Wednesday, February 12, 2025

AKHIRNYA SAMPAI JUA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Weekend lepas. Alhamdulillah sampai juga kami. Blogger SA (Suria Amanda) pernah sampai. Siapa lagi ya, lupa dah. Sorry.


RESTORAN MAK KIMBONG BANGI 
Parking masih banyak. Corner lot, 2 kedai di tengah2 nya dan sebuah warung di tengah2 parking lot. 


Ayam bakar. Menusuk sedap baunya.


Lempeng dan Ubi Rebus.

SILA JAMU MATA. BERJENIS JENIS JENIS MAKANANNYA.








LONTONG DARAT. Sedap. Lain sikit dari WARONG DATO, yang juga sangat sedap.


Stesen minuman.




Bersih, kemas, cantik, banyak menu, sedap.


Bayar di sini. Semua makanan disajikan, dipilih dan pembayaran sebelum makan dibuat dulu di kedai corner lot. 


Nak makan, boleh ke kedai di tengah parking lot atau ke 2 lagi kedai di bahagian tengah lot kedai.


Kami ke lot tengah. Masih kosong. Pukul 7 lebih. Jemaah surau pun masih ada.


Hubby dan anak soleh makan lempeng, nasi lemak + sambal sotong. Kami tapau 3 jenis kuih. Hubby kata sedap nasi lemak, banyak pilihan menu.


Insyaa Allah kami datang lagi.


Dah kenyang kan..........


TASIK PUTRAJAYA


Kena lah brisk walk, arahan big boss ni. Park kereta tepi padang ragbi berdekatan ALAMANDA.




Dari jauh nampak objek merah menyala atas pokok. Curious tahap Everest. Oh bunga pokok ni rupanya. First time tengok. Tak tau pokok apa. Ingatkan apa, takut ada benda yang tersangkut.




Anak soleh ada so, tak heran la kalau hubby jalan jauh ke depan ratus2 steps pun. Anak soleh mesti nak teman mummy dia kan.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

61 comments:

  1. Kita dah sampai kat parking dia aje, tak jadi makan sebab ramai giler!

    ReplyDelete
  2. Rambang mata kan kalau ke Mak Kimbong tu kak...SA macam tu la...tapi memandangkan perut ni kecik..x mampu la nak rasa banyak makanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata sebab menu banyak betul.

      Delete
  3. Saya pernah makan di sini sekali, memang rambang mata nak memilih!

    Cantik gambar reflection air tasik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari menu yang payah jumpa. Lain kali cari yang lain pulak.
      Kalau cuaca terang memang cantik reflection air.
      Angin pulak tak kuat, Subhanallah memang cantik.

      Delete
  4. Meriah restoren nya... Banyak betul pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah, banyak pilihan makanannya.

      Delete
  5. Masyaa Allah meriahnya kuih muih, kak ana suka kalau ada jualan kuih muih macam ni rasa nak cuba semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata nak pilih, semua nampak sedap.

      Delete
  6. Ramainya menu hidangan
    Mesti pening nak pilih

    ReplyDelete
  7. Ini lebih Deket dari Putrajaya atau dr KL kak? Sept esok saya plan stay kalo tak di Putrajaya alternatenya di kawasan I-City. Sebab tempat yg saya mau visit di I-City lokasinya.

    Pengen juga ke Mak kimbong, apalagi jual lontong kering dan lempeng yg saya penasaran sangat 😍😍😍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran ini lebih dekat dengan Putrajaya. Dalam 50km ke I-City, kerana I-City terletak di Shah Alam.
      Lontong kering dan lempeng nya sedap, walaupun tak sama dari restoran yang lain.

      Delete
    2. Aiiiih 50 km, jauuuh juga ternyata yaaaa 🤣🤣🤣. Nampaknya harus di susun balik ITIN saya di sana 🤣😅

      Delete
  8. Adus rambang mata nak pilih ni....
    Cantiknya bunga merah tu, mmg menangkap pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata. Alhamdulillah sampai awal jadinya tak kisah pusing2 nak pilih makanan.

      Delete
  9. Kita pun pernah sampai..2x..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe makan apa yang sedap kat situ..

      Delete
  10. nieyl tak sampai lagiii..masuk list dlu...
    dah kenyangggg...kena brisk walk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try tau, meriah menu nya. Macam biasa lah, kenyang kena brisk walk hehe.

