Wednesday, August 21, 2024

FILEM TAKLUK : LAHAD DATU (1st DAY, 1st MOVIE). PULUT KUNING. BROWNIES.


FILEM TAKLUK : LAHAD DATU. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 



RABU, PAGI TADI. Di Kuantan ni.
Anak solehah bercuti semester. Ada geng tengok movie Melayu. First day, first movie pukul 10am. Panggung tak ramai. Dalam 20 penonton agaknya. 


Best tengok, macam panggung sendiri sebab tak ramai orang.


Filem apa pun, kalau berkisar sejarah dan insiden yang berlaku dalam negara kita, memang semua best. Sedih, suspen, gurau senda, dalam hutan, di laut, semua ada. 

PASKAL, MALBATT kami tengok. Frust terlepas OPS HELANG. Asyik tangguh sampai habis movie di pawagam. Tengok di TV tak best macam di panggung. 


SELASA, semalam. 
Isnin petang, dah berputar pikir apa nak makan untuk breakfast Selasa. Buka freezer, jumpa RENDANG FROZEN. Raya Haji punya hehe. Cukup lah 3 orang makan. Ada beras pulut susu. Gugel, sebab lama tak masak pulut. Antara nya kata rendam satu jam saja. So, rendam lah pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama 1 jam. Tanak dalam rice cooker je. Bilas dulu pulut tu. Air paras2 pulut. 


Bila siap, pulut macam masih berjelatah. Tak apa. Masuk dalam pengukus 20 minit. Macam terlebih masak pulak. Tapi suka yang lembik pun. 


Isnin malam sebelum tidur, bawa keluar RENDANG BEKU siap2. Bangun pagi dah tak susah nak masuk microwave lama2 atau perangat dalam kuali.


Microwave 2 minit je.


Makan juga dengan ABON SAPI INDONESIA. Beli di Medan hari tu. 


Favorite anak2 soleh solehah PULUT KUNING ni.


ABON SAPI. Macam SERUNDING. First time beli di LOMBOK dulu. Memang sedap. Kalau ke Indonesia, memang akan beli banyak2, stock up sikit2 je.


Siap breakfast, hubby pun dah ke plant, kita buat BROWNIES. Anak solehah request. Mak nya memang tanya nak makan apa sementara cuti ni kan. Siap bancuh, kena tinggalkan sikit dalam mixing bowl tu, dia nak makan yang mentah. Dari kecik macam tu. Licin habis, dengan spatula pun licin haha.


Tabur sikit chocolate chips.


Alhamdulillah elok jadi nya, berkedut jugak walaupun sikit. Telur agak besar. Patut timbang telur, tapi malas. 


Lama betul tak buat BROWNIES ni. Ehh RAYA HAJI buat kot.
 

Yummm yummm... Tak sempat nak makan dengan ice cream. Nak snap photo cantik pun malas. Bau semerbak sedap. Tak sambar dah. Tunjuk yang dalam loyang je lah. Resepi nanti ya. 

Antara yang sedap, klik resepi ni -->> BROWNIES 

Cuma saya tak buat Ganache, hanya tabur chocolate chips di atas, juga sedikit di dalam adunan Brownies tu. Boleh kurang kan gula kalau nak.

Take care & stay safe semua. 

30 comments:

  1. Lama sangat linda tak buat nih.. Kalau mkn panas2 tu sedap betul

    ReplyDelete
  2. Lah... dah main ke muvi ni?

    ReplyDelete
  3. Wah brownies kedut! Dah lama tak buat 😋 Macamana, best tak movie Takluk Lahad Datu tu? Suka tengok genre filem berunsurkan sejarah dan patriotisme ni sejak tonton Paskal dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brownies ni buat kalau anak2 nak. Best movie Lahad Datu. Memang suka tengok movie tentang negara kita.

      Delete
  4. i plan nak tgk gak movie tu..may be this weekend la...sedapnya pulut kuning! my fav tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok la best movie tu. Pulut memang best kan.

      Delete
  5. skarang jrg sgt tgk wyg...last aritu tgk sheriff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok sebab cerita kisah benar yang berlaku.

