Friday, February 06, 2026

DAY 3 : NAMDAEMUN, SEOUL... BYE BYE SOUTH KOREA


Sunrise di Elysian Gangchon, Chungcheon.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Salam Jumaat Penuh Berkat.


7.40am, train ke Seoul. Seawal selepas Subuh sepie kami makan pagi. Nasi Lemak Chef Zam. Sedap. Poached egg macam biasa dimasak dalam microwave. Sambal belum dibuka dalam pek kecil tu. Ada kacang dan bilis goreng juga.


Boleh repeat nanti.


Bye bye apartment.


Ads convenience store, photo booth, massage chair dll lagi. Tak explore sangat. Mana yang dekat lif saja especially convenience store.


One for the album.





Kasih chance lah bergambar satu, bagi yang tak main ski ni.


Free shuttle bus dari ski resort ke train station. Tiap 20 minit.



Sunrise. Tak sempat nak tunggu lama. 


Dekat satu jam rasanya train ni. Awal2 orang tak ramai. Cantik view nun di sana.


Nak bangun snap foto tapi train laju jugak walaupun bukan speed train.


Beku sungai nya.


Suhu memang negative.


Beku sebahagian ya.


SEOUL STATION


Kami simpan 2 backpack besar. Sebab nak jalan2 sekejap.


Locker ada tapi tak ada coin. Lagipun harga lebih kurang sebab tak lama.


NAMDAEMUN, SEOUL 


Dulu2 tiada pun tiang ni.


Namdaemun dan Tongdaemun memang tersohor lah sebab tempat shopping borong. Cadar, comforter set, periuk, brooch antara nya yang pernah beli. Brooch Korea, dulu saya jual banyak, Alhamdulillah. Memang cantik dan berkualiti. Ada yang masih tersimpan.


Sungnyemun Gate (Namdaemun)

Tahun 2026


Tahun 2001 (chubby hubby)


25 tahun


Dulu bertiga, sekarang berempat.


Memang banyak berubahnya. Pukul 10, kedai baru pun buka.


Masih lengang.



Google kedai halal untuk lunch. HAIRTAIL ALLEY.


Jumpa di TikTok.


Ramai yang telah makan di sini. 


Kedai kecil dan agak sempit namun Alhamdulillah kami sampai awal, masih kosong. Lunch awal sebab akan ke airport terus.


Takut tak habis, nak order 3 saja. Tapi tak boleh haha. 4 adults kena order 4 main dish. Masih ingat sikit2 bahasa Korea, boleh lah faham. Dalam komen TikTok semua pun mentioned yang sama. Jadi kami order lah main dish 4 tu. 


Side dish yang sedap. Boleh diminta tambah. Seaweed, taugeh, kobis kimchi.


Steamed egg, grilled salted mackerel.




3 main dish yang berkuah ni, satu rasa kimchi, satu rasa macam asam pedas rebus dan satu lagi rasa macam sardin masak pedas berkuah. Semua sangat sedap. Alhamdulillah. Licin semuanya.


Kenyang jom pergi airport.


Snap foto selagi boleh.




Kedai Shawarma ni baru saja buka.


Pintu train station ke Namdaemun. Paling dekat dengan Sungnyemun Gate (Namdaemun)


Naik sekejap untuk background ini.


Train ke Seoul Station.


Shinsegae ni antara 3 rangkaian department store mewah dan terkenal di South Korea, bersama Lotte dan Hyundai. Tempat kami window shopping. Juga tempat menyusukan baby dan tukar pampers sebab selesa.


Macam tak sangka berada di Namdaemun Station ni.


Cantik dibina pintu istana kecil di dalam train station ni.



Seoul Station 

Ambil backpack besar yang disimpan di stor ini. 2 backpack kami masih lagi kedua2 nya total 20kg sebab tiada tambahan di dalam beg. 10kg tiap satu. 


Menuju ke platform untuk ke INCHEON AIRPORT.


Dalam satu jam juga rasanya. Bye bye Han River. 


Selalu baca dan refer FB ROAD TO KOREA. Ramai yang share pergi airport seawal 4 jam. Kami juga suka awal ke airport untuk check in. Nak balut backpack juga. Belum pun 3 jam sebelum departure, kami terus beratur. Nak check in awal untuk cari tempat solat. Alhamdulillah selesa tempat solatnya walaupun berkongsi. Hubby tolong jagakan pintu supaya kami yang perempuan dapat solat tanpa lelaki di dalamnya. Ada shower room juga. Prayer room ni di Gate 29 berdekatan Duty Free Shop. Luas banyak kerusi tempat menunggu di atas, siap ada yang tidur berselimut. 


Alhamdulillah flight semua on time.


Seat sebelah saya ni perempuan so hubby duduk dengan anak2 lah. Flight 5.50pm so kami dah order makanan awal2 untuk dinner, sebelum fly ke Seoul. 


Sunset cantiknya Subhanallah. Terlelap terus. Bangun untuk makan, terlelap lagi. Touch down KLIA T2 pukul 11 malam. Ambil kereta terus balik Putrajaya. Tidur sebentar, esoknya 5.30 pagi hantar anak solehah balik campus. Kami bertiga terus drive balik Kuantan. Singgah Subuh selepas Tol Gombak, mengelakkan jem warga KL ke pejabat. Alhamdulillah tiba Kuantan jam 9.30 pagi. Anak soleh kerja sebelah petang. 


Jumpa di dalam handphone hubby. Night ski dua beranak 15 kali turun naik..!! 

Alhamdulillah diizinkan buat kami dan smooth semuanya, 3 hari 2 malam. 

Sharing trip singkat kami, seperti di bawah.

Book return ticket Air Asia direct ke Seoul (Incheon Airport)
Book accomodation (ski resort, bookingdotcom)
Apply K-ETA <<< (dalam RM30 seorang)
ESIM untuk handphone daddy/mummy (di Seoul mostly free public WIFI)
Tmoney beli di airport (macam Touch n Go) untuk train, kedai dll

Print semua ticket pergi balik, hotel/homestay/Airbnb, K-ETA, travel itinerary, bank statement dan passport. Simpan dalam clear file atau apa2 lah. Better ada dari tak ada.

Kami bawa makanan sebab ski resort tak ada kedai halal. Di Seoul ada banyak kedai halal. Kami tak declare sebab semua packed food ikan (sambal bilis dan nasi goreng kampung), bukan ayam atau daging. Pek ada sticker seller (ada tulis bahan2) dan bukan retort sendiri. Lagipun tak banyak. Semua ni rezeki, masing2 dengan pengalaman masing2. Tak sama. Tapi, seram jugak lalu kastam nya sebab tak declare. Alhamdulillah smooth.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment