Thursday, February 06, 2025

RIDE & GATHERING @ PUTRAJAYA

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Ahad lepas. Anak soleh ada. Basikal pun lama tak gerak. Lepas Subuh hubby dah bunyi siren. Kena keluar rumah. Kami gohek basikal dulu, makan kurma sikit di rumah.


Keliling sebahagian tasik.


Lalu di LAKE CABIN. Blogger Ezna pernah ke sini rasanya. Menu banyak western. Hubby ajak ke tempat lain.


CYCLIST CAFE tutup. BIKE & BEANS pun tutup. 


Nak ke P16, terjumpa stall ni. Berdekatan JABATAN PENERANGAN & JABATAN PENDAFTARAN.


NASI KERABU. Sedap sangat.





Antara juadah nya.


Ruang makan.


Lama tak kayuh, pun tak lalu sini, baru la nampak stall ni.


Kayuh nak balik rumah.


Alhamdulillah cuaca pun redup, tak lah panas sangat.


Tak sangka jugak lepas 18km. Terhegeh2 kayuhnya, sebab lama sungguh tak berbasikal. Hubby tu pandai, asyik2 cakap, tak jauh dah, dekat je. 


ISNIN. Hubby ada meeting di KL. Naik train je dia. Kak Su, geng minyak angin dari Kerteh dulu, ajak jumpa. Dia ada di KL, baru sampai dari Ipoh. Wsap akak sorang lagi. Pun free. Disuruhnya ajak geng minyak angin lain. Yang dah pindah KL/Selangor dari Kerteh. 


KEK LAPIS dari Sarawak. NASI LEMAK sempat beli di Presint 15. Yang lain semua kawan2 bawak.


MARBLE CHOCOLATE CAKE. Alhamdulillah sempat buat. Huru hara lorek marble nya. Nak cepat. Hehe.


Excited lama tak jumpa kawan2, susun sudu garfu pun terbalik.


Penuh meja, Alhamdulillah.



Kak Su bawak LAKSA PENANG. Yummm dia tau kami rindu laksa dia. Memang sedap.


Moga ukhuwah berpanjangan. Di Kerteh dulu, kami ibarat keluarga, adik beradik. Susah senang sama2 sebab keluarga sebenar jauh2. Beban kerja suami pun antara sebab kami rapat. Suami kerja jauh2, lama keluarnya. Saya yang 2 minggu ulang alik ke klinik sakit dalam perut, Kak Su lah antara yang bawa ke klinik. Kerap sangat sakit lebih setahun, last2 doktor hantar terus naik ambulan ke KPJ KUANTAN. Batu dalam hempedu rupanya, tahun 2019. 10 Syawal. Tak merasa banyak open house lah tahun tu. Kenangan sangat2. 13 tahun di Kerteh. January 2008 hingga December 2020. Cuma setahun 2016, hubby ditukarkan sekejap ke KL, kami menyewa di Cyberjaya.

Selasa petang baru ni, lepas hubby meeting, kami drive  balik Kuantan. Sampai rumah dah malam. Pagi tadi Khamis lepas Subuh, datang KL semula. Hubby ada meeting pukul 10am. Mengantuk sambil update post ni. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

2 comments:

  1. bestnya gathering sambil mkn2 tu :) cutenya jer nama geng minyak angin...mesti ada cerita di sebalik nama tu

    ReplyDelete
  2. tenangnye nampak tasik tu, makanan pun ya Allah meriah dan nampak sangat menyelerakan. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com