AHAD YANG PADAT DAN BERGELORA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

PANTAI TAMAN GELORA, KUANTAN 


Ahad yang lepas, baru ni, lepas Subuh, kami ke sini. 
Breakfast dulu di food court dekat jeti Tanjung Api. Lupa snap foto sebab masing-masing lapar. Siap makan drive ke Taman Gelora. Dekat saja tak sampai 1km. Wahh dah banyak berubah. Benteng ke pantai dah siap. Sewaktu musim tengkujuh lepas, air laut ketika air pasang, sampai ke laluan trek dan juga pokok-pokok di Taman Gelora ni. 


Wahh dah ada laluan kemas landai ke pantai. Sebelum ini pantai di Taman Gelora memang tidak diteroka sangat untuk beriadah oleh pengunjung sebab pantai agak tidak kemas dengan pokok-pokok bakau yang tumbuh melata. 


SWISS-BELHOTEL TANGJUNG LUMPUR nun disana.


Pokok-pokok bakau yang mungkin sengaja dibiarkan tumbuh.


Dah ramai pengunjung beriadah di persisiran pantai.


Lapangnya mata. Love sangat Pantai Taman Gelora sekarang ni. Memang lama tak datang.


Mentari di langit yang berjerebu.


Alhamdulillah Taman Gelora ini memang terjaga sebab tumpuan pengunjung setiap hari sejak sekian lama. 


Banyak group yang bersenam dengan lagu-lagu yang sangat menghiburkan. Ada group yang siap dengan t-shirt seragam. 


PASAR TANI UTC AHAD
Siap brisk walk kami ke sini. Lama jugak tak datang. Rasa nak angkut semua. 


Antara yang kami beli di Pasar Tani UTC. Nampak blogger KAK AMIE juga ada beli Buah Perah. Memang suka makan buah ni, payah dapat di kedai. First time jumpa Apam Lambung di sini. 


MOVIE CHELOT YANG AWESOME 
Anak solehah ajak tengok CHELOT. Hubby tak nak, dia bukan lah peminat movie lokal. Namun ada juga yang dia ikut bila kami paksa tengok seperti MAT KILAU, PASKAL, PULANG & BLOOD BROTHERS. Tapi bila kami kata pelakon best2 untuk movie CHELOT ni, dia ikut. Habis movie, hubby kata movie bagus, macam filem Melayu lain sebelum ni yang dia kena paksa tengok haha. Ya memang awesome movie ni. Ada juga diselit keutamaan pada keluarga. 

Nanti free akan balas komen untuk previous post juga bw ya. Lately ni uzur sikit, kekangan masa dan itu ini hal nya. Nanti ya.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

52 comments

  1. take care jerebu teruk skrg ni...
    nieyl stop brisk walk dlu..semoga cepat2 pergi dari malaysia jerebu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah makin susut jerebu kan.

      Delete
  2. 1st time dgr pantai gelora.. Berjerebu juga di kuantan ye.. Kl truk juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak popular sangat tapi Taman Gelora lagi orang kenal. Betul Kuantan pun berjerebu

      Delete
  3. Lawa view pantai tu. Luas betul.

    ReplyDelete
  4. Ahad baru ni pun husband Cie beli buah perah.

    ReplyDelete
  5. Sy pernah stay dekat Swissbell tu kak...
    Rasa lebih selamat dan selesa nak beriadah bila ianya diselenggara dgn baik begini.
    Apam lambung tu macam kuih cara manis sekali imbas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swisbell memang popular hotel nya.
      Memang Taman Gelora ni selalu diselenggara sebab tumpuan warga Kuantan beriadah.
      Acuan sama rasanya.

