Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sabtu pagi kami ke Taman Gelora untuk brisk walk. Alhamdulillah tak hujan. Breakfast dulu di Kedai Makan Tanjung Selera. Lapar, lupa nak snap foto. Kesan hakisan pasir pantai masih ada, akibat fenomena air pasang besar November lalu.
Mungkin pihak berkuasa menunggu hingga berakhirnya monsoon untuk memperelokkan semula. Terdapat papan tanda dengan notis berhati2.
Foto ini diambil ketika kami brisk walk awal Disember. Hujan tapi hubby suggest jalan jugak bawa payung. Tak ramai orang, dan sejuk sangat. Pasir laut dibawa ombak, menutupi sabahagian rumput kawasan taman, yang paling hampir dengan laut.
Sabtu petang selepas Zohor dan anak soleh pulang dari kerja, kami bertolak ke Putrajaya. Dinner di SALAM NOODLES Presint 15.
Ahad selepas Subuh. Lama betul basikal tersadai kaku. Maka berbasikal lah kami bertiga di pagi Ahad yang mendung dan sejuk. Alhamdulillah tak hujan.
Singgah ke kiosk favorite tapi baru kali ke dua je kot. Macam2 ada. Kuih muih pun sedap. Ramai pelanggannya, especially regulars yang datang jogging rasanya.
Tapi Nasi Kerabu memang top. Solok lada pun sedap.
Ini lah kiosk nya. Tiada nama.
Kiosk ni berhampiran ISTANA KEHAKIMAN. Memang ramai yang jogging dan berbasikal di area Putrajaya tiap weekend.
Hujung sebelah sana dan sebelah sini.
Kayuh lagi hingga ke PICC (Putrajaya International Convention Center)
Hubby kata kalau tak nak cycle jauh, kena angkat basikal turun tangga. Ikut je lah.
Cantik. Macam di overseas kan.
Dalam radar Cyberjaya.
Singgah GELATO A LAGO. Tengah berpeluh memang best lah makan gelato. Ada perisa Blue Pea Flower (bunga telang). Best lepak sini sebab dapat view tasik. Ianya sebahagian dari bangunan HERIOT WATT UNIVERSITY. Buka seawal 8.30am.
Teruskan kayuhan.
Sebenarnya, laluan berturap ini adalah baru. 10 tahun lalu ketika mula menyewa di Cyberjaya, ianya masih hutan dan tiada laluan.
Laluan untuk berbasikal dan jogging sahaja.
Laluan ini telah ada.
Sama seperti 10 tahun lalu, tasik di bahagian hujung ini adalah port latihan water ski, rasanya anak Hanifah Yoong, Aaliyah Yoong kot.
Kayuh lagi hingga ke jambatan monorail yang tak siap ni. Construction bermula 2004. Namun dilihat ada kerja2 sedang dilaksanakan pada jambatan ini. Apa lagi gugel lah, Alhamdulillah, setelah 2 dekad, 20 tahun, dapat digunakan kelak.
Jambatan monorel di Putrajaya yang telah lama terbiar sedang diubah suai dan akan dibuka kepada orang ramai sebagai laluan pejalan kaki dan berbasikal dalam beberapa bulan akan datang. Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata struktur yang merangkumi kira-kira 200m merentasi Tasik Putrajaya antara Presint 4 dan Presint 8 itu kekal tidak digunakan selepas projek monorel bandar itu digantung.
Fadlun berkata kerja-kerja sedang dijalankan dan kira-kira 50% siap, dengan usaha tertumpu pada menghubungkan jambatan dengan tanjakan baharu dan penambahbaikan estetik. Beliau berkata jambatan yang telah diubah suai itu dijangka siap menjelang Disember atau Januari."Ia hanya untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. Kereta tidak dibenarkan kerana ia pada asalnya direka untuk monorel," katanya.
Sumber : thestar.com.my
MASJID BESI
Dah pun hampir siap. Berdekatan SMOKED KINGDOM USTAZ DON AYER 8.
Fraser Residence Putrajaya, yang dijadualkan dibuka pada suku pertama 2026, terletak di lokasi strategik antara Putrajaya dan Cyberjaya, kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur. Ia menawarkan 283 unit pangsapuri berperkhidmatan kontemporari dengan pelbagai kemudahan, sesuai untuk eksekutif dan keluarga mereka.
Sumber AI
Antara lokasi Drama Korea kesukaan.
Drama ON THE WAY TO THE AIRPORT (2016)
.....lakonan Lee Sang Yoon & Kim Ha Neul. Suka dua2 ni. Ada beberapa lokasi lain juga. Menampilkan crew dan flight Air Asia juga dalam drama ini, sebab watak Kim Ha Neul adalah sebagai cabin crew Air Asia.
Anak soleh kesayangan kami, dunia akhirat.
Alhamdulillah muat 3 bikes. 2 yang lipat, satu yang cabut2 tayar.
Strava tunjuk dekat 17km kami kayuh. Aduii patut lah keras kejung kebas dari pinggang ke bawah peha, betis semuanya.
Lepas Zohor semalam (Ahad), kami ke GLAMHALL DAMANSARA. Wedding anak sahabat d Ho Chi Minh City dulu. Alhamdulillah walaupun agak lambat, namun masih ramai yang kami kenal, berada di dewan majlis, terutama TWIN pada UNCLE GEDEK. Ya, kami sama2 di sana dulu. Anak2 satu sekolah. Walaupun bukan satu company, namun ukhuwah kami rakyat Malaysia di sana sangat2 baik. Makan tak banyak mana, borak gelak yang lebih. Terlepas peluang untuk berjumpa dengan yang datang awal, Insyaa Allah next time. Memang kami langsung tak berjanji, semuanya rezeki. Namun dalam hati selalu berdoa moga berjumpa dengan sahabat2 lama. Alhamdulillah, syukur.
Hhmm, kami nak balik Kuantan. Macam biasa Ahad petang, laluan ke KL akan sentiasa padat apalagi di musim cuti sekolah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

































Banyaknya aktiviti. Patut Mulan dan suami slim saja. Kalau tak briskwalk, berbasikal. Oh, uncle Gedek ada kembar rupanya. Baru tahu.
ReplyDeleteputrajaya view cantik ala2 overseas...sronok cycling tu..sedap tgk nasi kerabu tu
ReplyDeleteputrajaya memang cantik dan byk sgt port sesuai utk ootd :)
ReplyDelete