Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.
Siap breakfast, kami ke REGISTAN SQUARE. Breakfast menu yang sama semalamnya, simple tapi sangat kenyang, Alhamdulillah. Dah siap kemas bag dan check out, cuma luggage bag semua kami tinggalkan di reception hotel.
Registan Square ialah pusat bersejarah kota purba Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam yang mengagumkan. Ia adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan dibingkai oleh tiga madrasah (sekolah Islam) yang besar dan dihiasi dengan hiasan.
Untuk masuk ke REGISTAN SQUARE, ada bayaran dikenakan. First day sampai, kami cuma snap foto dari luar.
Tiga Madrasah
Dataran itu ialah ensembel seni bina yang menampilkan tiga madrasah berbeza yang dibina sepanjang dua abad, setiap satu dengan hiasan yang unik.
Madrasah Ulugh Beg : Madrasah tertua antara tiga, dibina antara 1417 dan 1420 oleh pemerintah Timurid dan ahli astronomi Ulugh Beg. Ia merupakan pusat pendidikan utama, terutamanya terkenal dengan kajian sains, matematik dan astronomi.
Madrasah Sher-Dor : Ditugaskan pada abad ke-17 (1619-1636) oleh pemerintah Yalangtush Bakhodur, ia berdiri bertentangan dengan Madrasah Ulugh Beg. Fasadnya terkenal dengan penggambaran mozek unik makhluk seperti singa (harimau dengan matahari di belakang mereka), motif yang jarang berlaku dalam seni Islam.
Madrasah Tilya-Kori : Terletak di tengah-tengah dan siap kemudian (1647-1660), madrasah ini terkenal dengan dalaman "masjid emas" yang mempesonakan, dihiasi secara mewah dengan daun emas dan kaligrafi yang rumit.
(Sumber Ringkas AI)
Kami masuk ke tiga2 MADRASAH. Cuma nya tak sempat nak detailkan semuanya. Baca mana sempat dan snap foto.
Tak dapat dinafikan, senibina dan reka bentuk, Masya Allah cantik sangat.
Sempat melihat mesin tenun dan cara pembuatan dengan ringkas. Di Malaysia pun ada cuma corak yang dihasilkan agak berlainan. Setelah puas hati, kami berlalu pergi.
Berjalan menuju SIYOB BAZAAR, nampak kedai roti. Snap sekeping foto, cara pembuatan roti di sana. Tak banyak beza dengan cara kita. Yang lain cuma rempah inti nya.
Laluan yang sama.
Menusuk pula bau PLOV (nasi Pilaf) di cafe lokal berdekatan laluan kami, hubby ajak lunch terus. Order dessert juga, semua sedap, Alhamdulillah. Nasi Plov nya ada kacang merah dan kacang kuda. Menarik deko dan corak hiasannya.
Aduiii SIYOB BAZAAR tutup hari Isnin rupanya. Tak apa sebab first day kami dah masuk.
Alhamdulillah jumpa sunglass corak idaman hati di kiosk ditepi2 jalan. RM12. Yang lama patah sebelum ke Jepun lagi. Serius murah, tak percaya mula nya. Menuju ke destinasi seterusnya.
Nekropolis Shah-i-Zinda ("Raja Yang Hidup")
...ialah kompleks sejarah dan seni bina yang menakjubkan di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan jalan makamnya yang menakjubkan yang dihiasi dengan jubin dan mozek biru yang rumit . Tapak Warisan Dunia UNESCO, ia adalah destinasi ziarah utama dan karya seni Islam.
(Sumber Ringkas AI)
Hubby pasrah je diminta jadi model hehe.
Masya Allah semuanya cantik kan.
Jumpa toilet dan tempat wuduk selesa berhampiran, Alhamdulillah dapat solat Zohor/Asar terus. Di sana, toilet yang berbayar, memang bersih. Cuma tak ada bidet, ada juga plastik disediakan.
Foto dari seberang jalan. Kami jalan kaki untuk ke satu Mall berdekatan sebenarnya tapi mall kurang menarik. Book Yandex, pulang ke area hotel.
Singgah minum kopi dan makan dessert sikit.
Ke hotel dan book Yandex/Grab, terus ke stesen keretapi SAMARKAND. Waktu masih awal, duduk charge handphone dan tapau beli roti/puff dan pizza untuk dinner dalam train. Kali ini train yang paling biasa, berlainan dari train sebelumnya. Seat nya cantik. Hubby macam biasa dengan KDrama dalam tablet nya. Nampak tak si comel baju oren tu, dia pasang lagu Shark Doo Doo dan lagi kanak2 lain, agak kuat volume nya. Bagi kami ok je tapi penumpang lain tiada yang menegur. Namun setelah train bergerak 5 minit, tiada lagi lagu Shark Doo Doo nya. Train murah ni, tingkap kami loose sikit. Beberapa kali terbuka dan sejuk sangat. Penumpang di depan kami, report pada staff dan dalam sekejap waktu, mereka datang untuk membetulkannya. Penat dan makan bekalan, terus lena.
Alhamdulillah smooth train nya hingga ke TASHKENT. Hubby book Yandex/Grab terus ke GuestHouse. Kami dah maklumkan awal, tiba dalam pukul 12 malam, sebab hanya itu train yang ada. Alhamdulillah ada staff tunggu. Bilik besar dan selesa. Mandi dan terus sambung tidur. Tak selesa tak mandi. Sebab ada water heater.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.














































No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com