KEJADIAN DI PUTRAJAYA & BERDEKATANNYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Maaf sangat lama tak bersiaran di udara. 
Akan usaha bw dan balas komen dengan segera.
Moga urat dan semangat beri kerjasama.


Dah seminggu lebih balik Putrajaya. Alhamdulillah elok pokok-pokok ni lepas lama ditinggalkan. Kawasan ni dapat air hujan. Menjalar2 money plant. Pokok lidah mertua pun makin tinggi. Pokok yang tak tau nama tu pun makin besar.


Yang di belakang dapur pun Alhamdulillah ok. Letak di hujung lantai dapat lah kena air hujan dan sedikit sinaran mentari.



Beli rak kayu. Senang nak pindah randah ke hujung lantai sana dan sini. Kalau tidak, kena angkat satu2 pasu, leceh lah. Pasu2 cactus tu kan kecil2.


HARI MALAYSIA (RABU)
Ada posting di FB rasanya tentang SALES di MITSUI OUTLET. Saja racun hubby sebab lama bertahun-tahun tak ke sana. Hubby jalan explore sendiri. Mummy & gegirl shopping baju di M&B. Hubby dapat kasut dia. Hari Khamis, hubby rasmi kasut baru, naik bas balik Kuantan.


JUMAAT
MARBLE CAKE (CHOCOLATE DI BAWAH)
Bakar satu adunan lepas Subuh, tapi buat dua loyang, satu untuk kawan, JL dan satu untuk aunty Putrajaya. Yang di atas ni untuk JL. Siap semua pukul 10.45 ke IOI CITY MALL.


First time di CAFE CHEF WAN. Asalnya kisah kami berborak sebelum nya, JL ajak lunch, lama tak jumpa, tanya nak makan di mana. Saya cakap, jom ke CAFE CHEF WAN sebab tak pernah sampai, nak makan cucur udang yang tersohor tu hehe.


Maka sampai lah kami pukul 11am. Kenapa 11am, baca lagi.


Snap klik klik sebab masih kosong.


Cantik deco nya. 


CUCUR UDANG CHEF WAN. Yes akhirnya merasa, Alhamdulillah. Sedap rangup.


LAKSA JOHOR pun sedap.


SAGU GULA MELAKA
Sejuk dan agak keras, sepatutnya di microwave sekejap. Tapi rasa memang sedap. Baik sangat waiter, kami minta extra santan, dengan senyum manis diberi. Tak komplen pun cakap sagu tu keras. Saya ni jenis, kalau food rasa nak basi, masin atau manis sangat, texture food 70% off samada terlalu keras atau lembik cair, baru la akan bagitau. Tapi jarang-jarang sangat kena. Rezeki dah sebegitu. Kalau kronik sangat, ya memang kena lah inform.


CEMPEDAK CHEESE CAKE. Dah kenyang tak sempat makan, bagi JL tapau. Laksa dan cucur udang leftover, saya yang tapau. Besar sungguh portion nya untuk berdua. RM60 total yang dibayar.


Actually sebelum keluar hari Jumaat tu, JL call. Katanya cuba install apps EATIGO, ada discount di beberapa tempat. Dia tak confident nak buat. Maka nya saya install terus lah. 


Ohh yeah. Teruslah buat reservation online pagi tu jugak sebab kami memang plan nak jumpa pukul 11. Kami bayar 50% saja, tak tipu. Rasa macam ada blogger dah share tentang apps ni, sorry sangat saya lupa. Best kan pada yang duduk KL Selangor Putrajaya ni ada discount macam ni. Seronok kami borak sambil makan 90 minit. Siap makan, jalan-jalan sikit, kemudian masing-masing dah komplen lenguh haha kami gelak sambil kata umur dah tak macam dulu, nak jalan lama2 macam di Vietnam dulu. Boleh round pasar Ben Thanh berjam2 lamanya. Dia drive balik Cyberjaya, saya drive balik Putrajaya.


AHAD semalam. Berdua dengan anak solehah ke GSC IOI CITY MALL. Selalu tengok movie sebelum pukul 12 sebab tiket murah. Ingatkan movie biasa je. Tapi awesome sangat. Ada Zizan Razak yang macam biasa sangat menghiburkan. Rupanya movie ni based on true story. Movie yang ada elemen kenegaraan, keluarga, persahabatan berbilang bangsa, kerjasama dan macam-macam lah. Boleh repeat kalau saya boring sorang-sorang nanti. Tengok wayang sorang-sorang memang pernah. Dulu2 lah, ikut hubby outstation, kena check out hotel, meeting dia lambat habis, tunggu sambil tengok movie, ehh tiba-tiba rindu KLCC & TGV.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

