Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DEMANGAN BANGI
RABU 8.30am, semalam. Makan pagi.
Buka social media cari tempat makan pagi yang best. Jumpa DEMANGAN BANGI. Blogger EZNA pernah pergi dulu. Confuse juga tempatnya. Nampak nursery, rupanya ada cafe di dalam. Signboard cafe dan parking agak tersorok dan tidak telus. Tapi tak ada hal, kalau dah termasuk di kawasan cafe, ada waiter akan tunjukkan tempat parking, keluar semula ke jalan besar, parking lot sebelah saja. Ada akses dari parking lot terus ke CAFE, tak perlu ikut jalan besar.
Perjalanan ke cafe.
Terus pilih meja di bahagian dalam, ada aircond hehe.
Suasana di bahagian berhawa dingin.
Suasana tempat makan di bahagian luar.
Geram tengok pokok-pokok di sekitarnya. Tak sure samada asalnya tempat ini adalah nursery. Macam ya je kan. Lupa nak tanya.
Barangan lama.
LONTONG LODEH yang hubby order. RM13.90 rasanya.
LONTONG DARAT saya. RM15.90 rasanya. Harga di cafe ni banyak star juga. Tapi sedap 9/10 bagi kami. Saya minta nasi impit asing sebab takut tak habis.
Siap makan, sambung klik klik.
Ada juga aneka gorengan di sebelah CASHIER. Mesti sedap. Next time Insyaa Allah.
Jalan-jalan sebelum ke parking lot.
Bahagian ini mungkin lah, dibuka pada petang ke malam.
Best. Suka cafe di kelilingi pokok-pokok. Bye bye DEMANGAN CAFE.
Teruskan perjalanan 110km ke Selatan. Ziarah kawan di Melaka. Kawan hubby ketika mula kerja satu company setelah graduate. Wife nya pun saya kenal sebelum kawin. Kami kawin hari yang sama, maka tiada lah gambar di majlis kawin masing-masing. Kawan-kawan office hubby terpaksa gilir2 datang ke majlis perkahwinan kami, haha. Alhamdulillah kedua-dua majlis perkahwinan kami berlangsung di Kuantan, boleh datang kedua-dua majlis.
Sampai rumahnya 10.30 pagi di Sungai Petai, kami dipaksa makan mihun goreng walaupun dah breakfast. Borak borak makan sampai masuk waktu Zohor. Selesai solat, datang kawan seorang lagi, kami dibawa keluar lunch. Haha dah request nak makan ASAM PEDAS.
WARUNG TUAH SALAI
Kami dibawa ke sini. Jam 2.30 dah tak ramai orang katanya. Kalau tidak, penuh parking tepi jalan. Ada ASAM PEDAS IKAN JENAHAK dan macam-macam jenis MASAK LEMAK CILI API. Ada itik, siput sedut, daging salai dll.
Alahai ASAM PEDAS TETEL, lupa nak snap foto. Macam-macam lauknya. Tak lah banyak sangat tapi semua mengancam selera. Kuah asam pedas dan masak lemak semua sedap dan pekat.
PUCUK UBI GORENG mantap. Sedap sangat.
Siap makan, balik semula ke rumah CY di Sungai Petai. Borak lagi sampai 4.30pm, kami pun minta undur diri. Kalau ikutkan memang tak puas jumpa dan borak. Moga ukhwah kekal selamanya. CY ni travel buddy yang paling ngam, hehe.
R&R SEREMBAN
Menyinggah cari toilet dan kopi. Tapau KOPI SAIGON ni. Sedapnya.
Berakhirlah day trip kami.
Breakfast di DEMANGAN, Bangi, Selangor
Lunch di WARUNG TUAH SALAI di Melaka
Minum petang di KOPI SAIGON, R&R Seremban, Negeri Sembilan
Alhamdulillah smooth tak jem, sampai Putrajaya 6.10pm.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.




























alhamdulillah rezeki dpt jamu selera di byk2 tmpt dlm sehari. terliur lontong darat tuu...demangan tu nampak cozy sungguh redup teduh byk pokok2!
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan. Lontong darat memang sedap dan Demangan memang cozy, nanti MZ pergi lah try
DeleteOK saya nak save Demangan ni dalam list tempat nak bawak mak saya makan kat sini sebab dia peminat bunga hehe. Deko dalam kafe nampak klasik, saya suka. Makanan pun not bad.
ReplyDeleteKena try nanti memang klasik dan food kami order juga sedap
DeletePernah makan kat sini masa dia baru mula² buka.. masa tu menu x byk lagi tapi mmg sedap.. now tgk menu dah pelbagai... ada rezeki bole singgah lagi ni
ReplyDeleteMenu banyak pening nak pilih, nanti Ako boleh datang lagi
DeleteIni mesti ada ilmu teleport ni... hehehee
ReplyDeleteZam zam ala kazammmmm haha
DeleteMemang cantiiiiik kak cafe nyaaa 😍😍. Klasik sangat. Dan banyak lukisan. Saya sukaaa. Ditambah banyak tanaman kan, jadi kesannya sejuk
ReplyDeleteLontong lodeh saya dah coba, karena di JKT banyak jual. Tp lontong darat ini yg tak pernah lagi. . sedap nampaknya yaaa.
Kemarin pas makan di TGSK ada, tp porsi besar sangat hahahaha
Naah kalau makanan kampung macam salai, masak lemak, iniii yg saya sukaa kak 😄😍😍😍😍.
Sayang jauh pula dj Melaka yaa 😅😅. Tak sempat lah kesana.
Memang cantik, klasik dan nyaman sebab dikelilingi pokok.
