Saturday, December 21, 2024

DAY 5 : PART 2 - OSAKA CASTLE. DOTONBORI LAGI.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


Masih berlegar2 di DOTONBORI, OSAKA. Selepas pukul 12pm baru nampak ramai dan sesak suasana.


Meriah dengan pengunjung.


Melonpan. Kepala lembu.



Dotonbori terkenal dengan papan tanda yang menarik perhatian dan papan iklan dengan ikan buntal gergasi, sotong, badut, ketam Kani Douraku dll, semuanya bersaing untuk mendapatkan perhatian anda dan mencipta suasana seperti taman hiburan. 
(Sumber : osakastation.com/dotonbori)



Memang luas radar DOTONBORI ni. Lain entrance, lain attraction pada papan tanda nya. 


Ok bye bye dulu DOTONBORI STREET. 


Hoenzaka Archaeological Site.
Antara landmark bersejarah di Osaka. 


Kalau MUSIM CHERRY BLOSSOM memang cantik sangat.


One for the album lah walaupun bukan musim CHERRY BLOSSOM. Daun kuning pun cantik sangat. 


OUTER MOAT (PARIT LUAR) @ OSAKA CASTLE.

Parit dalam dan luas yang digali di sekeliling istana, kubu , bangunan atau bandar, mengikut sejarah untuk menyediakannya dengan garis pertahanan awal. Parit boleh kering atau diisi dengan air. Di sesetengah tempat, parit berkembang menjadi pertahanan air yang lebih meluas, termasuk tasik semula jadi atau buatan, empangan dan pintu air. Dalam kubu yang lebih tua, seperti kubu bukit, ia biasanya dirujuk sebagai parit, walaupun fungsinya serupa. Dalam tempoh kemudian, parit atau pertahanan air mungkin sebahagian besarnya hiasan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pembetung. (Wikipedia)


Menuju ke OTEMON GATE WESTERN (di hujung kanan gambar). Merupakan main entrance ke OSAKA CASTLE.


OCTOPUS STONE
 Taiko-ishi蛸石 (juga dipanggil " Drum Rock ") ialah batu besar di Istana Osaka di Jepun. Batu itu berhampiran Pintu Sakura. Ia adalah salah satu daripada beberapa megalit terbesar di istana (mengikut kawasan muka), pada 5.5×11.7 meter dan lebih 120 tan (130 tan). Namanya berasal daripada bentuk sotong yang kelihatan di sudut kiri bawahnya. (Wikipedia)


OSAKA CASTLE
(大坂城or大阪城, Ōsaka-jō ) ialah sebuah istana Jepun di Chūō-ku , Osaka , Jepun . Istana ini merupakan salah satu mercu tanda Jepun yang paling terkenal dan memainkan peranan utama dalam penyatuan Jepun pada abad keenam belas zaman Azuchi–Momoyama. (Wikipedia)


OSAKA CASTLE MAIN TOWER
Memang ramai petang tu, maybe tunggu sunset. Mesti cantik.


One for the album.


Luas sangat perkarangan OSAKA CASTLE ni. Malam pun dibuka, cantik dengan lampu berwarna warni, ada signboard tentangnya. By the way, ada BUGGY SERVICE di main entrance bagi yang memerlukan.


OSAKA CASTLE GOZABUNE BOAT SERVICE 

Bot ini adalah replika Houou-maru, bot emas Toyotomi Hideyoshi

Toyotomi Hideyoshi (豊臣 秀吉, 17 Mac 1537 - 18 September 1598), atau dikenali sebagai Kinoshita Tōkichi dan Hashiba Hideyoshi, merupakan JAPANESE SAMURAI, di zaman Sengoku dan Azuchi-Momoyama lewat dan dianggap sebagai "Penyatu Besar" kedua Jepun.Walaupun dia berasal dari latar belakang petani , kuasanya yang besar menyebabkan dia mendapat pangkat dan gelaran Kampaku (Pemangku Raja Diraja) dan Daijō-daijin (Canselor Alam), jawatan rasmi tertinggi dan gelaran dalam golongan bangsawan. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah menjadi Kampaku yang tidak dilahirkan sebagai bangsawan. Dia kemudiannya menyerahkan jawatan dan gelaran Kampaku kepada anak saudaranya, Toyotomi Hidetsugu. Dia kekal berkuasa sebagai Taikō, gelaran Kampaku yang telah bersara , sehingga kematiannya. Adalah dipercayai, tetapi tidak pasti, bahawa sebab dia menolak atau tidak mendapat gelaran shogun, ketua kelas pahlawan, adalah kerana dia berasal dari petani. (Wikipedia)