50 comments

  1. Terliur tengok cucur udang chef wan tu.

    ReplyDelete
  2. Pokok money plant dan yang lain-lain tu nampak suburnya... 😍
    Seronok, dapat makan di Restoran Chef Wan, dapat diskaun separuh harga lagi. Lain dari yang lain, rupa cucur udang Chef Wan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah subur elok pokok tu. Alhamdulillah juga dapat merasa cucur udang Chef Wan akhirnya

      Delete
  3. thanks sbb share psl apps eatigo tu..pernah nampak jugak org share/review kat socmed cuma lom install or try guna..may be boleh try lps ni..wahh mcm best jer movie terbang tu...kalau ada masa, nak gi tgklah dgn my boys

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome, nanti install dan boleh pergi mana-mana cafe yang offer 50%. Movie TERBANG memang best.

      Delete
  4. tringat laksa johor and cucur udang chefwan tu...pernh tgk gk org share eatigo tu cuma tk pernh guna ..byk koleksi pokok kaktus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Laksa Johor dan cucur udang tu. Try la apps tu. Kaktus tu asal kecik, bila banyak tumbuh, patah2 dan tanam dalam pasu lain.

      Delete
  5. Apps eatigo tu dh lama ada tp memanjang la lupa nak guna hahaa so mmg xdan la nak guna voucher² dalam tu..

    Filem ni mcm xde promosi sangat kan.. saya tau pun sbb nmpk linda g nonton juga.. ada rezekinnak ajaak uyum tgk wayang la 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna lah apps lepas ni 😍😍. Ajak Uyum tengok nanti movie Terbang ni

      Delete
  6. Wah. CAFE Chef Wan memang best. Balik hari tu Fuad bawa makan tapi di cafe kat KLIA1 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Amie memang best Cafe Chef Wan ni kan

      Delete
  7. Terbang tu director dia yg direct Ola Bola dengarnya. Patutlah ramai cakap best movie ni.

    Sukanya tengok kehijauan pokok² tu. Semuanya subur belaka 💚

    Lawa cafe CW. Cucur udang tu dlm wish list sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best movie ni. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok ni lama ditinggalkan. Cafe CW memang cantik deko nya. Nanti PH pergi ya cafe CW ni

      Delete
  8. Bila Kak Mulan tulis pasal eatigo ni baru teringat saya pernah install. Tapi sayang pulak tak guna padahal dah makan sana-sini masa mak dekat sini minggu lepas huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun kawan yang bagitau. Alhamdulillah lepas ni boleh ronda cafe yang offer 50% hehe

      Delete
  9. makanan di CW mmg sedap...deko pun cantik...bestnya bayar 50% je, nak jg lah install apps ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kami order memang sedap. Deko pun cantik kan. Nanti install tau apps ni.

      Delete
  10. nieyl dgn husband sebulan atau 2 bulan skali mesti p mitsui tu shopping..
    mcm nieyl suka beli kasut dan handbag dekat situ...
    masih sihat pokok2 hijau tu...
    nieyl lalu je restoran CW ni,tak pernah try lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak discount dan offer di MITSUI tu kan. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok tu. Kalau free boleh try cafe CW nanti

      Delete
  11. Wah..seronok kalau boleh bayar 50% untuk food. Jimat banyak gila tu...tapi negeri kita takde pulak..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang discount 50%, banyak kan. Tu lah, KL Selangor Putrajaya Johor Penang je yang ada kan.

      Delete
  12. sy pun dah lama teringin nak rasa cucur udang chef wan tu
    tp tu laa plan je
    perginya entah bila hahahaha

    ReplyDelete
  13. tampak hidup subur pokok-pokoknya
    sedap mata memandang bila pokok menghijau mcm mcm ni

    ReplyDelete
  14. Wow…diskaun 50% memang syok! Tapi yelah, sesuai untuk yang tinggal di bandar besar.
    Cantik pokok bersusun di rak tu, sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kan 50% discount. Ujie boleh try kat Penang, ada rasanya. Hope halal cafe yang ada offer tu

      Delete
  15. Subur sungguh pokok-pokok tu! Bertuah dapat habuan air hujan. Paling terliur tengok cucur udang Chef Wan tu... memang nampak rangup & mantap portion dia. Berbaloi sangat dapat diskaun 50% guna Eatigo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok tu. Cucur udang tu memang sedap dan berbaloi guna apps ni

      Delete
  16. Laa elok pulak ekk pokok tu hijau setelah tinggal 2 minggu, suburr dia.
    Kita lama gak tingin nak makan di Che Wan tu, one day laaa..
    Yaa betul, di Johor pun Lin guna Etigo apps tu, diskaun 50% untuk 2 orang.. jimat banyak gilerrr tapi tak semua hotel/cafe dah guna.. certain aja tapi okayy laa dr takde kannn puas makan bufet dpt harga murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok tu.
      Insya Allah SisLin sampai cafe CW nanti.
      Johor ada cafe yang boleh guna apps Eatigo ni kan, memang puas makan buffet murah

      Delete
  17. jelesnya tgk pepokok tu, hijau...
    lately, kita nak berhibernasi je, keluar berjalan punyala malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok tu.
      Kadang pun memang suka jugak hibernate di rumah.

