TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU LAYUAN


KEK PISANG IFTAR jemputan jiran setaman sebaris petang tadi. Alhamdulillah elok jadi walaupun derhaka resepi sikit. Bahan tak lengkap.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah. 


Senang resepi ni sebab guna blender saja. Asalnya nak balik Putrajaya nak berbuka dengan anak solehah dan settle beberapa hal, last2 tengahari decide tak jadi sebab anak solehah banyak assignment dan hal kami boleh ditangguh. Lepas Asar baru terfikir nak buat kek, bawa ke rumah jiran. Sikit je derhaka resepi nya.



Saya tak suka iftar di luar sebenarnya. Samada keluar dengan keluarga atau atas jemputan tempat kerja suami/kawan dll nya. Sebab sakit mata tengok pembaziran makanan especially Buffet Ramadan. Ramai suka ambil banyak2 kemudian tak habis. Kalau berbuka di rumah dengan keluarga, saudara atau kawan2 tak apa sebab makanan tak habis, boleh disimpan dan ditapau.

Foto : Pinterest 


Bila makanan diambil banyak dan tak habis, langsunglah tersadai di atas meja, menjadi pentas untuk disaksikan insan sekeliling yang makanan awak tak habis. Terkadang ada pula yang ambil banyak dan offer kita bertubi2. Dikata ambil banyak untuk berkongsi semeja. Walhal makanan yang diambil bukan kesukaan kita. Makan lah apa yang diambil. Tadi, ternampak sebiji cupcake yang elok lengkap, di dalam tong sampah. Terasa tertumpang dosa. Nauzubillahi minzaalik.

Foto : Pinterest 


Kami pernah menetap di Ho Chi Minh, Vietnam pada hujung 90an. Ketika itu HCMC mundur dan rakyatnya ramai yang agak susah. Pemandangan agak biasa, makanan dikutip dari tong sampah untuk dimakan. Senak hati, ketat jiwa melihatnya. Terkesan hingga kini. Anak2 memang diberi amaran hingga kini, jangan main2 dengan makanan. 

Foto : Pinterest 

SURAH AL A'RAF (Ayat 31)

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا 
وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ 

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (31)

Bermaksud jangan membazir....


TOP COMMENTATORS 2025

Terima Kasih menceriakan blog tahun lepas. Cenderahati yang tak seberapa baru saja dipos hari Khamis. Terima Kasih tak terhingga buat blogger BOLA KATOK yang banyak membantu. Untuk Fanny, cenderahati nya akan diberi kemudian bila bertemu Insyaa Allah. Ada extra small gift buat blogger ANIES dan MAMA ZHARFAN sebab tekaan hampir tepat, negara yang kami pergi bercuti November tahun lepas. Masih juga menanti alamat dari blogger Fiza untuk tekaan negara hampir tepat. Lama tertangguh banyak halnya. Bertukar2 plan dengan cenderahati nya, mohon terimalah seadanya. 


Alhamdulillah rezeki. Cenderahati dari blogger Puan Notie (kain pasang berbunga) juga dari blogger NUR aka TOT dengan tudungnya + pouch, keychain, notebook dan penunjuk Al Quran. Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

MOHON DOA BUAT SAHABAT KAMI DI BAHRAIN YANG TEMPATNYA AGAK BERHAMPIRAN US ARMY BASE DI SANA YANG TELAH DISERANG. MEREKA DINASIHATKAN MENCARI TEMPAT BERLINDUNG YANG LEBIH SELAMAT. 

YA ALLAH, PELIHARA DAN LINDUNGILAH MEREKA.


Comments