      Delete
  6. saya baru tahu movie tu dah start..macam tak nampak sangat iklan pasal movie ni,best tak kak?
    saya pun suka frozen menu2 yang susah&lambat nak masak ni,time teringin senang panaskan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best movie ni. Tengok lah.
      Betul kalau ada frozen left, panas kan aje bila perlu. Tak susah nak masak2 kan.

      Delete
  7. Wow rendang dengan pulut tu menarik. Brownies pun ada.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang frozen ada, senang masak pulut je. Brownies tu request anak solehah ni hehe.

      Delete
  8. mcm memarik je Lahad Datu the MOvie nih., ;p

    ReplyDelete
  9. Kagumlah dgn skill memasak Akak 👍
    Anak² sy kecik² dulu suka ratah serbuk minuman coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak yg anak2 suka. Tu pun tengok mood haha.
      Betul anak2 ni ada je yg diorang suka ratah kan.

      Delete
  10. Masing-masing up cerita tonton filem Lahad Datu. Menarik!

    Bagus jugak ada yang suka perabih dalam mixing bowl, senang kerja nak basuh 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal kisah benar di negara kita ni, bila jadi movie memang nak sangat tengok.
      Haha betul kan tak membazir

      Delete
  11. Dah ramai dah update film ni..kena pi tgok jugak ni

    ReplyDelete
  12. Brownies kakak perfect 👍👍👍. Bagian atasnya terbentuk shiny crust dia . Terkadang ada brownies yg shiny crust nya tak terbentuk. Makanya bagi saya brownies nih susah2 gampang nak buat 😄

    Film ini ttg kejadian Bbrp tahun lalu di lahad datu yaa? 2013 kan? Kalo tak salah dengan teroris dari phillipines . Saya lupa2 ingat beritanya. Menarik nih kalo ttg itu. Nak nonton tp berharap masuk Netflix lah 😅

    Abon ratu itu dah ada sejak saya kecil. Sukaaa sangat. Termasuk legend. Tp selain ratu ada juga abon sapi lain yg sedap. Tp biasanya tak dijual di jakarta. Krn diproduksi kecil, JD hanya dijual di kota yg membuat. Salah satunya di Solo. Saya suka juga beli tiap kali mudik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq Fanny. Kadang jadi, kadang tak jadi shiny crust nya. 😄
      Ya kisah Lahad Datu ni terjadi beberapa tahun dulu. Suka tengok movie kisah benar yang terjadi di Malay.
      Bila mula makan abon ni dulu, terus suka sangat. Memang selalu beli. Abon Ratu memang sudah lama kan Fanny, Belum tau brand lain yang sedap, yang pastu abon Ratu memang sedap.
      Solo, moga dapat ke sana nanti.

      Delete
  13. belum berkesempatan nak tengok cerita ni...hrp2 weekend minggu depan boleh layan

    ReplyDelete
  14. waduhhhh sedapnyaaaa pulut kuninggggg sy suka rendang style mcm tu...tak berapa pekat tak berapa cair... bertambah 3 pinggan pun tak perasan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah, suka rendang yg camni. Tak kering, tak cair.

      Delete
  15. Lama betul tak tengok wayang. Ye betul, tengok wayang dan TV feel dia berbeza. Lagi syok tengok kat wayang, lagi-lagi tak ramai orang. Ini wayang ana yang punya. hihi...

    Senang nak basuh gitu, dah ada orang licinkan dulu. Sedapnya brownies. Suka makan tapi tak suka buat sendiri. Tak ada bakat membakar. Kalau masak lauk campak-campak tu okay lagilah.huhu...Saya pun kalau nak cepat masak guna rice cooker je. Itulah yang bagusnya kalau ada simpanan lauk lebih. Senang panaskan je. Lauk rendang ni kalau simpan lama pun masih sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cerita action memang best tengok wayang. Animation pun. Suka tengok sebab screen besar, terasa ada dalam cerita tu jugak.

      Masak ni ikut kesukaan family. Jugak ikut mood haha. Kalau buat kek, memang cepat je. Sebab bahan tak banyak. Masak lauk pauk ni leceh tapi sedap. Kuih traditional lagi la cerewet tapi sedap.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<