CINTAKU BUKAN DI ATAS KERTAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Lama kaktus dan laman terapi ni sunyi sepi.
Alhamdulillah semakin membesar 3 sekawan di depan pentas utama ni. Spesis 3 ni beli di nursery. Yang di belakang nya, asal dari kaktus arwah tok. Dipatah dicucuk lain.
Yang ni juga membesar, juga dibeli.
Yang ini....
Dan yang ini... Yang spesis lain tu, arwah tok punya. Ditinggalkan dan diabaikan. Mak letak tepi tong sampah, Alhamdulillah lori sampah tak angkut buang. Memang mak tak larat nak jaga. Kita pulak tak minat ketika itu. Pasu2 kaktus yang aunty2 jauh nak ambil, pun tak ambil2. Alhamdulillah Allah ketuk hati untuk ambil. Bermula dari kering kontang kaktus nya, hingga lah kini agak besar dan dipotong patah dipindah ke pasu lain.
Nursery diulang pergi, bermuka tebal bertanya staffnya, cara menjaga, cara membaja. Tak sempat snap kaktus lain, hari hujan. Hujan Rahmat di hari Jumaat. Moga doa kita semua dimakbulkan Allah. Aamiin.
Money plant, lupa nama lain. Potong2 bahagian akar hujungnya, dicucuk2 ke pasu baru. Alhamdulillah makin berkembang jelatanya. Keluarga yang di belakang dapur, lagi tumbuh meriah, Alhamdulillah.
Yeyyy Alhamdulillah si pandan juga berkembang daun nya. Alhamdulillah si Mon dah tak kacau lagi. Moga berterusan.
Tak tau nama pokok. Dipatah dicucuk ke pasu lain, Alhamdulillah sudah keluar daun lainnya.
Juga yang ini.
Alhamdulillah lama betul si anak2 tu keluar. Asalnya cucuk satu je yang panjang tu. Cucuk main2 je. Berbulan2 juga ni.
Semua semakin banyak keluar daunnya. Alhamdulillah.
Patutlah ada kawan2 yang kurang nak berjalan lama, sebab sayang tinggalkan pokok. Takut anak2 tak siram, tak ada orang nak tolong jaga. Memang betul rupanya, pokok2 ni kan benda hidup, perlu penjagaannya. Disiram, dibaja.
Mengemas2 jumpa koleksi hobi suatu masa dulu. Beli tapi sayang nak guna.
Beli ketika bercuti.
Toronto belum pernah pergi, yang ni kawan yang bagi.
Kesemuanya negara yang pernah pergi, beli bila jumpa. Tapi kini kurang sangat membeli. Malas nak angkut. Travel untuk experience saja.
Koleksi terakhir dari Almaty, Kazakhstan. Unik sebab bukan square. Murah2 je semua ni. Koleksi seorang suri.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.




















Comments
Post a Comment