Bot tradisional Jepun yang keemasan ini akan membawa penumpang melawat parit dalaman Istana Osaka. Dari bot, semua boleh melihat menara Istana Osaka, dinding batu tertinggi di Jepun, batu muka manusia berazimat, dan anjing laut daimyo dari dekat, mencipta pemandangan yang benar-benar mengagumkan. 
(Sumber: osaka-info.jp)


HOKOKU SHRINE
(豊國神社, Hōkoku-jinj ) ialah sebuah kuil Shinto yang terletak di Osaka , Jepun . Ia adalah salah satu daripada beberapa kuil Toyokuni yang dibina untuk menghormati Toyotomi Hideyosh . Ia adalah sebahagian daripada OSAKA CASTLE PARK (Wikipedia)



Jalan2 sebelum pulang.


Memang luas. Istana yang dikelilingi PARIT.


OSAKA MUSEUM OF HISTORY (kiri)

(大阪歴史博物館, Ōsaka Rekishi Hakubutsukan ) dibuka di Chūō-ku , Ōsaka , Jepun pada tahun 2001. Arkitek projek ialah César Pelli & Associates dan Nihon Sekkei. Ia bersebelahan dengan atrium ke PUSAT PENYIARAN NHK OSAKA (kanan), yang direka oleh arkitek yang sama dan dibina pada masa yang sama. Bekas Muzium Bandar Osaka ditutup awal tahun yang sama. Lebih empat tingkat, paparan menceritakan sejarah bandar dari zaman Bekas Istana Naniwa, yang terletak di kawasan yang kini diduduki oleh muzium. Sisa-sisa gudang, dinding, dan kemudahan bekalan air untuk istana juga boleh dilihat di ruang bawah tanah. (Wikipedia)


Kembali ke DOTONBORI dengan menaiki train dari OSAKA CASTLE. Ehhhh BENDERA MALAYSIA di atas sana, di DOTONBORI OSAKA.


Malam telah gelap walaupun baru pukul 5pm. Antara sebab kami kembali, nak tengok keceriaan malam dengan lampu2 yang bergemerlapan. 


Cantik pada waktu malam. Suasana memang meriah. Lagi ramai dari siangnya. 


River cruise ada, tapi kami kurang berminat.


One for the album.


Waktu habis kerja kan 5pm so memang agak sesak DOTONBORI. Pilihan makanan memang banyak tapi tak halal. Though ada yang share TAKOYAKI HALAL, tak pulak kami jumpa. 


Dah malam baru nampak signboard liplap DOTONBORI.


Ok bye dulu nak balik apartment.


KINTETSHU NIPPOMBASHI STATION 

Kalau tengok map memang besar betul station ni. Dari DOTONBORI kami menaiki train dari sini ke OSAKA STATION.


DDC UMEDA APARTMENT. 
Nak masuk building dan apartment semua tekan2 nombor. Kami pilih apartment ni sebab naik SHINKANSEN terus ke OSAKA STATION dan area ni, juga banyak locker. Airport bus service pun berdekatan. Naik bas terus ke airport saja nanti.


Alhamdulillah spacious sikit dari yang sebelum ini. Ruang hujung katil, itu saja ruang yang kosong. Pandai2 lah menyusun bag dll nya hehe.


Bilik mandi.


Toilet dan washing machine. Tak membasuh pun, sebab baju kering semua cukup. Basuh di Tokyo, kering baju di Tsujido, Kamakura. Punya la jauh. Alhamdulillah dipermudahkan. Di Osaka pun ada kedai dobi self service berdekatan apartment. 


Fridge, sink, stove, microwave, kettle dan basic keperluan dapur, periuk pinggan sudu garfu semua ada. Dinner, kami makan buah, roti dan matcha ice cream. Ada je kedai halal di Dotonbori tapi masing2 tak lapar sangat. 


Alhamdulillah smooth semuanya. 

Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.

1 comment:

  1. best baca your tokyo trip ni :) sambil2 plan for my trip jugak utk 2025 insya Allah

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com