      Delete
  11. meriah makanan di sini, suasana pun ceria jerk nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat meriah, rambang mata nak pilih.

      Delete
  12. restoran viral jugak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sebab dekat so kami terjah lah jugak.

      Delete
  13. Macam-macam makanan ada di restorannya. Wah, ada pulut kuning juga. Feveret saya tu.
    Bagusnya, lepas makan, pergi brisk walk. Saya sejak balik umrah, belum mula lagi. Insya-Allah, esok la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam2 ada, kena datang lagi try yang lain pulak.
      Dengan hubby, macam ni lah siap makan kena brisk walk.

      Delete
  14. Banyak betul pilihan makanannya tu. Nampak pun sangat menyelerakan.
    Tu kena datang banyak kali baru dapat rasa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak sangat pilihan makanan. Nak try yang lain, kena datang lagi.

      Delete
  15. Uishhh makanan di mak kambing tu... rambang mata dibuatnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kimbong lah Afif haha. Memang rambang mata.

      Delete
    2. patut la saya search lepas baca entry ni tak jumpa kimbong rupanya hahahaha :P

      Delete
    3. Memang la tak akan jumpa haha..

      Delete
  16. waaahhhh meriahnyaaaaa Mak Kimbong! juling mata tak tau nak pilih hehehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah, pening nak pilih. Alhamdulillah yang kami makan semua sedap.

      Delete
  17. terujanya sy nak pi ke sana. mesti sedap makanan n minuman kat situ...yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah yang kami order memang sedap.

      Delete
  18. Selamat menjamu selera. Banyak betul menunya.

    ReplyDelete
  19. Cuya memang tak sampai la jauh nauu... Hahahah tapi menarik ni! Abang Cuya mungkin boleh pergi sebab dia duduk Putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau jalan2 sampai Bangi boleh try nanti

      Delete
  20. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh In syaa Allah & Terima kasih atas utusan nya.

      Delete
  21. penah tgk foodie review je
    sampainya belum lagi...
    kalau ada caw baru kat KL bolehlah terjah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlajak ke Bangi boleh pergi

      Delete
  22. alamak
    ada puteria ayu cheese laaaa
    arghhhh tidakkkk

    ReplyDelete
  23. Banyak sungguh pilihan makanan di Restoran Mak Kimbong.
    Tahun lepas sebelum terbang ke Pakistan, sempat singgah makan tengah hari dengan kakak dan anak buah di Restoran Mak Kimbong Bandar Baru Bangi dalam perjalanan ke KLIA 1. Rupanya tak buat entri.... ahaks! Ada lagi gambar-gambar dalam galeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak kan menunya, rambang mata. Kena pergi lagi try yang lain pulak.
      Hehe ok tunggu entri Mak Kimbong dari Kak Amie pulak lepas ni.

      Delete
  24. Mak Kimbong SA dan Amie pernah sampai. Haaa Amie kat atas ni je. Hehe. Sebenarnya Mak Kimbong ni dekat dengan Sek Men Dania dulu cumanya saya tak tahu kewujudannya. Boleh tahan banyak jugak makanannya. Dulu, lepas hantar Dania kami hubby wifey tak pernah la makan kat sini. Rugi la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi Mak Kimbong ni memang bukan di jalan utama. Di kawasan perumahan Bangi yang agak ke dalam. Bila viral baru lah tau. Memang banyak makanannya. Rambang mata nak pilih. Tak jauh sangat tu dengan rumah Ezna, boleh pergi nanti.

      Delete
  25. pernah gak singgah sini beberapa kali lepas habis riadah, memang ramai orang dan banyak pilihan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca post dan sosial media lain memang ramai kalau lepas pukul 9am

      Delete
  26. Kena datang awal kalau nak makan Mak Kimbong nampaknya. Masukkan dalam bucketlist makan-makan nampaknya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok pergi awal. Kalau lambat takut penuh.

      Delete
  27. Dah beberapa blogger review restoran Mak Kimbong ni. Mesti sedap masakannya.

    ReplyDelete
  28. Belum pernah try sarapan disini, tapi kalau lunch penahlah 2x

    ReplyDelete
  29. meriah betul pilihan menunya...err terliur ubi rebus tu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com