      Delete
  6. memang ngam nama pantai gelora sbb laut selalulah bergelora gitu. take care dear mulan. shafakillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul laut selalu bergelora kan hehe. Thanks so much MZ, Aamiin

      Delete
  7. Cantik suasana gambar pertama tu. Seronoknya dapat menikmati suasana sunrise di tepi pantai. Luas kawasan landai pantai ni. Baguslah terja pantai ni, ramai pengunjung boleh beriadah di sini.
    Swiss Belhotel tu antara hotel yang popular di Kuantan kan sebab dekat tepi pantai, cantik seaviewnya.
    Elok juga ada pokok bakau tu untuk kurangkan halangan ombak kuat. Tapi kalau tinggal batang je macam tak berfungsi pula. Mungkin rosak disebabkan air naik juga kot kan.
    One day bercuti di Kuantan, nak singgah Pantai Gelora jugalah.
    Lately ada singgah Pasar Sehari Temerloh, dapatlah juga rasa buah perah. Sedap macam buah berangan.
    Tak tengok lagi movie Chelot, ramai review kata best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sunrise tepi laut, pantai pun luas.
      Swisbell Hotel memang popular. Nanti datang Kuantan, singgah Pantai Gelora ya.
      Betul pokok bakau boleh halang ombak yang kuat.
      Musim buah perah agaknya kan. Movie CHELOT memang best bagi kami

      Delete
  8. Nampak padat betul aktiviti hari Ahad Kak Mulan! Menarik betul jumpa Buah Perah dengan Apam Lambung kat Pasar Tani UTC tu, memang payah nak jumpa kuih/buah rare macam tu. Jaga diri juga Kak Mulan dalam cuaca berjerebu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang padat dan seronok. Ikut hati nak beli banyak lagi kat Pasar Tani tu sebab macam-macam ada. Buah perah sedap, payah jumpa kan. Apam lambung sedap favorite kami. Thanks SA, take care jugak ya.

      Delete
  9. Nampaknya jerebu kat belah Pantai Timur tak seteruk di KL ye. Masih boleh beriadah di luar lagi. Rindunya nak pergi brisk walk pagi2.

    Minggu lepas saya bawak anak2 tengok movie Chelot jugak. Bagi saya menarik walaupun jalan ceritanya agak mengelirukan pada awalnya. Anak2 tak berapa suka sebab aksi terlalu ganas dan dieorang rasa watak orang jahat asyik menang je dalam citer ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok indeks jerebu memang tak seteruk KL. Alhamdulillah dah makin ok kan. Chelot dengan plot twist nya, hebat jugak movie ni kan. Kurang sesuai kot untuk anak-anak sekolah rendah

      Delete
  10. Baru-baru ni ke Kuantan tetap short trip sangat. Sempat ke pantai Batu Hitam dan Teluk Cempedak sahaja. Pantai Gelora tak sempat nak singgah. Makin cantik pantainya, orang pun tak ramai sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pantai Gelora memang makin cantik

      Delete
  11. Pokok bakau tu tinggal ranting je ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih hidup dan akan tumbuh lagi. Sebelum ni sepanjang pantai penuh pokok bakau

      Delete
  12. bukan di blog kak amie je cerita pasal buah perah ni. Kat blog Cie ada, blog Fiza ada. Ehhhh memang nak suruh kita cari dan rasa juga gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya betul nanti cari tau sebab sedap buah perah ni

      Delete
  13. Waaah jauh juga air pasangnya ya kak...

    Walau terlihat gersang, tapi saya suka saja pantai yg sepi begini. Sebab memang tujuan saya ke pantai biasanya untuk rileks. Jadi lebih suka yg sepi.

    Melihat petai yg dijual, rasa nak beli semua 🤣🤣. Kupas, trus simpan dlm freezer.

    Buah perah saya tau juga dari kak Amie. Tp tak pernah coba dan lihat.

    Movie chelot ini saya harap masuk Netflix. Nak nonton juga kalau dah masuk 😍. Sukaa dengan tema action begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny memang agak jauh. Pantai luas bila ramai orang masih tak sesak. Waktu pagi lebih tenang. 😍
      Betul senang simpan petai terus dalam freezer 👍
      Buah perah ni bermusim mungkin, sebab sekarang baru jumpa.
      Ya tak lama mesti masuk Netflix. Tapi tonton di pawagam, skrin nya lebih besar 😍

      Delete
  14. Taman gelora ni yg femes karipap dia tu kan.... ada sekali kitrg ke kuantan mesti cari karipap tu..