DeleteNanti Fanny datang lagi boleh cuba lontong darat 😋
Yang ini juga agak besar portion nya, lontong nasi tak habis tapi sudah diasing awalnya
Lauk kampung salai memang sedap kan Fanny, yumms
Tak apa, di KL, Selangor juga ada kedai seakan nya boleh cuba nanti 😊
Alhamdulillah JJCM sambil mengeratkan silaturahim. KSarie terngences tengok lontong darat dan pucuk ubi goreng itu sebab memang favourite. Bangi banyak betul kan tempat makan sedap-sedap tapi itulah tidak tersampai-sampai lagi ke sana padahal dekat aje pun dengan Shah Alam
ReplyDeleteAlhamdullillah. Memang sedap KSarie lontong darat dan pucuk ubi goreng tu. Nanti free datang Bangi JJCM ya 😊
DeleteNasi impit tu homemade agaknya ye? Sure extra sedap.
ReplyDeleteBest cafe ni, redup dan tak crowded.
Asam pedas wajiblah makan kalau ke Melaka kan.
Betul PH macam masak dalam buluh tu kot sebab macam bulat dipotong-potong. Datang awal pagi memang tak crowded. Asam pedas kan trademark Melaka, kena lah cuba hehe
Deleteahahahahaaa, kita baca Sg Petani. Dlm hati biar betul dari Melaka ke Sg. Petani, ulang balik baca, lah Sg. Petai. menunyaaa, menggoda selera. penutup yg penting, kopiii~
ReplyDeleteHehe betul sekali pandang macam Sg Petani kan. Alhamdulillah memang sedap semuanya
Deletecantik lukisan sawah padi di siling tu...
ReplyDeleteBanyak lagi yang cantik-cantik, tak sempat nak snap
DeleteWah, lengkap pakej sarapan, makan tengah hari dengan minum petang di 3 negeri berbeza! Menu semua nampak sedap-sedap, port santai pun best. Moga ukhwah terus kekal berpanjangan ya Kak
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok JJCM hari tu dan sedap semua makanan minuman. Insyaa Allah moga kekal ukhwah nya.
DeleteNampak unik tempat makan demangan tu.
ReplyDeleteMemang unik Wak
Delete3 negeri makan2 dia...DEMANGAN CAFE. tu luas btul kawasannya
ReplyDeleteTak plan pun asalnya hehe. Demangan Bangi tu memang luas, nursery dan garden.
DeleteDemangan ni kalau nak tahu tengok kereta berderet parking tepi jalan tapi takut terkehadapan pula nanti sebab tak nampak jalan masuknya.
ReplyDeleteTu lah next time nak pergi kena tengok elok-elok
DeleteMacam mana la rasa pucuk ubi goreng ni ya?. Serius nampak macam sedap. Kat belakang ada tanam pokok ubi, ada jiran yang suruh ambik keratan batangnya. Bila tanam subur pulak. Tapi....jarang betul saya ambil pucuknya buat ulam. Pokok ubi pulak ubi jenis kerinting. Jiran yang bagi ni pun dah meninggal dah. Sedekahnya ada kat rumah saya....
ReplyDeleteSedap tau Ezna pucuk ubi goreng ni, try la cari resepi dan masak
DeleteTypo error eh Sungai Petani patut Sungai Petai.
ReplyDeleteDok baca- 2 kali rasa pergi Melaka kenapa sampai Sungai Petani.
Menarik day trip ni boleh cover 3 negeri.
Makanannya pun semua sedap.
Sekali pandang memang baca Sg Petani kan.
DeleteTak plan pun, kebetulan last nya nak singgah toilet dan dahaga.
Makanan semua sedap Alhamdulillah
Nanti nak tiru la idea ni makan di 3 negeri sarapan di selangor, lunch di negeri 9 dan minum petang/dinner di Melaka. Ha ha ha .
ReplyDeleteBoleh langsung ke Johor cari sempadan dekat Melaka
DeleteMenariklah Demangan di Bangi tu, ada kesempatan teringin jugak saya mencuba.
ReplyDeleteSedapnya pucuk ubi goreng, susah jumpa tu.
Memang menarik Ujie nanti try lah. Pucuk ubi goreng memang sedap.
DeletePatutnya kat melaka lajak ke muo hah baru best 4 Negeri sekali harung. Cantik demangan bangi tu
ReplyDeleteBetul sis, dapat terus 4 negeri kan
DeleteLain macam nama café ni. Demang macam perkataan Indonesia, Mangan pulak macam Jawa. Boleh tahan jugalah harga makanannya ye.
ReplyDeleteMacam pernah pergi kedai asam pedas tu, kat area Paya Rumput ke tu? Malas pulak nak menggoogle.
Unik nama nya kan, ya harga agak mahal tapi portion nya besar.
DeleteKedai asam pedas tu tepi jalan memang ramai orang pergi, kata kawan.
Oooo menariknyaaa... nanti nak singgah jugalah makan sini semua.. selalu kadang kalau jalan tak tau nak makan mana..
ReplyDeleteDatang lah SisLin nanti try ya
DeleteTak pernah makan lontong darat. Susah nak jumpa la kalau kat Pahang.
ReplyDeleteBetul Cie memang payah nak jumpa. Kuantan ada lupa kat mana tapi tak sesedap yang ini.
Deleteso pokok-pokok kat situ kite boleh beli juga ke?
ReplyDeleteTak sure, rasanya bukan for sale
Deletenampak lauk siput sedut tu
ReplyDeleteterasa macam dah lamaaaaa tak makan siput sedut
warrghhhhh laparrrrrr
Boleh cari siput sedut nanti
Deletedemangan bangi tu macam menarik utk disinggah! cantik pulak tempatnya sesuai utk ambil gambar
ReplyDeleteMemang menarik dan makanan sedap
Delete