Christmas

    Abg Karu: Mmg cantik Greece, Subhanallah

    Azhafizah: Subhanallah mmg cantik

    Siti: Mmg nak sgt masuk Turki tp kekangan masa.. Alhamdulillah dapat visit Greece je dulu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com