    Pernah juga stay kat swissBell hotel tg lumpur tu.. not bad gak suka situ sbb pool dia mini theme waterpark hahaa.. bdk² suka laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ako wahh tau pasal karipap Taman Gelora ya.
      Swisbell Hotel memang popular, pool best kan

      Delete
  15. Tak pernah makan buah perah. Agaknya buah ni ada musimnya ya, sebab tak mudah jumpa.
    Buah mesta pun tak pernah makan, rasanya kalau jumpa saya tak terfikir nak beli sebab dok fikir tu manggis 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah juga bermusim kan, sedap buah perah ni.
      Mesta dan manggis ni beza sikit je bentuk nya

      Delete
  16. Buah perah ada di blog ini, Kak Amie dan Cie... musim kot sekarang ni.
    Banyak betul pantai kat area Kuantan sana, best betul lagi² tempatnya terjaga. Pengunjung yang datang pun peka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kot bermusim buah perah ni.
      Kuantan ni agak panjang pantai nya, sama Terengganu dan Kelantan. Maka banyak lah pantai nya.

      Delete
  17. bersih pantai ni. baguslah komuniti pun berdisiplin tak buang sampai merata kan.
    tadi baru je baca blog kak fizah makan buah keranji tengok rupa keranji dgn buah perah tu mcm sama pulak kulit hitam keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga sampahnya Mazni. Geram je tengok.
      Warna dan bentuk memang agak sama tapi isinya memang tak sama

      Delete
  18. Cantik pantainya. Dan geramnya tenguk pasar tu Macam2 ado. Rambang mata wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pantai dah dibesarkan.
      Pasar tani memang buat rambang mata kan

      Delete
  19. Pantai ni rasanya tak pernah sampai lagi. Tapi best rasanya kalau dapat berkaki ayam jalan tepi pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai ni kurang popular compare to Taman Gelora. Betul Ezna memang best berkaki ayam, grounding di pantai ni.

      Delete
  20. Landai je pantai, sayup mata memandang, boleh nampak hotel di kejauhan.
    Suka tengok pokok-pokok yang dijual di pasar tani.
    Take care, Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landai dan luas pantai ni. Baru ni lah first time jalan ke pantai sebab sebelum ni banyak pokok bakau. Geram tengok pokok kat Pasar Tani tu. Thanks ya Nur.

      Delete
  21. tengok buah mesta tu, pasti ada yg akan tanya
    apa beza buah ni dengan maggis?
    sy jawab... try laa mkn dulu
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya cuma bentuk yang sangat tak nampak hehe

      Delete
  22. ramai suggest suh tengok chelot ni
    penangannya pun dahsyat juga
    baru dua minggu dah dpt RM14 juta
    hebattttt

    ReplyDelete
  23. Ramai yang cakap cerita Chelot best tapi itu la dekat rumah ni tiada siapa yang minat tengok cerita tempatan. Nanti nak hasut sesiapa yang sudi hendak pergi. Suka tengok buah-buahan yang dijual di Pasar Tani UTC. KSarie ni makin berumur makin suka juga singgah ke pasar tanindan seumpama dengannya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita dekat, boleh temankan KSarie tengok Chelot 😍
      Buah di Pasar Tani memang segar kan. Geram je tengok

      Delete
  24. tgk chelot sebelum drive balik Johor haitu, eh ye la belum buat entry ni. hiiii...

    ReplyDelete
  25. Saya membaca tulisan ini di sela-sela hari yang padat dan tiada libur.
    Sembari berharap, satu hari nanti saya bisa menikmati libur tenang di tepian pantai. Menikmati senja dengan hati yang damai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Fajar, akan sampai waktunya nanti.

      Delete
  26. Sedaplah buah perah. Kak Amie sedang tunggu, beli di tik tok. Harap cepatlah sampainya.
    Tengok gambar jering rebus, sedapnya makan dengan kelapa parut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kan buah perah. Lemak masin lepas rebus. Jering rebus sedap makan dengan kelapa parut

      Delete