Sunday, February 16, 2025

PALING SEDAP. KELEPET PUN KELEPET LAH.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Dalam perjalanan ke Taman Melati, hubby minta cari kedai nasi dagang. Gugel2 la kita. Nampak menarik. 4 beranak makan nasi dagang. Favorite kami. Sedap, kuah pekat ledot bak kata orang Pahang.


Bira ni sebenarnya birai, bermakna tepi. Nasi Dagang Tepi Jalan. 
Dop nawak sket pung : Tak melawak (tipu) sikit pun.




Macam2 kuih pun ada.



Gugel je nama kedai ni. Mesti jumpa, jugak di Waze atau Google Maps. Sedap. Serius. Paling sedap so far di W/Persekutuan/Selangor. Siap makan kami settle hal2 di area Taman Melati. Hubby mencari barang2 nya.


Lunch : M Adora, Wangsa Maju.
Gathering adik beradik & mak yang baru balik Umrah dengan sepupunya. Makan di rumah adik lelaki no4. Tapi tuna rumah tak ada sebab ada wedding sepupu wifenya (adik ipar) di kawasan berdekatan. Kami lepak makan2, petang dia hantar mak balik Kuantan. Alhamdulillah selamat sampai pukul 7.40 malam. Kami balik dulu Putrajaya sebab ada wedding malam nya.


THE RENJANA, SHAFTSBURY PUTRAJAYA 

Tudung terkelepet. Macam dah perasan awal2 tapi malas ambik pot. Bila tengok foto, baru rasa geram sikit kenapa tak adjust. Tapi, isshhh biarkan aje. Sedar umur pun berapa. Cakap ke hubby, kenapa tak cakap tudung I terkelepet. Dia kata tak nampak pun, elok je tudung you, haha. Jawapan yang selamat.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

36 comments:

  1. Ah payah loghat ganu kita nak faham hahahaha.. Nasi Dagang nak kena perkena sekali sebelum puasa ni hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun sikit2 boleh lah kalau pekat sangat memang nganga.

      Delete
  2. Menggoda sungguh rupa nasi dagang tu.

    Bab tudung ni takpe jangan risau, biasanya orang memang tak perasan sangat tudung kita macam mana kecuali yang suka memerhati orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesedap rupanya. Hehe dulu2 muda remaja kisahlah jugak tapi sekarang dah cair sikit kisahnya. Hehe.

      Delete
  3. taman melati banyak port makan sedap2
    dulu sy tiap2 minggu beli nasi lemak sotong kat situ...
    mmg syahdu...
    ada masa nanti nak trn laa ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak jugak di sosial media banyak tempat makan sedap di Taman Melati.

      Delete
  4. sy kalau mkn nasi dagang ni, nasi dgn daging bakar pun dah rasa cukup dah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Dagang guna ikan je Anies, tak ada daging.

      Delete
  5. Wahhh.. kalau dah tersedap kat WP/Selangor tu mmg pasti sedap. Depa bubuh lauk dalam besen ja.
    Segak aihhh mulan dan en. hubby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, kat situ lah paling sedap di WP/ Selangor. Hehe segak orang tua.

      Delete
  6. aduhhh sedapnyaaaa nasi dagang! kelepet pun takpe yg penting tuan nya mmg cantik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang sedap. Haha janji tudung tersarung kan.

      Delete
  7. Tudung kelepet tu pernah jadi style viral yg di popularkan oleh nurul izah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aahh kan, tapi dia sweet cantik.

      Delete
  8. Area mana ni Kak? Macam tak aci la pulak org Kuantan dah mai, org Gombak tak tau pun kedai ni 😁
    Uish bab tudung ni jgn main², boleh murung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gugel je Nasi Dagang Bira Jalan mesti jumpa kat Waze atau Maps.
      Hahaha kadang murung sikit, kadang tu biar aje nya lah.

      Delete
  9. Dia punya lauk dalam besen legend. Sedapnya, nasi dagang. :)
    Kelepet pun kelepet la. Saya dah tua ni pun, dah malas amik pot pasal tudung, asal tutup rambut tak terkeluar, sudah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang legend kan sebab dulu2 pun memang diorang jual dalam besen.
      Betul hehe asal rambut tak terkeluar.

      Delete
  10. Biasa orang lelaki ni muka kita bercapuk ke, tudung senget ke memang tak reti nak tegur! hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak orang laki yang perasan tudung isteri tak ok tau. Tapi kita biar aje nya haha.

      Delete
  11. Waalaikumussalam.
    Nasi dagang memang sedap sangat. Rindu nak makan nasi dagang, tapi jaranglah jumpa di LD kecuali nanti bulan puasa. Semua kuih itu pun aduhai... menggamit selera!
    Tudung terkelepet pun tetap nampak manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Dagang yang ni memang sedap Alhamdulillah. Oh bulan puasa ada jual di LD ya.
      Hehe pesen terbaru ni tudung kelepet.

      Delete
  12. Kedai ni saya ada perasan rasanya masa balik Gombak dulu. Kalau tak silap saya dulu asalnya kedai bundle. Kalau balik Gombak boleh try makan di kedai ni kerana ampak menarik dengan kuah agak banjir. Lagi rare nasik minyak tu, biasa orang belah sana makan waktu pagi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gugel je Nasi Dagang Bira Jalan mesti jumpa. Memang sedap Alhamdulillah.

      Delete
  13. tengok nasik dagang pun napok doh macang sek penyung buat, tengok bekas gitu, betul doh tu... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Nasi dagang ni Dania punya feveret. Ummi dia tak reti masak nasi dagang. Selalunya beli je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah mak sedara ada ajar, memang sedap tapi renyah la nak buatnya. Maka kami pun makan di kedai je.

      Delete
  15. tengok gambar pun nampak pekat betul kuahnya. sedapnya :D

    ReplyDelete
  16. Aduhhh sedap plak nasi dagang tu..kat area Selangor rupanya..ingat kat Kuantan..hari tu kat kuantan SA x makan nasi dagang sebab nampak x menarik lauk dia...nasi lemak pun biasa2 je xde lauk special...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap nasi dagang ni kuah pun pekat. Kuantan tu ada kedai dgn lauk2 special jugak tapi kena cari.

      Delete
  17. Nampak menggida nasi dagang tu. Nanti nak kena ajak geng pi menyiasat. Tapi tudungnya nampak elok terletak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menggoda sangat nasi dagang tu. Haha kilauan emas tu dah tutup kelepet. 😄😄

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com