Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Happy & healthy always ya..
14 Dec 2019. Hari ke 2 kami di Greece, kami di Santorini..
Subhanallah bangun pagi dgn view yg cantik..
SANTORINI atau nama rasminya Thira adalah sebuah pulau di selatan Laut Aegean, di tenggara tanah besar Greece. Ia adalah pulau terbesar di kepulauan yang kecil, yang mempunyai nama yang sama dan sisa kaldera gunung berapi. Ia membentuk anggota paling selatan dari kumpulan pulau Cyclades, dengan keluasan kira-kira 73 km2 (28 meter persegi) dan populasi pada tahun 2011 sebanyak 15,550. Perbandaran Santorini termasuk pulau-pulau Santorini dan Therasia yang didiami, serta pulau Nea Kameni, Palaia Kameni, Aspronisi dan Christiana yang tidak didiami. Jumlah kawasan tanah adalah 90.623 km2 (34.990 meter persegi). Santorini adalah sebahagian daripada unit serantau Thira.
Pulau ini merupakan tapak salah satu letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah yang dicatat: letusan Minoan (kadang-kadang dipanggil letusan Thera), yang berlaku kira-kira 3,600 tahun yang lalu di ketinggian peradaban Minoan. Letusan itu meninggalkan kaldera besar yang dikelilingi oleh abu gunung berapi yang beratus-ratus meter jauhnya. Ia mungkin telah membawa secara tidak langsung kepada kejatuhan tamadun Minoan di pulau Crete, 110 km (68 mi) ke selatan, melalui tsunami raksasa. Teori popular lain berpendapat bahawa letusan Thera adalah sumber legenda Atlantis. (WIKIPEDIA)
Balkoni kami menghadap laut..
Free breakfast di Solaris ni.. Ada roti, jam, butter, telur rebus, cheese, Greek Yogurt, Olives, fresh tomato, salad dll..
Ada pool tapi aiisshh sejukkk..
Main entrance..
Kami book tour dgn Peter from Solaris Apt ni saja.. Katanya cuaca tak menentu. Hujan & angin kuat. Dia suggest tengok cuaca pada 14 atau 15 Dec tu. Kalau pagi redup sangat dia suggest kami jalan2 around Fira saja pada 14 Dec tu so kami pun ikut nasihat dia. Memang mendung sangat pagi.
Solaris ni dekat sangat kalau jalan kaki ke Fira.. Ikut je mana daddy guide bawak..
Halal..!!! Hampir terpedaya.. Halal apa nya ada jual Pork Kebab..!!!
Sunyi.. Peter dah bagitau musim sejuk hujung tahun memang bukan peak season, maka tak ramai pelancung tapi katanya paling bagus sbb tak sesak dgn pelancung..
FIRA adalah ibukota moden pulau Aegean Yunani Santorini. Pendudukan tradisional, "Firá" berasal dari sebutan alternatif "Thíra", nama kuno pulau itu sendiri.
Fira adalah sebuah bandar yang dibina di pinggir kaldera tinggi 400 meter (1,312 kaki) di pinggir barat pulau Thera separuh bulat. Dua muzium utama yang menarik adalah Muzium Arkeologi Thera, 30 meter (98 kaki) timur pintu masuk kereta kabel, dan Muzium Prasejarah Thera di sudut tenggara Katedral Ortodoks Putih Ypapanti, yang dibina di tapak gereja terdahulu dihancurkan pada tahun 1956 gempa Amorgos. Pekan ini juga menganjurkan beberapa gereja, termasuk Katedral Ypapanti dan Three Bells of Fira.
Akses ke Fira adalah terutamanya oleh jalan-jalan di sebelah timurnya, memanjat dari pelabuhannya melalui laluan kaki berbentuk Z dengan kaki atau keledai, atau dengan menaiki kereta kabel yang curam dari terminal bawahnya oleh pelabuhan. Dataran pusat Fira dipanggil Plateia Theotokopoulou, dengan stesen bas dan teksi, bank dan farmasi.
Dari Fira terdapat pemandangan panorama kaldera sepanjang 18 kilometer (11 mil) dari selatan Cape Akrotiri ke utara Cape Ag. Nikolaos, ditambah dengan pulau gunung berapi Nea Kameni di pusat dengan Pulau Thirassia. Kapal pelayaran besar di pelabuhan kecil antara Nea Kameni dan Fira. (WIKIPEDIA)
Woowwwww terpegun kami..
Nea Kameni yang tidak didiami merupakan sebahagian daripada kaldera kepulauan Santorini dan terdiri daripada batu lava hitam. Ia adalah perjalanan sehari yang popular dari pelabuhan Fira atau Athinios di Santorini untuk pemandangan pulau-pulau yang berdekatan dan laluan berjalan kaki yang curam melalui Taman Volkanik Nea Kameni, yang melewati kawah-kawah yang aktif dan aktif sejak beberapa abad yang lalu. Beberapa mata air panas sulfur didapati di tepi pantai. (GOOGLE)
Enjoying the amazing view.. Betul kata Peter, memang syok time ni sebab tak ramai orang langsung..
Pintu nya di sini, tapi rumahnya di bawah kena turun banyak anak tangga.. Mostly nya sebegitu..
Seronok berjalan bila sejuk & tak ramai.. Kalau peak season kata Peter memang padat sesak..
Walaupun mendung tetap cantik Subhanallah..
Best jugak kalau dapat bermalam di salah satu aset di sini..
Cantik..
Keldai2 ni merupakan pengangkutan utk mengangkut bahan binaan. Ketika peak season, ada juga keldai yg digunakan utk servis membawa pelancung.. Tapi macam tak sanggup je..
Memang kami jalan2 santai2 ikut suka hati.. Macam bandar ni kami punya sebab tak jumpa ramai orang. Sejuk pun sejuk lah.. Daddy guide pun macam tak nak balik..
To be continued..
menariknya..bangunan putih mulus + biru..soo Greek..
ReplyDeleteorg2 kt sini mesti kurus2, kena panjat, turun bukit setiap hari..hehe..
waalaikumussalam. subhanallah cantiknya pemandangan dan bangunan tu semua. terima kasih kongsi. dapat jugak lah membayangkan diri sendiri saya ada kat situ. hehe
ReplyDeleteI've always wanted to go there
ReplyDeleteBest nya..
ReplyDeletehALAL tapi ada PORK KEBAB? adeh!!!
ReplyDeleteNohas: Mmg cantik tgk putih & bitu je.. Eh mcm ya jgk nampak org sana steady2 je..
ReplyDeleteUmi: Terima kasih singgah sini..
Ray: Insya Allah sampai sana nanti..
Abahzino: Alhamdulillah..
JM: Haaa tu lah mmg kena tgk betul2
Kak, hotel menghadap laut tu semua buka masa peak season je kan. Which, harga memang melantun kaw2 kan. Ni memang plan nak datang winter tapi tulah malas tang senja awal nau.
ReplyDeleteBibie: Ya betul, buka masa peak season saja winter memang macam mostly tutup. Tu la winter memang siang tak lama. Try musim spring or fall jugak maybe tak ramai macam summer
ReplyDelete