Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
15 Dec 2019, last day di Santorini..
Bangun pagi dgn view ini Subhanallah..
And later dengan pelangi Nya..
Bye bye.. Ohhh terasa jugak sedih sayu nak tinggalkan SOLARIS APARTMENT ni.. Sebagaimana dirancang, Peter akan bawa kami tour Santorini ni and later hantar kami ke airport untuk ke Athens petang nanti..
Sana sini memang akan nampak gereja2 kecil ni.. Kata Peter warna biru dan putih yg banyak terdapat di Santorini, mengambil dari warna langit dan laut..
On the way to RED BEACH..
Area parking lot di Red Beach ni..
Belum sampai beach, kena berjalan sikit utk ke sana..
Wowww..
Sebelum kami tiba, sekumpulan pelancung dari China dah tiba dulu.. Alhamdulillah not too packed..
Peter bawak kami jauh sikit dari group yg ramai tu..
Waahhhh Subhanallah..
RED BEACH adalah pantai pasir volkanik di pulau Aegean Santorini. Pantai ini terkenal dengan pasir berwarna merah, dan terkenal sebagai tarikan pelancong yang popular.
Pasir pasir terdiri daripada batu volkanik hitam dan merah dari kaldera Santorini yang berdekatan. Pantai ni boleh diakses dari Akrotiri yang berhampiran. Kawasan ini terdedah kepada tanah runtuh, dan atas sebab tersebut sejak tahun 2013 bahagian-bahagian pantai telah tidak dapat diakses. (WIKIPEDIA)
Waahhh memang merah..
Alhamdulillah cuaca sangat cantik..
Kata Peter kalau musim Summer khasnya, memang padat lah Red Beach ni.. Banyak kali katanya kami buat keputusan yg tepat utk datang pada waktu musim Sejuk December ni..
Bye bye Red Beach
To next destination..
Cantik betul view dari perkarangan lighthouse ni..
AKROTIRI LIGHTHOUSE adalah rumah api abad ke-19 di pulau Yunani Santorini. Mercusuar (Lighthouse) itu dibina oleh sebuah syarikat Perancis pada tahun 1892, menjadikannya sebuah rumah api yang paling tua di Yunani. Lighthouse itu berhenti beroperasi semasa Perang Dunia II. Angkatan Laut Yunani mengembalikan semula rumah api pada tahun 1945. Lighthouse itu terkenal dengan pemandangan matahari terbenamnya. (WIKIPEDIA)
Memang kucing di mana2 di Santorini ni.. Bye bye and take care ya..
On the way to next destination..
View dalam perjalanan..
Curam tinggi jalannya..
Propeht Elias Monastery merupakan titik tertinggi di Santorini - 567m tinggi. Ia terletak di bahagian tenggara pulau itu, 3km jauhnya dari Pyrgos kampung tradisional. Terdapat sebuah biara dan sebuah gereja di bahagian paling atas bukit. Ini adalah bahagian tertua pulau dan satu-satunya yang wujud sebelum letusan Gunung Berapi. Sebaik sahaja sampai ke puncak, boleh melawat gereja lama dan kemudian luangkan masa untuk menikmati panorama Santorini yang indah. Kepelbagaian dari sini sangat memukau. Dari medan kosong di satu pihak, ke Oia terkenal dengan rumah putih di sisi lain. Kebun-kebun anggur purba di sebelah kiri dan moden - bahagian komersial yang lebih Santorini di sebelah kanan. (Sumber : santoriniplus.net)
Alhamdulillah sampai kami ke sini..
Kepada umat Islam ada satu tarikan di Santorini iaitu terdapat di sana sebuah Monastri Nabi Illias. Mereka menamakannya sebagai Prophet Elias Monastery (baca sedikit mengenainya di sini – eurotravelling dan greeka). Ia dibina pada tahun 1711M. Namun harus diingat Monastri tersebut lebih kepada tempat ibadat Kristian dan juga muzium kecil menyimpan manuskrip dan kitab lama. (Sumber : geopractice.wordpress.com)
One last shot here.. Subhanallah..
On the way to Oia.. Peter kata harta di Oia ni memang seriously crazy expensive.. Mencecah jutaan Euro..
Sisa2 volkanik menjadikan batu2 berubah warna kepada hitam..
To be continued..
kombinasi BIRU dan PUTIH mmg cantik..kalau tema baju pengantin sweet sgt..kalau JM pun suka filih musim sejuk..baru selesa nak jenjalan..dan biasa musim summer kat msia hhihih
ReplyDeletecantik je kat santorini tuh ye kak, rumah-rumahnya nampak cantik warna putih... cuma lapang je sana takde pokok-pokok lah...
ReplyDeletecantik betul pemandangan laut tu, pantai pasir merah tu pun cantik...
assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...
ReplyDeletetak sangka ada tinggalan Nabi Ilias di sini...view semuanya superb..awesome..
ReplyDeleteJM: Cantik kan combi putih biru.. Betul kalau pergi off season mmg kurang sikit tourist lain..
ReplyDeleteDana: Semua cantik Dana.. Putih biru lagi la kan..
Anies: Happy 2020.. Tqs singgah sini..
Nohas: Betul, kami pun tka sangka sbb tak baca sgt sejarah Greece ni