      Delete

  18. Alhamdulillah elok segar semua pokok-pokok walau tinggal lam. Pokok dua jenis tu memang lasak dan tahan manja sangat. Tahu-tahu menjalar je dia pothos tu.
    Cantiknya acuan kek marble.
    Untung sangat kalau sampai awal, boleh ambil gambar semua sudut sebab tak ada orang. Selalu tengok orang share cucu udang Chef Wan ni. Bilalah nanti dapat singgah merasa. Teringin juga.
    Serba serbi sedap di sini kan. Cuma ada beberapa yang kurang tu kadang rezeki kita dapat sebegitu.
    Ada cempedak cheese jugak, rare ni.
    Ada nampak Linda pun tengok movie ni. Tak mengecewakan lah kiranya kan. Biasanya kalau based on true story ni best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok subur pokok-pokok tu, memang jenis lasak sikit.
      Acuan kek tu memang cantik dan ada koleksi.
      Betul pukul 11 memang tak ramai, cucur udang CW sedap, ada sambal kacang. Nanti free Fiza pergi lah.
      Betul semua ni rezeki. Cempedak cheese cake ramai kata sedap.
      Movie TERBANG ni memang best.

      Delete
  19. Raka dah bilang ke saya, pokoknya Desember nanti dia nak ke Mitsui outlet 🤣🤣🤣. Nak shopping sakan. Dia memang lah shopholic sangaaat, lebih daripada saya.

    Dah pernah makan di chef wan, tp yg petite, di KLIA1. Tapi dia tak jual cucur udang. Padahal saya masih penasaran nak coba cucur udangnya 😄

    Betul kak, saya kalau hanya sebatas tekstur , biasa terima sajalah. Tp kalau rasa berubah hampir basi, berbau, barulah akan inform.

    Harap2 film itu nanti masuk ke Netflix yaa. Nak tonton juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah nanti shopping banyak-banyak di Mitsui. 😍
      Oh cafe CW di KLIA tiada cucur udang ya. Nanti Fanny boleh cuba bila datang lagi nanti. 😋
      Ya kalau teruk sangat rasa atau texture, memang kena inform.
      Rasanya akan masuk Netflix nanti

      Delete
  20. Kemas tersusun pokok-pokok menghijau di rumah Mulan. KSarie pernah makan sekali di Chef Wan di Setia City Mall dengan kawan-kawan. Deme kata tak mau repeat lagi hhehhehehe. Terima kasih kongsi maklumat tentang Eatigo tu. Nanti boleh KSarie kobakan kepada kawan-kawan. Umur semakin meningkat ni memang kekuatan kekuda kaki semakin menurun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak sangat pokok-pokok tu, yang kecik2 kena letak atas rak sebab senang nak manage. Citarasa kita semua tak sama kan. Nanti boleh guna apps tu. Betul KSarie umur makin meningkat ni, kaki pun makin berat. Moga elok terus gagah kuat kaki kita ni.

      Delete
  21. Kita baru jer tgk trailer cerita baru zizang tu.. dia dah tgk habis satu cerita.. so far tak pernah lagi mkn di Chef Wan... Maybe one fine day nanti.. nampak makanan semua sedap... 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best movie ni. Ni pun first time ke cafe CW, dengan 50% discount memang puas hati.

      Delete
  22. Lama juga tak makan kat Chef Wan ni padahal Dania dekat sini je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jugak ni walaupun selalu jugak ke IOI.

      Delete
  23. Last week baru dengar kat Hitz FM, Shweta Sekhon datang studio buat promosi.
    Nampak gaya macam menarik ceritanya.

    ReplyDelete
  24. Tak pernah lagi try makan kat kedai chef wan. Harga T20 nak kena simpan duit banyak lebih sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Install apps ni, pergi masa 50% berbaloi lah harganya. Jangan pergi seorang sebab portion dia banyak sangat

      Delete
  25. Wah suburnya pokok dia. Nanti kena terjah juga cafe chef wan ni. Tenguk cucur dia pun dah ngences lagi lah laksa johor peberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok subur walaupun kena tinggal. Sedap cucur kat cafe CW tu.

      Delete