Saturday, February 2, 2019

SELESA DI ALAM KUBUR

Copy paste dari group Whatsapp..

Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.


Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Al-Quran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.e

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita?

4 comments:

dear anies said...

byk nyaaaa amalan yg x buat sdg kn mati anytime­čśô

aizamia 3 said...

Masih banyak yang kurang dalam diri..

Siti Yang Menaip said...

terima kasih kongsi kak.. insyallah pelan2
cuba yang terbaik ngejar jannah =)

m.u.l.a.n said...

Anies: Takut rasa

Aizamia: Sama lah ni, moga kita terus kuat iman dapat lebin byk beramal

Siti: Betul, mcm ustaz kata buat pelan2 doa selalu