Friday, March 07, 2025

BARU DAN YANG SEBELUMNYA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Salam Jumaat Penuh Berkat. Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.


5 Ramadhan. 
Laksa Penang, Karipap, Tahu Begedil, Kek Lapis, Puding Prunes, Laicikang & Barli.

Nampak banyak tapi mostly leftovers hari2 sebelum ini, kecuali Laksa Penang, masak tadi dan Puding  Prunes tu, adik no2 bagi. Singgah rumah adik di USJ lepas drop hubby di KL, dia ada meeting pukul 2. Drive dari Kuantan pukul 10am.

Kami datang balik Putrajaya, meeting yang dicancel, dijadikan pulak. Selasa kelmarin, dah balik Kuantan. Alhamdulillah smooth pack n go. Agaknya tol di LPT dan Karak bosan tengok kami. Asyik2 muka ni yang lalu. Tuntutan kerja. Moga dipermudah kan urusan kita semua, di mana jua. Sekarang dah bahagi2 baju seluar dll letak di Putrajaya jugak, so tak perlu pack baju lagi. T-shirt duduk rumah boleh kongsi2 hubby punya je haha.


Puding Prunes ni mak selalu buat dulu2. Kenangan lama potluck, suka buat Puding Prunes ni. 

600-800ml air dikisar dengan 1/2 (atau lebih) cawan prunes, 
10gm agar-agar serbuk
3-4 sudu besar gula atau  secukup rasa
400gm/ml susu sejat
Beberapa titik esen vanilla 


Lama tak masak Laksa Penang. Isi ikan banyak dalam freezer. Tak tau lah ikan apa. Tak susah nak buat sebenarnya. Kena tengok angin ni ke mana halanya hehe. 


Rebus telur. Sambil tu rebus ikan, tak perlu lama. Siap rebus telur boleh rebus/masak laksa. Guna Noxxa lagi senang kalau rebus laksa. Atau beli yang pre-cooked. Hari ni guna laksa leftovers dulu, yang disimpan dalam freezer. 

Tadi guna isi ikan saja, jadinya tak ada tulang. Kisar isi ikan + bawang besar/kecil dengan air rebusan. Masukkan ciliboh, asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam, gula. Suaikan lah rasa dan banyak mana kuahnya. Awal2 jangan letak banyak air. Kalau tercair, parah pulak nak kisar ikan lagi. Ada juga yang letak belacan, udang kisar. Ok je. Kita yang makan. Makan dengan hirisan salad, bawang besar dan timun. Pergi Mydin cari otak udang, sayu hati sebab habis.


Alhamdulillah cukup Barli dan Laicikang, leftovers kelmarin, simpan dalam freezer.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<

18 comments:

  1. sedapnya laksa penang tu apatah lg dgn kuah yg sarat dgn isi ikan selayang....

    ReplyDelete
  2. fuhhhhh sedapnyaaaaa laksa penang! semua menu menggoda betul sis Mulan ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak ikut bahan yang ada Alhamdulillah :)

      Delete
  3. Saya pun terpikat dengan laksa Penang.
    Hendak makan laksa, nanti kenalah rajinkan diri ke dapur hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Penang ni memang favorite kami. Sebenarnya senang tapi banyak bahan.

      Delete
  4. Tadi pergi market ada customer minta laksa dekat penjual tu. Sy pandang je sbb belum sampai seru nak makan laksa ahak!
    Puding prune tu, boleh tukar dgn kurma Kak? Byk pulak stok kurma hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah sampai lah menu laksa nanti.
      Boleh je guna kurma, rendam air panas bagi lembut baru blend dulu kot.

      Delete
  5. sedapnya laksa penang...biasa makan kek prune..puding prune tk pernah lg try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Penang memang ramai yg suka kan.
      Puding Prunes memang dah lama mak buat.

      Delete
  6. Sedapnya, saya dah lama tak makan laksa penang.
    Puding prune tu, pertama kali saya tengok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bahan ada, terjadi lah laksa.
      Mak yang ajar buat, dari kami sekolah. Try la, sedap.

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah campur2 leftovers jugak

      Delete
  8. laksa ni mmg malan sedap tp nak buat tu waduhhh sy laa tu🤣

    ReplyDelete
  9. puding prune tu ada lebih x?🤣

    ReplyDelete
  10. Takdela membazir lauk leftover kan, cuma tambah2 bahan je. Semua nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Nampak simple tapi pasti sedap.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com